Friday, 27 January 2012

Al-Ma'arij -ringkasan




1. Salah seorang dari orang kafir Makkah secara mengejek meminta kedatangan azab yang dijanjikan akan berlaku. Azab yang disediakan untuk orang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya.

2. Dari Allah yang menguasai tempat2 turun naik. Yang dilalui oleh malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing2, terutama pada satu masa yang adalah tempohnya dirasai oleh orang2 yang bersalah sungguh panjang, kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya.

3. Bersabarlah wahai Muhammad terhadap ejekan golongan kafir itu, dengan cara kesabaran yang sebaik2nya.

4. Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh daripada berlaku. Sedang Kami memandangnya dekat, tetap akan berlaku.

5. Iaitu pada hari langit menjadi seperti tembaga cair. Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu yang berterbangan. Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, kerana setiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri,

6. Padahal masing2 diberi melihat setengahnya yang lain. Pada saat yang demikian orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak2nya sendiri. Dan isteri serta saudaranya. Dan kaum kerabatnya yang melindunginya. Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi, kemudian diharapkannya tebusan itu dapat menyelamatkannya.

7. Tidak sekali2 sebagaimana yang diharapkannya! Sesungguhnya neraka yang disediakan baginya tetap menjulang apinya. Membakar serta menggugurkan kulit ubun dan anggota anggota tubuh badan,

8. Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling dari kebenaran. Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya dengan tidak membayar zakatnya.

9. Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah lagi bakhil kedekut. Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut.

10. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. Dan mereka yang menentukan bahagian pada hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri daripada meminta;

11. Dan mereka yang percayakan hari pembalasan dengan mengerjakan amal2 yang soleh sebagai buktinya. Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya. Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut bagi seseorangpun merasa aman terhadapnya;

12. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

13. Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas.

14. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil semasa mereka menjadi saksi. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.

15. Mereka yang demikian sifatnya ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.

16. Maka apakah yang menyebabkan orang kafir, yang menentangmu wahai Muhammad datang berkejaran ke sisimu. Sambil mereka berkumpul berpuak2 di sebelah kanan dan di sebelah kirimu.

17. Patutkah setiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat sedang ia tidak beriman? Tidak sekali2! Mereka yang kufur ingkar tidak akan dapat memasukinya. Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari apa yang mereka sedia mengetahuinya.

18. Maka Aku bersumpah dengan kebesaranKu Tuhan yang menguasai seluruh alam, meliputi tempat2 terbit matahari dan bulan bintang dan tempat2 tenggelamnya, sesungguhnya Kami berkuasa membinasakan mereka, serta menggantikan mereka dengan makhluk yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali2 dapat dikalahkan atau dilemahkan.

19. Oleh itu, biarkanlah mereka wahai Muhammad tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain dalam dunianya, sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka untuk menerima balasan! Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing2 menuju ke Padang Mahsyar dengan keadaan seolah2 mereka berkejaran ke tempat berhala yang mereka sembah dahulu,

20. Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment