Sunday, 8 January 2012

Al-Jinn -beza jin dan syaitan




Sesungguhnya, bagi yang diberi akal, terdapat dua jalan yang perlu ditempuh. Jalan kanan dan jalan kiri. Jalan kanan adalah jalan Al-Haq yakni jalan yang diredhai dan sentiasa mengikut suruhan tuhannya melalui perantaraan pesuruhnya. Pesuruhnya yang berhempas pulas selama 20 puluh tahun dalam menyampaikan syiar Islam. Rasulullah S.A.W. Jalan kedua pula adalah Al-Batil, jalan yang juga satu pilihan kepada hamba-hambanya yang tidak mengingini Al-Haq tersebut. Jalan ini tidak lain tidak bukan adalah jalan yang diadaptasikan oleh makhluk yang telah lama mendiami muka bumi ini. Makhluk yang berasal daripada api iaitu jin.


Jin merupakan segolongan makluk yang diciptakan oleh Allah daripada api (manusia pula adalah daripada tanah)
Firman Allah daripada surah Al-Rahmaan:





Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar.
Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah (nyala) api yang menjulang-julang.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahman 14-16)


Disini adalah amat penting untuk diketahui tetapi ramai yang tidak mengetahui. nsyaAllah akan diberikan sedikit penerangan. Penerangan yang ringkas supaya kelihatan santai dan tidak terpesong oleh orang yang kurang faham dari segi agama.
Persamaannya adalah kedua-duanya adalah diciptakan daripada api dan beranak pinak.
Perbezaanya pula dapat dirungkaikan sedikit disini. Jin adalah makhluk yang berkehidupan seperti manusia juga. Ada kehidupannya sendiri (dialam yang dihijabkan supaya kebanyakan manusia tidak nampak, hanya yang Allah bukakan sahaja dapat lihat). Mereka makan dan minum, berkeluarga, mempunyai rumah, ada masyarakat dan juga berbilnag bangsa dan agama (Islam, kristian, buddha, pagan dan sebagainya).
Syaitan pula adalah berbeza dari segi kriterianya. Tujuannya adalah satu untuk enyesatkan anak Adam dari jalan Allah yang Haq (benar) untuk menempuh jalannya yang batil (sesat). Semestinya semua syaitan adalah kafir.


Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh. Hadis Rasulullah dalam khutbah wida’ yakni khutbah terakhirnya yang disampaikan pada 9 Dzulhijjah 10 H di lembah Uranah, Arafah ada menyatakan sedemikian “Berwaspadalah kamu terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah kamu agar tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil”.
Peranan besarnya adalah untuk menyesatkan anak Adam. Dan ini juga adalah penting, untuk menyesatkan bukan sahaja anak Adam bahkan ANAK JIN-JIN juga. Mengapa saya mengatakan sedemikian? Sedikit penjelasan di bawah.


Rujuk kepada surah Al-Jin, lebih baik. Untuk penerangan lengkap secara saintifik, memerlukan penulisan sejarah dunia yang panjang sebelum Adam diturunkan lagi melalui penelusuran kitab-kitab perjanjian lama bani yahudi dan didasari Al-Quran dan As-Sunnah.








Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: Tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (Ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;
Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).
Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?
Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).
Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah dia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik) dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.
Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang beragama Islam dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar.
Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi Neraka Jahanam.
(Al-Jin : 1-15)


Daripada ayat firman Allah yang panjang diatas sendiri dapat kita telusuri yang Jin itu mempunyai kehidupan sama sahaja seperti manusia. Cuma mekanisma penciptaan mereka sahaja berbeza. Sesungguhnya Jin-jin yang dinyatakan diatas adalah Islam. Oleh yang demikian, secara metafizikalnya, Jin Islam juga terdedah dengan godaan Syaitan tersebut. Oleh yang demikian, kita harus saling nasihat menasihati supaya berterusan berwaspada atas perkara-perkara kecil kerana Orang Islam dan Jin Islam terdedah dengan dakyah Syaitan ini. Manusia, perlu berwaspada dengan kuncu rapat Syaitan iaitu para pendeta dan Rabbi Yahudi. Para Jin Islam juga perlu berwaspada dengan Jin Kafir supaya terus Istiqamah dalam Islam. Jin perlu diingatkan selalu bahawa walaupun mereka dicipta daripada api yang kelihatan lebih hebat, tetapi amanat kekalifahan tersebut adalah pada manusia. Islam (Ad-Din) itu Allah anugerahkan kepada manusia. Jadi wahai Kaum Jin, hormatilah amanah itu. Ikutilah amanat tuhanmu itu.

No comments:

Post a Comment