Sunday, 1 January 2012

An-Naba' -bertakwa untuk kemenangan

Wahai diri,

Ayuh!! Bangkitlah melangkah dan terus kehadapan dalam jalan ini. Sesungguhnya destinasi kita masih jauh. Matlamat dakwah ini sungguh besar. Dan cita-cita yang besar hanya mampu di capai dengan pengorbanan dan kesungguhan yang besar. Untuk itu diri, janganlah dikau biarkan hayalan dunia ini menghentikan langkah mu. Sememangnya jalan ini adalah sukar dan berliku serta pengakhiran yang belum bisa kelihatan. Namun wahai diri, yakinilah akan janji Tuhanmu.




“Sungguh orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan.” (An-Naba’:31)

Oleh itu diri, bangunlah, bangkitlah, teruskanlah langkah mu tanpa menoleh kebelakang. Jadilah dirimu insan terpilih untuk sama-sama berjuang dan menegakkan kembali cita yang satu iaitu jalan menuju Dia yang satu.

No comments:

Post a Comment