Sunday 23 December 2012

sesuatu amalan yang dilakukan dengan riak





"Riak ikan di air, sudah tahu jantan betinanya", betul ker!!!

Riak ni tak aper, kita takut riak yang membawa maksud "memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain"

Allah ada berfirman mengenai riak ni dalam surat Al-Ma'un ayat 4-7 yang bermaksud:

"Maka celakalah bagi orang-orang bersembahyang yang sentiasa lalai daripada sembahyangnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan, minta dilihat orang"

Rasulullah SAW sendiri takut perasaan riak menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas. Baginda bersabda maksudnya:

"Allah AzzawaJalla tidak akan menerima sesuatu amalan yang dilakukan dengan riak meskipun riak sekadar debu saja".

Rasulullah SAW menganggap riak sebagai amalan syirik kecil kerana bagi seseorang yang sudah dihinggapi sifat ini ibadahnya tidak lagi ikhlas untuk mendapat keredaan Allah, sebaliknya menempatkan insan lain sebagai tandingan bagi Allah kerana amalnya bertujuan menarik perhatian insan itu. Seperti sabda Rasulullah maksudnya:

"Sesungguhnya serendah-rendah riak itu ialah syirik"

Dosa syirik yang tidak diketahui merujuk riak kerana ia dianggap syirik tersembunyi. Pelakunya menampakkan ibadah itu dikerjakan kerana Allah, sedangkan niat tersembunyinya untuk mendapat perhatian dan pujian manusia.

Riak boleh berlaku melalui gerak geri tubuh badan kita. Contohnya seseorang yang ingin orang lain tahu yang dirinya seorang yang kuat beribadah seperti bangun sholat di waktu malam, sentiasa berpuasa serta sangat takut dengan balasan Allah S.W.T., lalu dia menampakkan dirinya letih lesu dan kusut masai. Keadaan macam ini membibitkan perasaan riak dalam hati dan Rasulullah pun ada bersabda maksudnya:

"Jika seseorang kamu berpuasa, maka hendaklah meminyakkan kepalanya, menguruskan rambutnya dan memakai celak di manatnya.".

Ini untuk menghindarkan kita dari godaan syaitan untuk menimbulkan perasaan riak dengan menunjuk-nunjuk ibadat yang kita lakukan.

Melalui pakaian juga boleh menyuburkan sifat riak dalam hati kita. Contohnya seseorang yang berpakaian seperti ulamak dan juga berpakaian mengikut sunnah nabi dengan berjubah dan berserban dibimbangi berdetak pulak di hati supaya orang kata dirinya seorang yang alim dan kuat beribadah. Begitu juga dengan memakai pakaian yang mahal-mahal takut timbul riak di hati supaya orang lain tahu yang dia orang kaya dan bangsawan.

Dalam percakapan dan perbuatan juga boleh berlaku riak. Contohnya bila sholat didepan orang, dia sujud lama-lama, bila berzikir pula dia sengaja kuatkan suara. Begitu juga bila bercakap tentang hal-hal semasa, dia sentiasa merujuk kepada cerita-cerita mengenai orang-orang soleh dan menerangkan hadis-hadis. Niatnya tiada lain supaya orang tahu yang dia seorang yang kuat beribadah dan tinggi ilmu agamanya.

Walaupun semua yang dilakukan itu adalah amal sholeh tetapi terselit di hati ingin mendapat kepujian dunia dari manusia. Sebaliknya ketika beribadah secara bersendirian kualiti amalannya tidak sehebat ketika orang lain memandangnya. Sedangkan amal seseorang yang diterima Allah harus dengan niat ikhlas semata-mata demi Allah dan dilakukan sesuai dengan tuntutan syariat (mengikuti sunnah Nabi).

Riak adalah salah satu penyakit hati. Penawar bagi semua ini ialah dengan mengetahui bahawa segala amalan yang diiringi riak tidak diterima Allah S.W.T. di akhirat kelak. Jika perasaan riak timbul juga ketika beribadah, perlu kita segera menepisnya dan jangan dibiarkan terus bermain di jiwa kerana itu bisikan syaitan yang ingin menyesatkan manusia.

Menyedari besarnya musibah dibawa sifat riak, Rasulullah SAW mengajar umatnya memohon perlindungan dari Allah dengan membaca doa:

"Ya, Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon ampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya." (Hadis riwayat Ahmad)


sumber dari: kerdipanrohani.wordpress.com

Surah Al-Ma'un in landscape





Wednesday 19 December 2012

Saat Mustajab Doa Hari Jumaat






Pada hari Jumaat terdapat masa doa mustajab. Ada pendapat mengatakan daripada Sayyidatina Fatimah az-Zahra' binti Rasulullah s.a.w, bahawa menurut beliau doa mustajab pada hari Jumaat adalah pada waktu Asar sehinggalah maghrib pada hari Jumaat tersebut. 

Berkata Syeikh Abdus Samad Falimbani dalam Hidayatus Salikin beliau:
"Sayugia membanyakkan berdoa pada hari Jumaat itu pada beberapa waktu iaitu pada:
i. waktu terbit matahariii. waktu gelincir matahariiii. waktu masuk matahariiv. waktu iqamatv. waktu khatib naik ke mimbarvi. ketika beriri manusia kepada sembahyang, kerana segala waktu yang demikian itu sangat diharap akan mustajab."
Allahu'alam, Allah Maha Mengetahui. Ini adalah pendapat para arifin yang dibukakan mata hati mereka oleh-Nya. Adalah tidak mustahil jika mereka dikurniakan kelebihan mengetahui rahsia-rahsia-Nya seperti saat doa mustajab ini. Tidak layaklah membandingkan diri kita orang awam mutakhir seperti kita ini ini berbanding dengan orang-orang yang mempunyai darjat taqwa yang tinggi di sisi Allah.

Sebagai kesimpulan, memadailah saya mengungkapkan kata-kata Imam al-Ghazali tentang keistimewaan Hari Jumaat dalam kitab Bidayatul Hidayah:

"... dan jadikanlah hari ini dalam minggumu sebagai hari yang engkau khususkan bagi akhiratmu. Mudah-mudahan ia menjadi kifarat (penebus) bagi hari-hari yang lain dalam minggu itu."



sumber dari: mujahidnusantara85.blogspot.com

banyakkan membaca selawat dan salam atas Nabi s.a.w pada hari Jumaat dan malamnya




Dalam adab ke-15, Syeikh Abdus Samad Falimbani menyarankan untuk berselawat atas Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w pada malam atau hari Jumaat:

"Sayugianya engkau banyakkan membaca selawat dan salam atas Nabi s.a.w pada hari Jumaat dan malamnya, iaitu terlebih daripada hari yang lain kerana kelebihan membaca selawat atas Nabi s.a.w pada hari Jumaat itu amat banyak. Dan sesetengah daripada kelebihan membaca selawat itu sabda Nabi s.a.w:
'Barangsiapa membaca selawat atasku di dalam hari Jumaat 80 kali nescaya mengampuni Allah Ta'ala baginya akan dosa 80 tahun.' (Hadith Riwayat Daruqutni)"

Dalam kitab Fadhilat Selawat oleh Muhadith Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari al-Hasani disebutkan hadith:


2.1 Daripada Aus bin Aus r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Hari kamu yang paling afdal ialah hari Jumaat. Pada hari itu, diciptakan (Nabi) Adam dan pada hari itu juga nyawanya dicabut. Pada hari Jumaat juga, berlaku tiupan sangkakala dan Kiamat. Maka perbanyakkanlah ucapan selawat ke atasku pada hari itu kerana selawat kalian akan dihadapkan kepadaku.
Para sahabat bertanya, 'Bagaimanakah selawat kami akan dipersembahkan kepada kamu, sedangkan kamu telah binasa? Mereka memaksudkan sebagai binasa dimamah tanah.'
Maka baginda s.a.w bersabda, 'Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi daripada memakan jasad-jasad para nabi.' " (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasaie dan ibnu Majah)
Hadith yang lebih kurang sama daripada Abi Darda' juga dalam kitab tersebut. Imam Nawawi dalam kitab al-Azkar juga menyebut kelebihan membanyakkan selawat atas baginda Nabi s.a.w pada hari Jumaat. Syeikh Abdus Samad Falimbani juga menyebut agar membanyakkan tasbih dan istighfar bermula pada petang Khamis, kerana waktu tersebut sudah menyamai kelebihan pada Hari Jumaat.


Jika terdapat majlis zikir, selawat ataupun seumpamanya pada malam Jumaat, hadirlah ke majlis tersebut. Insya-Allah mendapat berkat daripada amalan-amalan tersebut. Alhamdulillah, saya diberikan nikmat untuk menghadiri Majlis Ratib al-Attas di Madrasah al-Khairat, Kuching secara rutin pada malam Jumaat.

Dalam majlis tersebut, dibacakan surah Yaasiin, susunan wirid Ratib al-Attas, doa-doa, himpunan selawat para ulama muktabar, Asma'ul Husna serta mengalunkan qosidah dan maulid indah berzikir kepada Allah dan berselawat atas Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w. Majlis tersebut dipimpin oleh mudir madrasah, Habib Mohammad bin Alwi al-Attas. Bacaan tersebut terhimpun dalam kitab Kitab 'Pembuka Jalan Mendekatkan Diri kepada Allah' yang disusun oleh beliau.





sumber dari: mujahidnusantara85.blogspot.com

Tuesday 18 December 2012

Hari Jumaat merupakan Sayyidul Ayyam, iaitu penghulu segala hari






"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik jika kamu mengetahui." (Surah al-Jumu'ah, 62:10)

Hari Jumaat merupakan Sayyidul Ayyam, iaitu penghulu segala hari. Pada hari Jumaat ini dikurniakan dengan pelbagai keberkatan dan kelebihan buat umat Islam khususnya. Istimewanya Hari Jumaat ini, sehinggakan Imam al-Ghazali mengungkapkan hari tersebut sebagai hari raya bagi umat Islam kerana akan kemuliaannya.


Syeikh Abdus Samad Falimbani menghuraikan sebanyak 20 adab yang perlu diperhatikan oleh setiap muslim untuk meraih keberkahan hari tersebut. Beliau menghuraikan kitab Imam al-Ghazali yang berjudul Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah). Dalam menghuraikan kitab amalan seharian bagi meraih taqwa zahir dan batin, iaitu Bidayatul Hidayah, Imam al-Ghazali mengungkapkan hari Jumaat sebagai:
"Ketahuilah olehmu bahawa hari Jumaat itu adalah Hari Raya bagi orang Islam. Iaitu hari yang mulia yang telah dikhususkan oleh Allah S.W.T kepada umat (Nabi) Muhammad s.a.w. Dan pada hari itu ada satu saat yang mustajab doa. Tiada membetuli akan saat itu oleh seseorang yang mukmin dengan doanya kecuali Allah akan memberi apa sahaja yang ia minta. Maka bersiaplah engkau menghadapi Hari Jumaat itu mulai dari petang hari Khamis lagi." (Bidayatul Hidayah, m/s 100)
Mungkin pada pandangan mata kita sebagai orang awam, hari Jumaat ini adalah yang lain daripada hari lain, kerana semata-mata perlu untuk menghadiri solat Jumaat dan mendengarkan khutbah. Terkadang, ada yang datang pada waktu azan dilaungkan. Ada juga yang tiba 'tepat pada masa' semasa akhir khutbah dan menunggu saat-saat solat Jumaat secara berjemaah. 



sumber dari: mujahidnusantara85.blogspot.com

MAUT AKAN DATANG PADA BILA-BILA MASA





"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumu'ah 62:8)

Semua perkara yang kita lihat di sekeliling kita, kawan-kawan kita, saudara-mara, dan semua benda hidup di dunia ini akan pasti suatu hari nanti mati, sebagaimana berjuta-juta manusia yang hidup sebelum kita. Fakta ini dinyatakan di dalam ayat al-Qur'an yang berbunyi,

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".(Al-Anbiyaa' 21:35)

Melupai kepastian ini menandakan kurangnya kesedaran. Manusia tidak dapat lari daripada maut dan pastinya akan mati kerana sebab-sebab tertentu pada satu masa dan tempat yang tidak diketahuinya.

Ingatlah, kecantikan, glamor, status, harta benda atau usia muda tidak dapat menghalang kematian seseorang. Walaupun ramai manusia sedar akan realiti ini, mereka cuba mengelak daripada memikirkan hal kematian dan cuba melupakan perkara ini. Tetapi, hanyalah penipuan terhadap diri sendiri. Oleh sebab itulah, Rasulullaah (sollalahualaihiwassalam) juga mengingatkan orang-orang beriman supaya “selalu ingatkan mati” (Tirmidhi). Samada kita memikirkan perkara yang tidak dapat dielakkan ini atau tidak, maut pastinya datang kepada kita:

"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"(Qaaf 50:19)

Baris-baris ini mesti mengingatkan kita betapa dekatnya kematian itu. Namun, cuba fikirkan perkara ini dengan lebih mendalam; siapa tahu, mungkin maut datang menemui kita sebelum kita sempat untuk menghabiskan bacaan ini. Oleh itu, ingatlah, kematian adalah sangat dekat dengan kita sebagaimana ia dekat dengan semua orang.

Bertentangan dengan persepi umum, maut bukanlah peringkat terakhir kepada turutan peristiwa. Apabila tibanya masa, Allah akan menghantar malaikat kepada mereka yang telah ditakdirkan mati pada masa berkenaan dan mengambil roh orang itu secara tiba-tiba, pada masa yang tidak dijangka. Ia mungkin terjadi tepat pada saat ini, sebelum kita sempat bangun daripada kerusi kita, malaikat maut akan muncul di hadapan kita secara tiba-tiba. Kita mungkin dikelilingi oleh kawan-kawan atau ahli keluarga, tetapi mereka tidak dapat merubah kemungkinan ini; mereka tidak boleh dengan apa cara sekali pun menghalang kita daripada maut. Oleh itu, jangan sesekali lupa, setiap roh akan diambil oleh Malaikat Maut yang diutuskan oleh Allah untuk melakukan tugas itu dan akan kembali kepada Allah.

Namun, idea yang kita akan mati bila-bila masa sahaja mungkin sukar untuk difahami. Memikirkan perkara-perkara yang masih perlu dicapai membuatkan kita terasa terlalu awal untuk kita meninggal dunia. Kenyataan sebenarnya ialah, hanya Allah yang menentukan masa kematian. Tidak seminit bertambah atau berkurang seseorang itu boleh hidup selain daripada masa yang telah ditetapkan kepadanya. Maut menemui roh seseorang pada masa terbaik yang telah ditentukan dalam takdirnya:

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan". (Al-Munaafiquun 63:11)



sumber dari: are8686.blogspot.com

solat jumaat at Egypt





sumber dari: islamicawakening.com

segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah






"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," 
(Surah Al-Jumu'ah: 9)



sumber dari: kyrulnyzam.blogspot.com

Alhamdulillah....It is Jumuah





sumber dari: binteashraf.blogspot.com

dua peristiwa menarik semasa solat jumaat






Kebetulan saya suka membaca Surat Al-Jumu’ah setiap Jum’at, meskipun kadang suka lupa sih. Karena, menurut riwayat, keutamaannya besar. Ketika sampai ayat kesebelas, pikiran saya kerap melayang kepada dua peristiwa dahsyat dalam sejarah, yang saling bertolak belakang.

Peristiwa pertama terjadi di masa Rasulullah saaw. Saat itu sedang berlangsung ibadah Jum’at di Madinah dan Rasulullah saaw sebagai khatibnya. Tiba-tiba serombongan kafilah dagang Syam memasuki kota itu. Tak pelak, para sahabat pun bubar dan segera menghambur ke arah para pedagang itu, demi memburu barang dagangan mereka. Sementara, Rasulullah saaw diabaikan begitu saja di mimbar Jum’at. Sedangkan yang masih tetap di tempat, bervariasi dalam riwayat: ada yang mengatakan dua belas lelaki, ada yang mengatakan dua belas lelaki dan satu wanita, ada yang mengatakan delapan orang (tujuh lelaki dan satu wanita), dan sebagainya. Dan riwayat-riwayat tersebut menyatakan bahwa Ali bin Abi Thalib termasuk di antara mereka yang tetap di tempat. [Lihat: Tafsir Ibn Katsir, Thabari, Qurthubi, Tsa’labi, Mujahid, dan lain-lain]

Akibatnya, Rasulullah saaw murka dan bersabda, “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, seandainya kalian juga ikut keluar, sehingga tidak seorang pun yang tinggal, niscaya lembah ini akan mengalirkan api kepada kalian.” Riwayat lain menyatakan bahwa Rasulullah saaw bersabda, “Sungguh Allah menyaksikan masjidku pada Jum’at itu. Kalau bukan karena mereka berdelapan tetap duduk di masjid, maka sungguh kota ini dan penghuninya akan dilalap api, mereka juga akan dihujani batu seperti kaum Luth.”

Al-Qur’an juga mengecam tindakan mereka itu, melalui ayat: 

Dan ketika mereka melihat barang-barang dagangan atau permainan tiba, maka mereka pun segera bubar menuju kepadanya dan meninggalkanmu yang sedang berdiri (berkhotbah) . Katakanlah, “Sesungguhnya pahala di sisi Allah itu lebih baik ketimbang permainan dan barang-barang dagangan itu.” Dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. 
(QS. Al-Jumu’ah: 11)

Peristiwa kedua terjadi di Iran 1400 tahun kemudian. Saat itu ibadah Jum’at sedang berlangsung di salah satu tempat di sana, pada sekitar 1985. Tiba-tiba jet-jet tempur Saddam menghujani tempat itu dengan berbagai bom. Akibatnya, tempat itu porak-poranda, beberapa orang gugur syahid, dan puluhan lainnya luka-luka. Namun hebatnya, tidak satu pun jamaah Jum’at yang melarikan diri. Khotbah tetap disampaikan dengan semangat, salat Jum’at pun tetap diselenggarakan dengan khusyuk dan tenang serta penuh penghambaan kepada Allah SWT.

Alangkah dua peristiwa yang sangat kontras. Terlihat pada peristiwa kedua, ibadah Jum’at tetap berlangsung dengan khidmat. Meskipun yang mendatangi mereka bukan barang dagangan, melainkan bom-bom. Meskipun yang berkhotbah saat itu bukan Rasulullah saaw, melainkan Sayid Ali Khamenei.

Mengomentari peristiwa itu, Imam Khomeini berkata, “Saya tidak akan pernah melupakan pemandangan salat Jum’at saat itu, yang diselenggarakan dengan penuh khidmat dan keagungan. Saya mencermati apa yang terjadi pada jamaah salat. Tidak seorang pun merasa gentar menghadapi situasi saat itu. Imam Jum’at tetap lantang menyampaikan khotbahnya. Sementara, jamaah salat mendengarkan khotbah dengan khusyuk dan berseru, ‘Kami datang menyambut syahadah.’”

Melihat kenyataan ini, siapa sebenarnya yang lebih memuliakan ibadah Jum’at? Karenanya, saya heran bin takjub dengan beberapa orang yang begitu tega menuduh bahwa Syiah alergi dengan ibadah salat Jum’at.



sumber dari: ressay.wordpress.com

bolehkah wanita melakukan jual beli setelah azan solat jumaat ?






Mungkin kita pernah mengalami ketika adzan jum’at telah berkumandang, tiba-tiba ada sesuatu yang ingin kita beli di warung, seperti bahan untuk masak atau yang lainnya. Sementara ada larangan jual beli setelah adzan jum’at berkumandang sampai sholat jum’at selesai, sebagaimana firman Alloh ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” [QS al-Jumua’h : 9]

lalu, apakah kaum wanita juga termasuk yang dilarang berjual beli dalam ayat di atas? simak jawaban syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin dan al-Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi rohimahumalloh berikut ini:

***
Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin rohimahulloh berkata ketika mensyarah kitab al-Ushul min Ilmil ushul:

“Ada dua orang wanita yang melakukan transaksi jual beli setelah adzan kedua pada hari jum’at, apakah jual belinya sah?

Jawaban: Sah, karena mereka berdua tidak dituntut (diwajiibkan) mengerjakan sholat jum’at.



sumber dari: ummushofi.wordpress.com

friday is the master of days.....





sumber dari: tumblr.com

Tuesday 11 December 2012

Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan permohonan kamu






Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepadaKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina.
(Surah al-Mu’min:60)

Syarat Berdoa
  1. Seikhlas hati
  2. Bersih daripada noda dan dosa termasuk makanan yang halal
  3. Dengan penuh kesungguhan hati
  4. Bersangka baik dengan Allah, yakin doa akan diperkenankanNya
  5. Tidak berputus asa dan istiqamah
  6. Jangan berdoa sesuatu yang tidak munasabah umpama mengharap duit jatuh dari langit

Adab Berdoa

  1. Bertaubat dan beristighfar dahulu sebelum berdoa
  2. Mulakan doa dengan memuji nama Allah
  3. Mengadap kiblat
  4. Menadah tangan
  5. Berdoa dengan suara lembut
  6. Susun kalimah doa dengan kata sederhana.(digalakkan berdoa dengan kalimah yang digunakan oleh Rasulullah)
  7. Mengulang sebut doa yang dihajatkan(minima 3 kali) tanpa rasa jemu
  8. Akhiri doa dengan bacaan selawar kepada junjungan Nabi Muhammad SAW
Waktu Mustajab Berdoa
  1. Pada bulan Ramadhan terutama malam Lailatul Qadr
  2. Waktu wukuf di Arafah ketika menunaikan haji
  3. Hari jumaat siang ataupun malam
  4. Ketika mendengar azan
  5. Di antara masa azan dan qamat ketika mengerjakan solat
  6. Semasa solat fardhu terutama ketika sujud terakhir
  7. Doa beramai-ramai ketika pengajian agama
  8. Ketika minum air zam-zam
Orang yang Makbul Doanya
  1. Orang yang terdesak(beriman kepada Allah)
  2. Orang yang teraniaya(sekalipun orang kafir)
  3. Pemimipin yang adil
  4. Ibu bapa kepada anaknya
  5. Anak soleh kepada ibu bapanya
  6. Orang yang berjasa kepada masyarakat
  7. Orang yang menjalinkan silaturrahim
  8. Doa sesama muslim
  9. Orang yang bermusafir
  10. Orang yang bertaubat menyesali dosanya
Sabda Rasulullah SAW : “Berdoa itu adalah ibadah” (Hadis Riwayat Abu Daud & Tarmizi)



sumber dari: loveofislam.wordpress.com

Saturday 8 December 2012

sabar adalah menahan diri dari sifat kegundahan dan rasa emosi






Sabar merupakan istilah dari bahasa Arab dan sudah menjadi istilah bahasa Indonesia. Asal katanya adalah “shabara”, yang membentuk infinitif (masdar) menjadi “shabran“. Dari segi bahasa, sabar berarti menahan dan mencegah. Menguatkan makna seperti ini adalah firman Allah dalam Al-Qur’an: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” (Al-Kahfi: 28)

Perintah bersabar pada ayat di atas adalah untuk menahan diri dari keingingan ‘keluar’ dari komunitas orang-orang yang menyeru Rabnya serta selalu mengharap keridhaan-Nya. Perintah sabar di atas sekaligus juga sebagai pencegahan dari keinginan manusia yang ingin bersama dengan orang-orang yang lalai dari mengingat Allah swt.

Sedangkan dari segi istilahnya, sabar adalah menahan diri dari sifat kegundahan dan rasa emosi, kemudian menahan lisan dari keluh kesah serta menahan anggota tubuh dari perbuatan yang tidak terarah.
Amru bin Usman mengatakan, bahwa sabar adalah keteguhan bersama Allah, menerima ujian dari-Nya dengan lapang dan tenang. Hal senada juga dikemukakan oleh Imam Al-Khawas, “Sabar adalah refleksi keteguhan untuk merealisasikan Al-Qur’an dan sunnah. Sehingga sabar tidak identik dengan kepasrahan dan ketidakmampuan. Rasulullah saw. memerintahkan umatnya untuk sabar ketika berjihad. Padahal jihad adalah memerangi musuh-musuh Allah, yang klimaksnya adalah menggunakan senjata (perang).”
Sabar Sebagaimana Digambarkan Dalam Al-Qur’an

Dalam Al-Qur’an banyak ayat yang berbicara mengenai kesabaran. Jika ditelusuri, terdapat 103 kali disebut dalam Al-Qur’an, baik berbentuk isim maupun fi’ilnya. Hal ini menunjukkan betapa kesabaran menjadi perhatian Allah swt.

1. Sabar merupakan perintah Allah. “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153). Ayat-ayat yang serupa Ali Imran: 200, An-Nahl: 127, Al-Anfal: 46, Yunus: 109, Hud: 115.

2. Larangan isti’jal (tergesa-gesa). “Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka…” (Al-Ahqaf: 35)

3. Pujian Allah bagi orang-orang yang sabar: “…dan orang-orang yang bersabar dalam kesulitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 177)

4. Allah akan mencintai orang-orang yang sabar. “Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (Ali Imran: 146)

5. Kebersamaan Allah dengan orang-orang yang sabar. Artinya Allah senantiasa akan menyertai hamba-hamba-Nya yang sabar. “Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Anfal: 46)

6. Mendapatkan pahala surga dari Allah. (Ar-Ra’d: 23 – 24)



sumber dari: hidayah18.wordpress.com

Sabar Bukan Sekadar Menahan Sakit




“Mudah untuk kata sabar, tapi berat lagi orang yang memikulnya”, begitulah kata seorang sahabat tatkala saya memujuknya agar redha dengan ujian yang menimpanya. Ramai yang masih beranggapan perkataan ‘sabar’ sekadar menahan diri dari kesakitan yang dirasai baik secara fizikal mahupun batin.

Bagi orang yang mendalami ilmu tasawuf, barangkali perkataan ‘sabar’ adalah umpama ‘syukur’ kerana setiap kali ujian menimpa, pasti ada kebaikan menanti selepasnya sama ada ganjaran berupa pahala atau ditinggikan darjat oleh Allah swt. Oleh itu, setiap kali ujian melanda, mereka tidak berkata “sabar” sebaliknya kata “syukur.”

Apabila sabar dianggap menahan sakit, maka bertungkus-lumuslah seseorang itu menepis ‘aura’ negatif dalam dirinya. Berbeza dengan beranggapan sabar sebagai satu nikmat. Ujian yang melanda dirasa suatu yang ditunggu-tunggu. Saidina Ali pernah mengeluh, “mengapa aku tidak diuji? Adakah Allah telah melupakan aku?” Ini adalah kata-kata orang yang faham hikmah Allah berikan ujian atau musibah kepada para hamba-Nya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

”Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan” 
(Surah Al-Syarh:6).

Dalam ayat ini kita diingatkan bahawa ujian itu hanya sementara dan tentunya setiap ujian yang diturunkan Allah disertakan dengan hikmah disebaliknya. Terpulang kepada kita sama ada mahu melihat sesuatu kejadian dari sisi gelap atau sisi terangnya. Ia bukan soal apa yang kita lihat, tetapi bagaimana kita melihatnya.






sumber dari: personaliti.wordpress.com

Secantik Ikatan Riben




“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran), dan kuatkanlah (perteguhkanlah iman) kesabaran kamu, serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beruntung (beroleh kemenangan).” [Ali Imran : 200]



Masalah adalah ibarat tali.
Kadang-kadang bertambah-tambah bersimpul. Angkara runsing, kita cuba meleraikannya, tetapi ia bertambah berbelit pula.
Apa yang difikir ketika itu?
Belitan tali yang tak pernah-pernah selesai? Atau kembalikan tali kepada asalnya, cantik sediakala?

sesungguhnya bersama dengan kesulitan, ada kemudahan.....



Kucing aja bisa sabar




fainnama’al ‘usri yusro.. innama’al ‘usri yusro…
. bersama dengan kesulitan, ada kemudahan..

(Al-Insyirah : 6-7)

banyak banget halangan, banyak banget tatapan meremehkan. pengen banget marah2, alhamdulillah inget ayat ini :

“….Karena boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikkan yang banyak padanya.”
(An-Nissa:19)

dan pada akhirnya, kesabaranlah yang bisa kuandalakn sebagai benteng pengharapan dan pertolongan.. setelah dikuatkan oleh beberapa ayat ini :

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’,
(Al Baqarah : 45)


Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah : 153)



sumber dari: hidayah18.wordpress.com

Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia




Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25



Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri ; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orang kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.

Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :

Pertama :

Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman :

Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Kedua :

Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka,
Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :

“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggungjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”

Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.


Ketiga :

.Orang Tua yang Berzina
Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :

“Tiga orang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”

Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

Ke Empat :

Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta).

Ke Lima :

Orang miskin yang takabbur.

Ke Enam :

Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.

Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.

Ke Tujuh :

Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan.
Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda :

”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” 
(Hadith Muttafaqun ’alaihi)

Ke Lapan :

Penderhaka Ibu Bapa.
Rasulullah bersabda :
Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:

“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak : Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii.

Ke Sembilan :

Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy).

Ke Sepuluh :

Orang Lelaki yang Dayyuth

Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah

Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermaharajalela.

Ke Sebelas.

Pengamal Budaya Kaum Luth
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

Ke Dua Belas 

Pengamal Seks Abnormal.
Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .

Ke Tiga Belas :

Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah ?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk-nunjukan kekayaan ).
Hadith di takhrijkan oleh Muslim.

Ke Empat Belas

Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh

“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”

Ke Lima Belas

Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong :
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.

Ke Enam Belas :

Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami
Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”

Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Nasasii dan di anggap sahih oleh al Albani.



sumber dari: gapuranetwork.net

Untuk Para Pencari Tuhan







Ada beberapa kenalan dan bukan kenalan yang bertanyakan kepada saya, bagaimana hendak mengenal Tuhan? Satu persoalan yang kebiasaannya hanya ustaz-ustaz yang selayaknya menjawab. Namun, kalau saya telah mengenal pencipta saya, apa salahnya saya berkongsi sedikit pengetahuan?

Apabila persoalan mengenal tuhan berbangkit, satu frasa yang sangat mahsyur adalah, “kenali diri, maka kamu akan kenali tuhanmu.” Maka, saya mulakan intro saya dengan mengajak pembaca-pembaca semua mengenal diri terlebih dahulu. Justeru, topik perbincangan akan mengarah kepada cara mengenal diri pula. Walau bagaimanapun, saya tidak akan mengulas panjang-lebar mengenai jenis personaliti, kekuatan dan kelemahan diri dan yang sewaktu dengannya, sebaliknya cukup sekadar saya membangkitkan kesedaran para pembaca kepada satu suruhan agama, iaitu berfikir.

Dalam al-Quran, terdapat banyak sekali kalam-kalam Allah yang menyuruh supaya kita berfikir. Mengapa? Walaupun senarai kelebihan berfikir ini berjela-jela panjangnya, tetapi di akhirnya kita berfikir untuk memahami. Memahami mengapa sesuatu perkara wujud, bagaimana sesuatu perkara berlaku, siapa yang menyebabkan ia berlaku, sampai bila ia akan berlaku dan sebagainya. Kesemua persoalan ini menjurus kepada untuk memahami. Maka, apabila kita telah faham, kita akan bertindak (usaha).

Contoh mudahnya begini: apabila kita tahu bahawa makan banyak boleh menyebabkan kegemukan, kita akan mula ada kesedaran. Apabila kita fahami lebih mendalam masalah-masalah yang akan timbul apabila kita gemuk (akibat banyak makan), kita akan berusaha mencegahnya daripada berlaku. Maka, ketika itulah kita akan cari maklumat tentang kalori makanan, diet yang baik, makanan yang sihat dan sebagainya.

Perumpamaan ini samalah dengan misi kita dalam mencari tuhan. Apabila kita tahu siapa kita, iaitu suatu makhluk yang punyai kelemahan, keperluan dan keinginan, barulah kita akan sedar bahawa sebenarnya kita hanyalah sekadar hamba. Hamba kepada sang pencipta segala makhluk. Hamba yang perlukan kepada ihsan dan kekuatan dari penciptanya.

Maka, ketika kita kenal dan faham tentang diri kita, kita mula rasa ingin tahu pula tentang siapa pencipta yang Maha Kuasa itu. Pencipta yang berkuasa menggerakkan segala sel dan urat dalam makhluknya. Pencipta yang hanya perlu katakan “jadilah”, maka jadilah ia. Lebih dalam kita cuba mengenal diri-Nya, lebih tenang dan jelas rasa makna hidup ini. Baru jelaslah mengapa semua yang berlaku pada diri dan alam ini berlaku. Semuanya berlaku kerana ada sebabnya. Sunnatullah. Itulah sebabnya banyak kali Allah menyeru kepada manusia untuk berfikir dan merenung kejadian alam. Firman-Nya yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati
(tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Al-A'raaf : 179]

Peringkat seterusnya setelah ada kefahaman tentang kewujudan pencipta adalah kesungguhan untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Di sinilah kesungguhan menentukan sampai atau tidak seseorang hamba kepada pencipta-Nya. Kesungguhan yang saya maksudkan di sini ialah usaha memperbanyakkan amalan yang disukai Allah. Sama juga seperti kita hendak menarik perhatian orang yang kita sayangi. Maka kita lakukan apa yang disukainya, dengan harapan dia menyedari dan menaruh minat pula kepada kita.

Antara amalan yang paling berkesan untuk mendekatkan diri kepada Allah menurut para ulama dan ahli filasuf adalah amalan berzikir. Dalam satu hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Termidzi dan Ibnu Majah bermaksud:

“Mahukah kalian kuberikan tentang sebaik-baik amalmu, semulia-mulianya di hadapan Rajamu setinggi-tingginya darjatmu, dan justeru ia itu lebih baik bagimu daripada menginfaqkan emas dan perak, serta lebih baik bagimu daripada kamu bertemu musuhmu lalu kamu pukul leher-leher mereka dan merekapun memukul leher-lehermu? Mereka (para sahabat) menjawab, “Mahu, ya Rasulullah”. Dia (kemudian) bersabda: Zikrullah.”

Sesungguhnya hanya Allah yang dapat member petunjuk dan hidayah. Tetapi kitalah yang harus berusaha mendapatkan petunjuk dan hidayah itu. Mereka yang tunduk kepada nafsu akan terus jauh dari Allah dan mereka yang menghampiri Allah selangkah, Allah akan menghampirinya 1000 langkah.

“Tidakkah engkau perhatikan gelagat orang yang bertuhankan hawa nafsu dirinya sendiri? Dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”
[Al-Jatsiyah : 23]



sumber dari: personaliti.wordpress.com

Bulan Yang Ditemani Bintang-Bintang




“Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan 
Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya” 
(Surah Al-Furqan : 61)



Bayangkan, kita adalah bulan purnama yang bertanggungjawab menerangi bumi di waktu malam. Kitalah watak utama pada cerita kita. Kitalah yang menjadi masterpiece, dan kita juga yang bertanggungjawab ke atas diri kita dan persekitaran kita. Tetapi, bukanlah bulan sahaja yang menyuluhpantul cahaya sang mentari tika di malam hari, tetapi juga ditemani kehadiran bintang yang turut menjadi satu fenomena menakjubkan sebagai pelengkap galaksi bima sakti menjadi sebahagian cerita kita untuk diperlihatkan.
“Tuhan menjadikan 2 cahaya untuk menguasai hari: Cahaya yang lebih terang menguasai siang, cahaya yang malap menguasai malam. Dia juga menjadikan bintang” (Genesis 1:16)
Kehadiran teman-teman yang ada di sekeliling ini bukanlah perlu disoalkan kewujudannya. Tetapi difikirkan mengapa Allah hadirkan mereka bersama kita. Di atas tadi, itulah analoginya antara manusia dan alam ciptaan-Nya.

Mungkin hari ini kita ditempatkan di satu tempat yang begitu berbeza dengan pengalaman dan persekitaran kita sekian lama. Kita berjumpa dengan pelbagai watak, pemikiran, sikap, rupa dan bangsa yang berlainan setiap hari. Sahabat, pak cik, mak cik, usrah, rakan sekelas dan sebagainya kita dipertemukan. Mengapakah mereka hadir di mata kita pada hari ini?

Jawapannya mudah. Tentulah kuasa Allah, atas aturannya Dia menjadikan hikmah untuk kita berfikir kenapa hari ini ditentukan untuk kita bertemu perwatakan variasi yang turut dicoret dalam diari hidup kita. Inilah masanya juga variasi personaliti kita dapat diwarnai dengan kehadiran mereka, sebagai insan yang mungkin kita kongsi ke arah destinasi yang sama.

Mungkin pernah berlaku antara kita terjumpa di sebuah ‘planet’ , bergerak bersama-sama, berkenal dan berbaik-baik kerana sesuatu perkara buat sementara. Sampai satu saat, rupa-rupanya orang itulah sebenarnya yang kita patut rapat, berbaik dan berkongsi suka duka kerana dialah yang begitu sesuai dengan kehidupan kita. Dengan mengetahui lebih mendalam tentang sahabat kita itu, barulah kita sedar, tahap manakah langkah kita berbanding dengan dia. Kita dapat muhasabah diri, begitu juga dengannya. Kita berubah sedikit demi sedikit memutar punat yang sama kecenderungan agar kita lebih mencengkam kuat antara satu sama lain.

Hal ini tidaklah bermakna bahawa kita hanya perlu mencari seseorang atau perkumpulan yang sesuai dengan diri kita. Suatu hari secara pastinya kita akan bertemu dengan orang yang belum pernah kita terfikir wataknya. Inilah yang berlaku jika kita terlalu mengecilkan skop pandangan minda kita bahawa we are what we want (kita sebenarnya adalah untuk apa yang kita ingini). Itu adalah satu kesilapan yang besar jika itu sahaja kita implementasikannya dalam kehidupan. Sedangkan hidup kita bererti pada sebuah sinergi. Kita pastinya akan bertemu dengan pelbagai lagi jenis manusia yang secara tidak sedar membantu kita dalam melincinkan perjalanan kita menuju destinasi yang kita ingini.

Inilah yang saya terfikir setelah 3 bulan lebih saya berada di matriks UIA. Sahabat sahabat yang ada bersama sekeliling saya temui mempunyai latar belakang yang jauh berbeza menyebabkan perjumpaan yang telah dicaturkan Allah lebih indah. Sebagai contoh, di bilik saya sendiri. 7 daripada 8 orang ahli dalam bilik ini adalah pelajar jurusan seni bina manakala seorang lagi dari jurusan kejuruteraan. Meskipun 2 daripada kami begitu songsang, dengan majoriti sahabat-sahabat yang baik inilah merupakan satu anugerah yang tidak ternilai.

Nak digambarkan, saya merasakan sesuatu yang sangat luar biasa setelah bersama dengan mereka. Di antara kami seolah-olah mutually affectionate sebagai satu keluarga yang saling lengkap melengkapi. Walaupun hanya saya dan Adib Farhan sahaja berlatarbelakang sekolah agama, 4 yang lain turut memaparkan personaliti islamik, tidak melepaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Hal ini menjadikan perjalanan hidup lebih menarik dengan kehadiran mereka.

Begitu juga yang lain di sini, ramai rakan-rakan saya yang lain bukan dari sekolah agama yang memberikan gambaran baik. Saya bertemu seorang rakan yang mengamalkan qiyam sedangkan dia akui tidak berpengetahuan mendalam dalam agama. Hal ini menjadikan diri sendiri bermuhasabah, kenapa kadang-kadang orang yang berpendidikan agama tidak melaksanakan sepenuhnya apa yang difahami. Diri ini seolah-olah mahu terkedepan dalam segenap bidang, tetapi perkara yang mudah masih gagal dilaksanakan.
Bertemu pula dengan orang yang lebih senior, saya menjadi gemar bertanya. Maklumlah, pengalaman yang ada pada mereka perlu dikutip kerana ianya satu langkah untuk saya tahu lorong mana yang saya jalan. Saya sering berhubung dengan abang-abang yang menjadi pembimbing saya untuk meneruskan kehidupan. 

Kadangkala terasa kehadiran mereka menjadikan saya lebih memahami erti perjuangan dalam kehidupan ini. Ketika sedih dan tertekan, ada sahaja jalan keluar yang disertakan dengan pengalaman yang membantu.
Rakan-rakan study circle1 di UIA ini pula bagi saya seolah-olah satu pilihan Allah untuk saya bertemu dengan mereka. Sebagai fasilitator2 yang dipilih oleh UIA, saya terfikir bahawa untuk menguasai keadaan bersama-sama rakan-rakan sebaya dalam bentuk usrah bukan senang. Lebih-lebih lagi dalam kumpulan, 7 daripada 8 orang adalah daripada jurusan kejuruteraan. Saya bukanlah banyak mana ilmu untuk dikongsi tetapi, alhamdulillah serba sedikit dapatlah saya bentangkan sebagaimana yang dikehendaki oleh UIA untuk dikira sebagai pemarkahan dalam subjek FIM3. Satu teknik yang saya selalu amalkan adalah dengan membentangkan isu-isu agama lain sebagai perbezaan dengan Islam, agar adalah sedikit kelainan. Bersyukur, semua ahli memberikan komitmen yang cukup bagus. Kerana ini, barulah saya sedar saya tidak mengubah orang lain tetapi, saya mengubah diri sendiri. Dengan membicarakan tentang agama selain Islam, saya sendiri menjadi prihatin dalam mengkaji dan bertambah ilmu sedikit sebanyak, insyaallah.

Yang menjadi persoalan, bagaimana pula andai Allah menetapkan kita bersekongkong dengan insan yang tidak selari dengan kehendak fitrah, sepertimana yang saya nyatakan pada awal tadi? 2 orang yang agak ‘pelik’ ini seringkali merokok dalam bilik menyebabkan kami pula yang terpaksa melarikan diri. Ada antara sahabat saya mencadangkan agar 6 orang ini pindah bilik, walaupun agak tidak munasabah. Mujur, 2 orang ini walaupun perangai mereka tidak sebetulnya mereka agak mesra dan mudah dibawa berbincang. Bagi saya, selagi mereka tidak isytiharkan mereka keluar islam, mereka tetap saudara seaqidah yang perlu disayangi, bukan dibenci. Kadang-kadang saya suka juga bergurau dengan mereka begitu juga ada waktu saya face-to-face ­selami isi hati mereka. Dalam keluarga mereka sendiri, mereka akui bahawa perlaksanaan wajib itu begitu ditekankan, cuma diri sahaja yang tidak kuasa. Biarpun sedikit demi sedikit, saya dan rakan-rakan cuba membimbing mereka. Andai gagal, doalah senjata paling ampuh.



sumber dari: senikehidupan.wordpress.com

Tuesday 4 December 2012

frame of Al-Humazah





sumber dari: nooremadinah.net

mengumpat -punca dan akibatnya






Punca seseorang itu mengumpat menurut pandangan Imam Al-Ghazali terbahagi kepada sebelas jenis, lapan drpdnye terjadi di kalangan orang awam dan tiga daripadanya dari kalangan orang agama dan org khusus.

Menumpat org awam :

1. Untuk meredakan kemarahan.
2. Digemari dan sesuai
3. Adanya kesaksian terhadap umpatannya dan melepasknnya
4. Menafikan tindakannya terhadap org lain
5. Membanggakan diri
6. Dengki
7. Bermain, bergurau senda serta menghabiskan waktu dengan ketawa yg sia-sia
8. Menghina dan mmpermainkan org lain.

Tiga punca umpatan di kalangan para Ulama dan org khusus adalah :
1. Taksub menentang kemungkaran dan kesalahan pada agama.
2. Berdukacita disebabkan bencana menimpa seseorang
3. Marah kerana Allah Taala

Cubalah korang teliti ehh jenis-jenis mengumpat ni ehh, renung jap..umpatan korang dikategorikan yg mane?huhu

Dalam pada itu, Islam bukan melarang mengumpat neh, ade batas-batasannye yg telah digariskan dengan sebab-sebab tertentu. Menurut Imam Al-Ghazali, mengumpat itu dibolehkan HANYA dalam 6 situasi SAHAJE
1. Dalam hal penganiayaan atau Kezaliman. Firman Allah maksudnnya :
“ Allah tiada mengasihi mengeraskan perbuatan jahat kecuali bagi org yg teraniaya. Allah maha mendengar lagi maha Mengetahui” (Surah An-Nisa : 148)

Rasulullah bersabda maksudnye : Ssgguhnya yg punya hak itu mempunyai perkataan (hak bersuara). (H.R. Bukhari dan Muslim)

2. Meminta bantuan untuk mngubah kejahatan ke jalan yg baik.

3. Meminta fatwa ttg hokum agama. Contohnya korang yg selalu bertanya soal agama kpd Ustaz-ustaz.
Ade gak cerite para sahabat yg mane diriwayatkan bahawa Hindun binti Utbah iaitu Isteri kpd Abu Sufian telah mengadap Rasulullah S.A.W dan berkata : “Ya Rasulullah, suamiku Abu Sufian itu seorang yang kikir(kedekut) dan die tidak memberi belanja yg cukup untukku dan anakku. Apakah boleh aku mengambil hartanya tanpa diketahuinya?” Rasulullah bersabda Ambil sajalah secukupnya untukmu dan anakmu itu dengan baik.

4. Menakutkan org Muslim daripada kejahatan.

5. Memanggil atau menamakan seseorang mengikut tertentu yg biasa dipakai. Contohnya Abu Jahal (bapa bodoh) atau Abu Lahab

6. Melihat seseorang yg menampakkn atau menzahirkan kefasikannya. Contohnya seorang Muslim yg minum arak secara terang-terangan, atau dating.

Ingat kwn2, selain drpd tu, ialah umpatan yg tidak dibolehkan ^_^

Okay, skang jom kite kaji sikit, ape akibat org yg kuat mengumpat neh. 



1. Dibenci oleh Allah S.W.T
Firman Allah dalam Surah Al-Humazah ayat 1 :

“Celaka bagi setiap pengumpat lagi pencela”

2. Tergolong perbuatan yg sia-sia dan tidak bermanfaat.
Firman Allah :

Bukanlah suatu kebaikan dalam kebanyakan bisikan mereka (umpatan) kecuali org yg menyuruh bersedekah atau dengan makruf atau mendamaikan antara manusia”
Surah An-Nisa : 114

3. Tergolong org yg tidak beriman.
Rasulullah bersabda :
Tidak tergolong dalam org yg beriman mereka yg suka mencela, mengutuk, berbuat keji dan berlidah kotor.” – HR Tarmizi drpd Ibnu Mas’ud
4. Mendapat azab yg pedih di dunia dan akhirat.
Firman Allah :
sesungguhnya org yg ingin agar (berita) perbuatan yg amat keji itu tersiar dikalangan org beriman, bagi mereka azab yg pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah Maha Mengetahui sedangkankamu tidak mengetahui.” - Surah An-Nur :19

5. Mendatangkan pembohongan dan dosa.

Firman Allah :

org yang menyakiti mukmin lelaki dan wanita dengan sesuatu yg tidak diperbuatnya maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yg nyata” - Surah Al-Ahzab : 58

6. Mendapat 3 bencana dlm kehidupan

Rasulullah bersabda :
jauhilah olehmu sekalian drpd mengumpat krn sesungguhnya dalam umpatan itu terdapat 3 bencana iaitu doanya tidak dikabulkan, kebaikkannya tidak diterima, dan keburukkannya akan bertambah” (zubdah)

7. Tergolong org yg berdosa besar di hari kiamat.

Rasulullah bersabda :
org yg paling besar dosa di hari kiamat kelak ialah org yg banyak membicarakan hal-hal yg batil (mengumpat) “ - HR At-Tabrani drpd Ibnu Mas’ud

8. Segala pahala amal kebajikan akan berpindah kpd org yg diumpat.




Masha-Allah. Banyaknye azab mengumpat. Jadi, kwn-kwn jom kite bermuhasabah diri supaya tidak mengamalkan amalan mengumpat ni..huhu.. Kalau kite rase pernah buat mende macamni banyak-banyak istighfar dan bertobat..muga2 kite mndpt gnjaran sorga disana..... 



sumber dari: budumasham.com

Huthamah -api yang disediakan ALLAH







وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ * الَّذِي جَمَعَ مَالا وَعَدَّدَهُ * يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ * كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ * نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ * الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ * إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ * فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ *

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. Tahukah kamu, apa Huthamah itu? Yaitu api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka dan mereka diikat pada tiang-tiang yang panjang 
(QS al-Humazah [104]: 1-9).

Surat ini dinamai al-Humazah, diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama. Surat yang terdiri diri dari sembilan ayat ini termasuk Makkiyyah.1 Jika di dalam surat sebelumnya, yakni surat al-‘Ashr, diberitakan mengenai kerugian yang dialami oleh manusia, maka dalam surat ini dijelaskan tentang suatu kelompok manusia yang mendapatkan kerugian. Tak hanya merugi, mereka juga menerima azab yang amat pedih di akhirat kelak.

Allah SWT berfirman: Wayl likulli humazat[in] lumazah (Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela). Menurut Ibnu ‘Athiyyah, kata al-wayl menghimpun keburukan dan kesedihan.2 Dalam konteks ayat ini, Imam al-Qurthubi menafsirkannya sebagai al-hizy wa al-‘adzâb wa al-halakah (kehinaan, azab, dan kecelakaan).3

Menurut as-Samarqandi, makna kata tersebut adalah asy-syiddah min al-‘adzâb (azab yang pedih).4 Tak jauh berbeda, Wahbah az-Zuhaili juga memaknainya sebagai hizy[un] wa ‘adzâb[un] syadîd[un] (kehinaan dan azab yang pedih); dan yang dimaksudkan adalah an-nadam wa at-taqbîh (penyesalan dan celaan).5

Kata al-wayl yang menunjukkan penyesalan terdapat pada beberapa ayat, seperti QS Yasin [36]: 52 dan al-Qalam [68]: 31. Di samping itu, ada juga yang menafsirkan al-wayl sebagai nama sebuah lembah yang mengalir dari nanah bercampur darah para penghuni neraka.6

Ditegaskan ayat ini, kecelakaan, kehinaan dan siksa yang amat pedih akan ditimpakan kepada al-humazah dan al-lumazah. Dijelaskan as-Samin al-Halbi dan al-Jazairi, kata humazah berarti katsîr al-hamz. Demikian pula al-lumazah, berarti katsîr al-lamz.7 Dalam konteks ayat ini, terdapat banyak pendapat mengenai makna kedua kata tersebut.

Ath-Thabari memaknai al-humazah sebagai mughtâb li an-nâs, yaghtâbuhum wa yabghudhuhum (pemfitnah atau pengumpat manusia; mengumpat dan membenci mereka).8 Menurut Muqatil dan an-Nasafi, al-humazah adalah orang yang mencela orang lain ketika tidak ada, sedangkan al-lumazah adalah mencela orang lain di hadapannya.9 Pengertian sebaliknya dikemukakan oleh Abu al-‘Aliyah, al-Hasan, Mujahid, ‘Atha’ bin Abi Rabah. Menurut mereka, al-humazah adalah orang yang mengumpat dan mencela orang lain di hadapannya, sedangkan al-lumazah adalah mengumpat dan mencela orang lain di belakangnya ketika tidak ada.10

Menurut Ibnu Katsir, al-hammâz itu berupa ucapan, dan al-lammâz berupa perbuatan, yakni sikap memandang rendah manusia dan mencelanya.11

Meskipun berbeda-beda, ada hal yang sama, yakni bahwa al-humazah al-lumazah adalah orang-orang yang suka mencela, memfitnah dan meremehkan orang lain.

Memang ada sebagian ulama menyatakan bahwa ayat ini turun untuk beberapa orang tertentu, seperti Akhnas bin Syariq, Walid bin al-Mughirah, dan Ubay bin Khalaf yang semuanya suka mencela dan mengumpat. Namun demikian, menurut Mujahid, “Ayat ini tidak hanya khusus berlaku pada seseorang, namun bagi semua orang yang memiliki sifat tersebut.12

Kemudian Allah SWT berfirman: al-ladzî jama’a mâl[an] wa ‘addadahu (yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya). Para pencela itu disifati sebagai orang-orang yang suka mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Kata mâl[an] di sini berbentuk nakirah, memberikan makna li al-tafkhîm (untuk mengagungkan). Artinya, dia mengumpulkan harta yang banyak.13

Menurut ath-Thabari, orang tersebut mengumpulkan harta dan menghitung-hitung jumlahnya, tidak menginfakkan di jalan Allah dan tidak menunaikan hak Allah di dalamnya.14 Imam al-Qurthubi juga menuturkan, maksud dari ayat ini adalah celaan terhadap sikap menahan harta dari infak di jalan ketaatan, sebagaimana disebutkan dalam QS Qaf [50]: 25 dan QS al-Ma’arij [70]: 18).15

Dijelaskan asy-Syaukani, al-Qinuji dan al-Khazin, sifat tersebut dilekatkan sebagai sebab; bahwa ‘illat (penyebab) humazah dan lumazah itu adalah karena kekagumannya terhadap harta yang dikumpulkan. Dengan harta itu, dia mengira sebagai orang terhormat, dan oleh karenanya berhak merendahkan orang lain.16 Wahbah az-Zuhaili juga menyatakan, “Al-Humazah al-lumazah yang meremehkan dan menganggap rendah orang lain serta menganggap dirinya lebih tinggi itu disebabkan oleh kekagumannya terhadap harta yang dikumpulkan dan dihitung-hitungnya. Dia pun mengira bahwa dia memiliki kemuliaan melebihi orang lain disebabkan oleh perkara tersebut. Hal ini sejalan dengan firman Allah SWT dalam QS al-Ma’arij [70]: 18.”17

Selanjutnya Allah SWT menjelaskan tentang anggapan salah yang melatari sikap mereka: Yahsabu anna mâlahu akhladahu (dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya). Al-Khazin menjelaskan ayat ini dengan ungkapan, “Dia mengira bahwa dia akan kekal di dunia dan tidak mati karena kemudahan dan kekayaan yang dimilikinya.”18 Setidaknya, seperti dinyatakan Ikrimah mereka mengira harta itu dapat menambah usianya.19

Anggapan salah mereka itu kemudian dibantah oleh ayat berikutnya: Kallâ layunbadzanna fî al-huthamah (Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah). Kata kallâ menunjukkan penolakan terhadap anggapan mereka. Harta yang dia punyai sama sekali tidak membuatnya kekal. Yang mengekalkan mereka justru ilmu dan amal salih.20

Tak hanya dibantah, mereka pun diancam dengan azab yang pedih: dilemparkan ke dalam al-huthamah. Allah SWT berfirman: Wamâ adrâka mâ al-huthamah (Tahukah kamu apa Huthamah itu?). Dalam ayat ini digunakan kalimat berbentuk istifhâm (tanya). Kalimat tersebut memberikan makna li at-tahwîl wa at-tafzhî’ (menakut-nakuti dan menumbuhkan kengerian) sehingga seolah-olah neraka tidak terbayangkan oleh akal dan tidak dapat dimengerti.21

Kemudian Allah SWT berfirman: Nârul-Lâh al-mûqadah ([yaitu] api [yang disediakan] Allah yang dinyalakan). Secara bahasa, kata huthamah berarti al-katsîr al-hatham (banyak memecahkan, banyak melahap).22 Dalam ayat ini, yang dimaksud dengan huthamah adalah nama sebuah neraka, sebagaimana halnya Jahannam, Saqar dan Lazhzhâ.23 Neraka itu dinamakan al-huthamah karena memecahkan semua yang dijumpainya; memecahkan dan meremukkan-nya.24 Di­-mudhâf-kannya kata nâr dengan lafdz al-Jalâlah, Allah SWT, memberikan makna at-tafkhîm wa at-ta’zhîm (membesarkan dan mengagungkan).25

Dahsyatnya neraka huthamah itu dijelaskan dalam ayat berikutnya: al-Latî taththali’u ‘alâ al-af’idah (yang [membakar] sampai ke hati). Kata al-af’idah merupakan bentuk jamak dari kata al-fu’âd (hati). Adapun kata al-ithlâ’ bermakna al-bulûgh (sampai). Dengan demikian, maknanya: neraka tersebut membakar sekujur tubuhnya sampai ke hatinya.26 Setelah semuanya terbakar, kemudian tubuh mereka kembali seperti sediakala. Lalu disiksa lagi, demikian seterusnya (lihat QS an-Nisa’ [4]: 56). Demikian dahsyatnya, para penghuni neraka itu tidak mati dan tidak hidup (lihat QS al-A’la [87]: 13).

Dijelaskan pula: Innahâ ‘alayhim mu’shadah (Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka). Kata mu’shadah berarti muthbaqah mughlaqah (tertutup dan terkunci).27 Artinya, semua pintunya tertutup rapat sehingga mereka sama sekali tidak bisa keluar darinya. Ini sebagaimana disebutkan dalam QS al-Balad [90]: 20 dan QS al-Hajj [22]: 22.

Tak hanya itu, mereka juga diikat: Fî ‘amad[in] mumaddadah ([sedangkan mereka itu] diikat pada tiang-tiang yang panjang). Kata ‘amad[in] merupakan bentuk jamak dari ‘amûd (tiang).28 Mereka diazab dengan diikat di tiang-tiang panjang di nereka. Ayat ini menegaskan bahwa mereka tidak bisa keluar dari neraka dengan siksa yang dahsyat itu.

Ada beberapa pelajaran yang bisa diambil dari surat ini. Pertama: haram perbuatan al-hamz dan al-lamz; mencela, memfitnah dan menganggap rendah orang lain. Selain dalam ayat ini, keharaman perbuatan tersebut juga terdapat pada QS al-Qalam [68]: 10-11.

Dalam ayat ini pun dijelaskan mengenai perkara yang menjadi penyebab lahirnya sikap tercela itu, yakni kesalahan dalam standar penilai rendah dan tingginya kedudukan manusia. Harta dijadikan sebagai standar untuk menilai seseorang; dianggap hina atau mulia. Kesalahan ini akan berakibat pada kesalahan lainnya, yakni salah dalam menimpakan celaan kepada seseorang. Orang-orang yang mulia di hadapan Allah SWT—karena ketakwaannya—dianggap hina dan rendah hanya karena miskin (Lihat: QS al-Taubah [9]: 79).

Kedua: Tak dapat dipungkiri, keberadaan harta amat diperlukan manusia. Namun, salah besar jika harta dianggap dapat mengekalkan manusia hidup di dunia; harta dapat melahirkan sikap bakhil dan enggan menginfakkan harta di jalan Allah SWT. Apalagi harta dijadikan sebagai standar penilai kemuliaan seseorang. Ayat ini dengan tegas membantah semua anggapan salah itu. Kemuliaan seseorang bukan ditentukan oleh banyaknya harta, namun oleh ketakwaannya kepada Allah SWT (lihat QS al-Hujurat [49]: 13).

Ketiga: kepastian kehidupan akhirat dan hukuman bagi pelaku kejahatan. Secara jelas hal ini diberitakan dalam surat ini. Di dunia para pelaku kejahatan itu boleh jadi masih bisa bernafas lega, mengelak dari jeratan hukum, bahkan hidup dalam kemewahan. Akan tetapi, itu tidak akan terjadi di akhirat kelak itu. Para pelaku kejahatan dipastikan akan menerima azab yang amat pedih sebagai balasan terhadap kejahatan yang dia lakukan. Harta yang dibanggakan sama sekali tidak berguna. Demikian pula kekuasaan yang dipegangnya, lenyap tak bersisa (lihat QS al-Haqqah [69]: 28-29). Karena itu, celakalah para penggila harta. Semoga kita dijauhkan dari semua sifat buruk itu.

Wal-Lâh a’lam bi al-shawâb.



sumber dari: fkimuikabogor.wordpress.com