Di dalam Alquran ditemui paling tidak lima kata yang sering digunakan untuk menunjukkan makhluk halus dari jenis jin, iaitu jin, jaan, jinnat, iblis, dan syaithan.
Para pakar berbeda pendapat tentang maksud kata jaan. Pakar bahasa Arab, Al-Jauhari (W 1005), menyatakan bahawa jaan sama dengan jin, hanya saja kata jin adalah bentuk jamak dari kata jinny yang berbentuk tunggal, sedangkan jaan adalah nama jamak atau kata yang digunakan untuk menunjuk sekelompok, jinny.
Dalam Alquran surah Ar-Rahman ayat 15 dinyatakan, “Dia (Allah) menciptakan jaan dari nyala api.”
Siapa yang dimaksud dengan jaan dalam ayat di atas? Ada yang berpendapat bahawa jaan adalah bapa jenis jin, sebagaimana Adam adalah bapak jenis manusia. Ada juga yang menyatakan bahawa jaan adalah iblis yang menggoda Adam dan bukan bapa jin.
Kata jinnat, baik yang dibubuhi alif dan lam atau tidak, ditemui dua belas kali di dalam Alquran. Kesemuanya mengandungi makna ketertutupan seperti gila (Al-A’raf: 184). Tetapi, tidak semuanya bermakna makhluk halus. Banyak ulama memahami kata jinnat dalam erti jin. Huruf “ta” yang menghiasi akhir kata itu adalah alamat ta’nist/tanda/bentuk feminisme untuk menunjukkan bahawa kata ini digunakan untuk menunjuk thaaifah (kelompok), sehingga kata jinnat bererti kelompok jin.
Perlu dicatat bahawa tidak semua jin adalah syaitan, kerana jin ada yang taat kepada Allah s.w.t dan ada pula yang membangkang. “Sesungguhnya di antara kami ada yang saleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.” (Al-Jin: 11).
Di sisi lain, tidak semua syaitan adalah jin, kerana ada juga syaitan manusia. “Syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dari jenis jin sebahagian dari mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia).” (Al-An’am: 112).
Kini, kalau anda bertanya bagaimana wawasan Alquran tentang jin, dan apa yang harus dipercayai oleh seorang muslim tentang hal ini? Secara singkat dapat disimpulkan bahawa Alquran menjelaskan adanya makhluk ciptaan Allah yang bernama jin, tercipta dari api, sebagaimana diakui iblis dan dibenarkan oleh Alquran. “Aku lebih baik darinya (Adam). Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Engkau menciptakannya dari tanah.” (Al-A’raf: 12).
Perlu diingat informasi Alquran yang menyatakan, “Iblis (enggan sujud). Dia adalah dari golongan jin.” (Al-Kahfi: 50).
Makhluk ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan ciri manusia, antara lain bahawa dia dapat melihat manusia dan manusia tidak dapat melihatnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” (Al-A’raf: 27).
Makhluk ini dapat hidup di planet bumi. Alquran tidak menjelaskan di mana tetapi demikian itulah perintah Allah kepada-Nya ketika Yang Maha Kuasa itu mengusirnya bersama Adam dari syurga. “Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan.” (Al-Baqarah: 36).
Mereka mempunyai kemampuan melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat, seperti apa yang mereka lakukan untuk Nabi Sulaiman. “Dan, sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaan Sulaiman) dengan izin Tuhannya.” (Saba’: 12).
“Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi, patung-patung, dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam serta periuk-periuk yang tetap (berada di atas tungku).” (Saba’: 13).
Mereka juga mempunyai kemampuan hidup berada di luar planet bumi berdasarkan ucapan mereka yang dibenarkan dan diabadikan Alquran. “Sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api. Sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang siapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).” (Al-Jin: 8–9).
Tidak semua bangsa jin itu jahat atau membangkang perintah Allah. “Sesungguhnya di antara kami ada yang saleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.” Demikian ucap jin yang dirakam dalam Alquran surah Al-Jin ayat 13.
Mereka juga mempunyai kemampuan memahami bahasa manusia, terbukti dari kemampuan mereka mendengar dan memahami Alquran. “Mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami telah mendengar Alquran yang menakjubkan, (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Tuhan kami.” (Al-Jin: 1–2).
No comments:
Post a Comment