Tangis itu ada dua punca utama, iaitu bersifat fizikal seperti  kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan  orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti  kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat  jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan  sebagainya.Aritu dah posted n3 pasal legakan  kembong n kalau tak menjadi jugak mungkin ada sebab2 lain.
Punca  kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu  daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang  baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga  kirinya.
Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.

Sekiranya  dilakukan demikian, Insya'Allah, bayi tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan,  iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan  timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya  boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.
Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.

Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak  dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti  menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara  tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapa menggelabah.
Ada beberapa tanda  lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak  itu menangis akibat gangguan jin ini.
1.Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini  jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara  tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. 
 2.Dalam keadaan  tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang  bersangatan.
Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula.
 Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula.
3.Mata yang  pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata,  seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian  kanan dan kiri.
 4.Tangisan  akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan.  Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak  sedarkan diri (tidur).
 5.Dahi atau  bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji  mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.
 6.Sering  terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam  keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang  menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis  lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang  tersekat-sekat.
*Terlalu banyak kaedah  atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha  mengatasi masalah seperti ini, di  antaranya ialah dengan membacakan 
~surah al-Fatihah, 
~ayat  al-Kursi, 
~surah an-Nas dan 
~surah al-Falaq, 
kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali.  Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya  dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.
No comments:
Post a Comment