Friday, 6 January 2012

Al-Insaan -minuman bercampur halia

"Dan di sana mereka diberi segelas minuman bercampur halia."
Surah Al-Insaan: 17
 
 
 
Zingiber Officinale

Sayangnya Allah swt pada hamba-hambaNya yang beriman padaNya, Dia menyediakan pelbagai makanan, minuman dan hiburan yang Dia mengetahui adalah kesukaan manusia di syurgaNya. Di dalam Surah Al-Insaan, diceritakan tentang sejenis minuman yang dibawa oleh mata air di sana yang dinamakan Salsabil.

Air minuman ini adalah air yang bercampur dengan halia (zanjabil).

Allah Yang Maha Pemurah juga memberi nikmat ini kepada hamba-hambaNya di dunia; halia juga diwujudkan di atas muka Bumi ini. Ternyata khasiat halia ini terlalu banyak. Alangkah ruginya manusia jika kita sudah mengetahui datangnya halia dari Syurga dan keistimewaannya tahap mendapat tempat di dalam Kitab suci Al-Quran tetapi tidak bersungguh-sungguh mengamalkannya, tidak yakin atau langsung tidak menghiraukan ayat Allah swt .

Antara khasiat halia yang telah dikaji kemujarabannya:
 
Bunga Halia
  • Menghilangkan rasa mual yang disebabkan oleh morning sickness, mabuk laut dan kimoterapi.
  • Merawat masalah perut seperti angin dan kembung perut, cirit-birit, sakit perut dan masalah penghadaman.
  • Merawat masalah respiratory seperti jangkitan saluran pernafasan, bronkitis dan batuk.
  • Halia mentah digunakan untuk merawat malaria, gigitan ular, radang sendi (rheumatism dan arthritis) dan migraine dan sakit gigi.
  • Halia kering diguna untuk merawat sakit dada, sakit pinggang dan sakit perut.
  • Menurut kajian University of Michigan, Gingerol, minyak volatile yang terdapat dalam halia, mampu membunuh sel kanser ovari.
  • Kajian yang telah dibuat menunjukkan petanda radang kolon berkurangan dengan pengambilan halia. Lihat http://www.miamiherald.com/2011/10/18/2458734/ginger-supplements-may-diminish.html
  • Melegakan kesakitan otot-otot, kejang dan segugut.
  • Detoks dan pembakar lemak.http://www.gingerpeople.com/c/cat/health/post/Ginger-and-Fat-Burning/
  • Mempunyai sifat-sifat anti-kanser, seperti juga hampir kesemua makanan dalam Al-Quran dan Sunnah.
  • Menurut Ibn Qayyim Al-Jawziyya dalam kitab perubatannya Medicine of The Prophet halia meningkatkan memori.

No comments:

Post a Comment