
Dari beberapa ayat Alquran, para ulama memahami  bahawa jin memiliki kelompok-kelompok, bahkan masyarakat jin itu tidak ubahnya  seperti masyarakat manusia.
 Allah s.w.t berfirman yang ertinya, “Hai  jamaah/kelompok jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru  langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya, melainkan dengan  kekuatan.” (Ar-Rahman: 33).
 Kata jamaah/kelompok yang ditujukan kepada jin  dan manusia menunjukkan bahawa antara masing-masing jenis itu–manusia dan  jin–terdapat ikatan yang menyatukan anggota-anggotanya. Ini juga sejalan dengan  petunjuk dalam Alquran surah Al-A’raf: 38 yang menyifati, baik manusia mahupun  jin, dengan kata umum (jamak: umat), yakni sekelompok makhluk yang memiliki  ikatan kerana adanya persamaan-persamaan tertentu.
 Selanjutnya, ramai ulama menegaskan bahaawa  jin, sebagaimana semua makhluk ciptaan Allah, terdiri dari dua jenis kelamin:  laki-laki dan perempuan. Hal ini sejalan dengan hakikat yang ditegaskan oleh  Allah antara lain dalam surah Yasin: 36, “Maha suci (Tuhan) yang telah  menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi  dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” 
Disebutkan di  dalam surah Al-Jin: 6, “Ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta  perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin ….”
 Selain keterangan dari Alquran, juga disebutkan  di dalam hadis yang diriwayatkan melalui sahabat Anas bin Malik r.a. yang  berkata bahawa Nabi s.a.w. apabila masuk ke tandas membaca, “Ya Allah, aku  berlindung kepada-Mu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan.”
 Kerana bangsa jin itu berjenis kelamin, iaitu  laki-laki dan perempuan, maka mereka pun berhubungan seks. Jumlah jin juga  sangat banyak, “Sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam ramai dari  jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk  memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak  dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka  mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat  Allah).” (Al-A’raf: 179).
 Sahabat Nabi s.a.w., Abu Hurairah r.a.,  menceritakan bahawa dia ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. menjaga zakat pada  bulan Ramadhan. Pada suatu malam dia didatangi seorang yang merangkak untuk  mengambil makanan. Abu Hurairah menangkapnya sambil berkata, “Demi Allah, engkau  pasti ku bawa kepada Rasulullah s.a.w.” Yang ditangkap itu berkata, “Aku perlu  dan aku mempunyai anak-anak (keluarga).” Maka, Abu Hurairah melepaskannya.  Peristiwa serupa berulang, dan pada malam ketiganya Abu Hurairah berkeras  membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Yang ditangkap itu mengimbau sambil  mengajarkan kepada Abu Hurairah agar membaca ayat Kursi sebelum tidur supaya  terpelihara dari gangguan syaitan. Keesokan harinya Nabi s.a.w. bertanya kepada  Abu Hurairah apa yang dialaminya semalam, dan setelah dijelaskannya, Nabi s.a.w.  bersabda, “Sesungguhnya dia telah berucap benar kepadamu, walau sebenarnya dia  pembohong. Tahukah engkau siapa yang engkau ajak berbicara sejak tiga malam?”  “Tidak!” (jawab Abu Hurairah). Sabda Nabi s.a.w., “Itulah syaitan.”
 Dalam riwayat tersebut dapat dilihat bahawa  syaitan mempunyai anak dan keluarga dan bahawa dia memerlukan makanan  juga.
Jin dapat terlibat dalam Hubungan Seks  antara Suami dan Isteri dari Golongan Manusia
 Jin dapat terlibat dan ikut berhubungan seks  dengan isteri-isteri manusia serta anak-anak mereka. Hal ini dapat difahami dari  petikan sebuah ayat yang berbunyi, “… bersekutulah dengan mereka pada harta dan  anak-anak, ….”
 Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri  isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil  dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin.  Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu  menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri  isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang  bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pula lah yang akan  menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats.
 Oleh kerana itu, Nabi s.a.w. mengajar pasangan  suami isteri agar berdoa sebelum melakukan hubungan seks dengan membaca, yang  ertinya, “Ya Allah, hindarkanlah kami dari syaitan dan hindarkan pula syaitan  dari rezeki yang Engkau anugerahkan kepada kami.” (Hadith Riwayat Bukhari dan  Muslim).
 Kepelbagaian Jin
 Dalam konteks pembicaraan tentang jenis-jenis  makhluk halus ini, ada beberapa riwayat yang menjelaskannya.
 Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jin ada tiga  jenis. Ada yang memiliki sayap terbang di udara, ada yang berupa ular dan  anjing, serta ada juga yang bermukim dan berpindah-pindah.” Hadis ini  diriwayatkan oleh Imam As-Suyuthi dalam Al-Jami’ al-Shagir, demikian juga  Al-Hakim. Kedua ulama ini menilai bahawa riwayat di atas sahih. Namun, ulama  lainnya menilai bahawa kedua ulamak tersebut cenderung longgar dalam penilaian  mereka.
 Riwayat lain dari pakar hadis Ibnu Abi Addunya  di dalam Makaaid asy-Syaithan melalui Abu Darda r.a., bahawa Nabi s.a.w.  bersabda, .  Allah menciptakan manusia tiga jenis pula, ada  yang seperti binatang,“ Allah berfirman, ‘Mereka mempunyai kalbu, tetapi mereka  tidak menggunakannya untuk mengetahui, mereka mempunyai mata, tetapi tidak  menggunakannya untuk melihat, mereka mempunyai telinga tetapi tidak  menggunakannya untuk mendengar; dan ada juga yang jasmaninya, jasmani manusia,  tetapi jiwanya jiwa syaitan, dan ada lagi yang berada di bawah naungan Allah,  pada hari tiada naungan kecuali naungan-Nya (hari kiamat).”
 Dalam rentetan perawi hadis ini, terdapat  orang-orang yang dinilai lemah, sehingga tidak sedikit ulama yang menilai hadis  ini lemah.
 Abu Utsman Sa’id bin Al-Abbas ar-Razi  meriwayatkan dari Ibn Abbas, katanya, “Sesungguhnya anjing merupakan jenis jin  yang lemah, siapa yang didatangi oleh anjing pada makanannya, segeralah makan  makanan itu atau ditunda.”
 Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin  Mughaffal, Nabi s.a.w. bersabda, “Kalaulah anjing itu bukan suatu umat, nescaya  aku perintahkan kalian untuk membunuhnya. Maka, bunuh saja anjing yang hitam  legam.” At-Tirmizi meriwayatkan dari Abdullah bin Mughaffal dengan lafaz yang  lain, “Kalaulah anjing itu bukan suatu umat, nescaya aku perintahkan kalian  untuk membunuhnya. Maka, bunuhlah darinya yang hitam legam saja.” Muslim  meriwayatkan dengan redaksi, “Berhati-hatilah terhadap yang hitam legam yang  mempunyai dua titik (bintik), kerana sesungguhnya itu syaitan.”
 Rasulullah juga menambah, “Jalannya anjing yang  hitam dapat memutuskan solat.” Lalu, ditanya kepada beliau, “Bagaimana dengan  anjing berwarna merah, putih, selain warna hitam?” Beliau menjawab, “Anjing  hitam adalah syaitan.” (HR Ahmad).
 Al-Qadhi Abu Ya’la mengatakan, “Jika ada orang  yang bertanya pengertian ucapan Rasul bahawa anjing hitam adalah syaitan,  padahal diketahui ia lahir dari anjing itu sendiri, atau unta dikatakan sebagai  jin, padahal ia lahir dari unta juga, maka jawapannya, beliau mengatakan itu  untuk menyerupakannya dengan jin, kerana anjing hitam adalah anjing yang paling  berbahaya dan paling sedikit kegunaannya dibandingkan anjing-anjing lain,  sedangkan diserupakannya unta dengan jin kerana sulit jangkauannya.”
 Ath-Thabarani dan Abu asy-Syaikh dalam kitab  Al-Azhamah meriwayatkan sebuah hadis sahih dari Ibn Abbas, dia berkata,  Rasulullah bersabda, “Ular adalah perubahan bentuk jin, sebagaimana perubahan  kera dan babi dari Bani Israel.”
 Ibn Abi Syaibah meriwayatkan dari Jabir bahawa  Rasulullah mengatakan, “Hati-hatilah kalian berjalan di malam hari, kerana bumi  tersembunyi di malam hari; jika hantu menjelma di hadapan kalian hendaklah  kalian mengumandangkan azan.” (Lihat Jam’ul Jawami’ oleh  As-Suyuthi)
 
No comments:
Post a Comment