
Surah Al Muzammil.  
Diturunkan di Mekah. Mengandungi 20 ayat. Nama  surah ni bermaksud ' orang yang berselimut'. Surah ini diturunkan pada peringkat  awal kenabian Nabi Muhammad saw. Allah telah memerintahkan Nabi saw untuk  membuka selimut dan bangun untuk menyampaikan risalah Allah.
Kandungan Surah
 Surah ini mengandungi petunjuk-petunjuk serta  arahan-arahan Allah untuk Nabi Muhammad saw semasa perjalanan dakwah Baginda  saw. Surah ini juga mengandungi ancaman kepada kaum musyrikin yang menentang  dakwah Nabi saw.Allah memerintahkan Nabi saw bangun pada waktu  malam beribadah kepadaNya, bertahajud serta membaca Al Quran untuk menguatkan  jiwa Nabi saw sebagai bekal untuk perjalanan dakwah yang mencabar. Allah  berfirman dalam Surah Al Isra ayat 79: "di waktu malam,hendaklah kamu  bertahajud, sebagai sunat kepada engkau. Moga-moga Allah menempatkan engkau di  tempat yang terpuji". Allah juga memberitahu Nabi tentang berat serta  mencabarnya tugas sebagai Rasulullah, maka Allah perintahkan Nabi untuk  mengingati Allah siang dan malam. Dalam surah ini Allah nyatakan: sesungguhnya  Aku beri kepada engkau perkataan yang berat". Allah juga memerintahkan Nabi  bersabar di atas gangguan kaum musyrikin yang menuduh Nabi sebagai tukang sihir  dan penyair.
 ____________
 Begitulah juga dengan kita untuk melazimi  qiamullail sebagai latihan jiwa agar jiwa kita menjadi kuat serta mampu  menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi sepanjang jalan juang ini. Jemaah kita  ini bukanlah parti politik semata-mata tetapi merupakan Harakah Islamiyyah. Maka  agenda tarbiyyah perlu diperkasakan untuk melahirkan para pejuang yang taqarrub  kepada Allah. Kekuatan tarbiyyah adalah tunjang kekuatan jemaah. Ahli yang  kurangnya tarbiyyah akan menjadi duri dalam daging kepada jemaah.Tetapi jangan  tersilap untuk mengecilkan skop tarbiyah kepada tahajud dan membaca Al Quran  semata-mata. 
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment