
Umat Islam percaya bahawa Allah menganugerahkan  kepada jin kemampuan yang berbeza dengan manusia. Tetapi, itu bukan bererti  bahwa jin itu lebih mulia dari manusia, atau bererti jin tidak pantas sujud  kepada Adam.
Beberapa kelebihan jin diimbangi oleh beberapa  kelebihan manusia yang mampu mengembangkan dan memanfaatkan daya-daya yang  dianugerahkan Allah kepadanya, sehingga pada akhirnya manusia dapat unggul ke  atas jin.
Mengharungi Angkasa
 Allah s.w.t berfirman yang ertinya,  “Sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit untuk  mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi, sekarang barang siapa yang  (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang  mengintai (untuk membakarnya).” (Al-Jin: 9).
Maksudnya, dahulu sebelum diutusnya Nabi  Muhammad s.a.w. mereka dengan mudah naik ke langit dan dengan tenang  mendengarkan pembicaraan para malaikat, tetapi kini walaupun masih memiliki  kemampuan, tetapi upaya menuju ke langit dan ketenangan mendengar pembicaraan  itu diusik dengan semburan api.
“Kami (Allah) menjaganya (langit) dari  tiap-tiap syaitan yang terkutuk, kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang  dapat didengar (dari malaikat), lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.”  (Al-Hijr: 17–18).
Kalau tadinya mereka dengan bebas mendengar apa  saja, kemudian menginformasikannya kepada tukang-tukang tilik dan peramal yang  berbaik dengan mereka, maka sejak diutusnya Nabi s.a.w. kemampuan tersebut sudah  terbatas, sehingga sejak itu mereka hanya dapat mencuri-curi pendengaran. Dengan  demikian, kalau pun mereka dapat memberi informasi kepada rakan-rakannya manusia  atau jin, maka informasi itu sepotong-potong, bahkan keliru. Tidak jarang para  peramal yang berhubungan dengan jin menambah-nambah informasi jin yang  setengah-setengah itu.
“Apakah akan Aku beritakan kepadamu, kepada  siapa syaitan-syaitan itu turun? Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi  yang banyak dosa.” (Asy-Syuara’: 221–222).
Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya),  “Apabila Allah menetapkan suatu ketetapan, para malaikat merendahkan sayap  mereka petanda tunduk kepada ketetapan-Nya, bagaikan rantai yang menyentuh batu  yang halus serta takut kepada-Nya, maka apabila ketakutan mereka telah reda,  (sebahagian) mereka bertanya kepada sebahagian yang lain, ‘Apa yang disampaikan  Tuhan?’ Maka, yang ini menjawab kepada yang bertanya, ‘Allah menetapkan yang  hak, Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar’ (sambil menyampaikan apa yang ditetapkan  Allah). Ketika itu para jin yang mencuri-curi pendengaran dalam keadaan seperti  ini (perawi hadis ini menunjukkan tangan kanannya dengan merenggangkan  jari-jarinya satu di atas yang lain). Ketika itu boleh jadi yang mencuri  pendengaran terkena semburan api sehingga membakarnya, dan boleh jadi juga ia  luput dari semburannya, sehingga ia menyampaikannya kepada jin yang ada di  bawahnya dan akhirnya sampai ke bumi dan diterima oleh tukang sihir atau tenung,  lalu ia berbohong seratus kebohongan, dan dia dipercaya. Orang-orang yang  mendengar dan mempercayainya berkata, ‘Bukankah pada hari ini dan itu ia  menyampaikan kepada kita, ini dan itu, dan ternyata benar’ Yakni, benar  menyangkut apa yang didengar dari langit.” (Hadith Riwayat Bukhari melalui  sahabat Nabi, Abu Hurairah).
Hadis serupa diriwayatkan juga oleh Imam Muslim  melalui Ibnu Abbas, dia berkata, Aku diberitakan oleh salah seorang sahabat Nabi  s.a.w. dari kelompok Anshar (penduduk Madinah) bahawa pada suatu malam mereka  duduk bersama Nabi, tiba-tiba ada cahaya bintang menyembur. Rasulullah s.a.w.  bertanya, “Apa yang kalian duga pada masa jahiliah bila terjadi semburan  demikian?” Mereka menjawab, Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Kami  tadinya berkata (percaya) bahawa pada malam itu lahir atau wafat seorang yang  agung. Rasulullah s.a.w. menjawab, “Ia tidak menyembur kerana kematian atau  kelahiran seseorang, tetapi Tuhan kita Yang Maha Suci dan Maha Tinggi nama-Nya  apabila menetapkan sesuatu para malaikat pemikul Arsy (singgasana Ilahi)  bertasbih, kemudian penghuni langit di bawah mereka juga bertasbih, hingga  sampai tasbih kepada penduduk langit dunia. Mereka yang berada di bawah para  malaikat pemikul Arsy bertanya, ‘Apa yang difirmankan Tuhan?’ Maka, mereka  menyampaikannya apa yang difirmankan-Nya itu. Penduduk langit pun saling  bertanya dan memberitakan hingga sampai kepada penghuni langit dunia. Ketika itu  jin mencuri-curi pendengaran, lalu menyampaikannya kepada rakan-rakan mereka.  Maka, apa yang mereka sampaikan sebagaimana yang mereka dengar adalah benar,  tetapi mereka mencampurinya dengan kebohongan dan menambah-nambahnya.”
Berdasarkan informasi di atas, jin mempunyai  kemampuan untuk menembus angkasa dan mendengar percakapan penghuni-penghuninya  dan bahawa kini langit dijaga dan ada semburan api yang dapat membakar mereka  jika mendekat.
Pada zaman moden sekarang ini mungkin ramai  yang bertanya tentang semburan api tersebut, kerana di sekolah kita sekarang  sudah mengenal mata pelajaran tentang planet dan sistem solar. Berkaitan dengan  itu, Sayyid Quthub (1903–1966) mengungkapkan, “Persoalan penjagaan langit,  penyemburan syaitan, dan semacamnya bukan persoalan kita. Apalagi, bukankah  tidak mustahil–dalam peredarannya itu–ia menyemburkan panah-panah api ke arah  syaitan-syaitan jin, dan bukan pulakah peredaran seluruh planet–yang  menyemburkan api mahupun yang tidak–kesemuanya tunduk kepada kehendak Allah yang  menetapkan hukum-hukum tersebut? 
Wallahu a’lam.
Selanjutnya para ulama yang menetapkan makna  kalimat-kalimat di atas dalam pengertian hakikinya berbeza pendapat menyangkut  kemampuan mencuri pendengaran yang dilakukan oleh para jin, apakah hingga kini  mereka masih dapat melakukannya atau tidak lagi. Yang menafikan berpegang kepada  firman Allah, “Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan dari mendengar.”  (Asy-Syu’ara: 223). Sedangkan yang berpendapat masih dapat mendengarkan walau  dengan sangat terbatas merujuk kepada firman Allah, “Mereka menghadapkan  pendengaran itu, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta.”  (Asy-Syu’ara: 223).
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di  atas mendukung pendapat yang menyatakan bahawa jin masih memiliki kemampuan  mendengar berita-berita langit, tetapi kemampuan tersebut sudah sangat terbatas.  Ibnu Khaldun (1332–1406) dalam Mukaddimahnya berpendapat bahawa para jin hanya  terhalang mendengar satu macam dari berita-berita langit, iaitu yang berkaitan  dengan berita diutusnya Nabi s.a.w., tidak selainnya. Atau, seperti tulis pakar  tafsir Mahmud al-Alusy (1802–1854), boleh jadi juga keterhalangan itu hanya  terbatas menjelang kehadiran Nabi s.a.w., bukan sebelumnya dan bukan juga  sesudah kehadiran beliau sebagai rasul.
Pekerja Berat
Alquran menghuraikan anugerah Allah kepada Nabi  Sulaiman a.s., antara lain melalui firman-Nya, “Dan, Kami (tundukkan) angin bagi  Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan, dan  perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula), dan Kami  alirkan cairan tembaga baginya. Dan, sebahagian dari jin ada yang bekerja di  hadapannya (di bawah kekuasannya) dengan izin Tuhannya. Dan, siapa yang  menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab  neraka yang apinya menyala-nyala.” (Saba’: 12–13).
Dalam surah Shaad ayat 36–37 Allah berfirman,  “Kemudian, Kami tundukkan kepadanya angin yang menghembus dengan baik menurut ke  mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya)  syaitan-syaitan, semuanya ahli bangunan dan penyelam.”
Selanjutnya, “Kami telah tundukkan (pula kepada  Sulaiman) segolongan syaitan-syaitan yang menyelam (ke dalam laut) untuknya dan  mengerjakan pekerjaan selain dari itu.” (Al-Anbiya’: 82).
Dari ayat-ayat di atas, diketahui bahawa jin  diperintah oleh Nabi Sulaiman dan bekerja untuknya. Mereka melakukan  pekerjaan-pekerjaan berat yang dilukiskan oleh Alquran. Antara lain, “Para jin  itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang  tinggi, patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam serta  periuk yang tetap (berada di atas tungku).” (Saba’: 13).
Alquran juga menginformasikan bahawa suatu  ketika Nabi Sulaiman berkata, “Hai pembesar-pembesar! Siapakah di antara kamu  sekalian yang sanggup membawa singgahsananya (Ratu Balqis) kepadaku sebelum  mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.” (An-Namel:  38).
Persoalan ini mewujudkan tandatanya tentang kemungkinan kewujudan piring terbang di zaman Nabi Sulaiman a.s yang dibina oleh para jin, sesuai dengan ayat “Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi, patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam serta periuk yang tetap (berada di atas tungku).”. Begitu juga dengan piramid-piramid dan binaan-binaan kuno besar lain.
Persoalan ini mewujudkan tandatanya tentang kemungkinan kewujudan piring terbang di zaman Nabi Sulaiman a.s yang dibina oleh para jin, sesuai dengan ayat “Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi, patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam serta periuk yang tetap (berada di atas tungku).”. Begitu juga dengan piramid-piramid dan binaan-binaan kuno besar lain.
Seperti diketahui bahawa Ratu Balqis ketika itu tinggal di Yaman, sedangkan Nabi Sulaiman di Baitul Maqdis (Jerusalem).
“Berkata Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin,  ‘Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu sebelum engkau berdiri  dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya, lagi  dapat dipercaya.” (An-Naml: 39).
Dalam ayat ini terlihat kemampuan Ifrit, yakni  jin yang cerdik. Dia menyatakan mampu membawa singgahsana itu dalam waktu  singkat, yakni sebelum Nabi Sulaiman berganjak pulang ke kediamannya, yang konon  menurut ulama sementara dia kembali setelah berada bersama stafnya sejak pagi  hingga tengah hari. Demikian kemampuan jin.
“Boleh jadi para jin telah mendahului manusia  dalam menciptakan sesuatu seperti radio dan TV,” demikian tulis Dr. Umar  Sulaiman al-Asyqar, seorang ilmuan kontemporari dari Jordan dalam bukunya, Alam  al-Jin wa asy-Syayaathiin. Ini didasarkan atas informasi Ibnu Taimiyah dalam  kumpulan fatwanya yang menginformasikan bahawa, “Sementara orang yang mempunyai  hubungan dengan jin menyampaikan kepadanya, bahawa jin menunjukkan kepada mereka  sesuatu yang mengkilap seperti air dan kaca dan menyampaikan kepada mereka  berita-berita yang mereka tanyakan. Para jin itu juga menyampaikan permintaan  apa yang diminta oleh sahabat-sahabat saya dan saya menjawabnya, kemudian jin  menyampaikan jawaban saya kepada mereka.”
Perlu dicatat bahawa meskipun kemampuan  tersebut besar, Alquran menegaskan bahawa manusia memiliki potensi yang lebih  besar dan dapat diaktualkan. Ini terbaca pada lanjutan ayat di atas, “Berkatalah  seorang yang mempunyai ilmu dari al-kitab, ‘Aku akan membawa singgahsana itu  kepadamu sebelum matamu berkedip.’Maka, tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu  terletak di hadapannya, dia pun berkata, ‘Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk  menguji aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (nikmat-Nya). Barang siapa  yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri  dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha  Mulia’.” (An-Naml: 40).
Ghaib
Salah satu hal yang ditegaskan secara jelas  oleh Alquran adalah ketidakmampuan jin mengetahui yang ghaib. Walaupun sejak  dahulu bahkan hingga kini ada yang menduga bahawa jin dapat mengetahui yang  ghaib, sehingga ada orang-orang yang sengaja menemui “siapa yang diduganya  pandai/orang pintar” atau yang diduganya mempunyai hubungan dengan jin untuk  memperolehi informasi.
Memang, boleh jadi jin mengetahui lebih banyak  dari manusia kerana kemampuannya mengharungi angkasa, atau kecepatannya  bergerak. Boleh jadi dia mengetahui sesuatu yang terjadi pada masa lalu dan kini  yang tidak diketahui manusia tertentu, tetapi ini tidak bererti dia mengetahui  yang ghaib, kerana hal tersebut telah diketahui sebelumnya oleh manusia  tertentu. Burung rajawali memiliki mata yang sangat tajam, sehingga dari  ketinggian ia dapat melihat dan mengetahui adanya sesuatu yang tidak dilihat  atau diketahui manusia, walaupun sesuatu itu berada sangat dekat dengan manusia.  Kemampuan burung itu melihat dan mengetahui tidak menjadikan kita berkata bahawa  burung rajawali mengetahui yang ghaib.
Jika demikian, boleh jadi sesekali ada  informasi jin yang benar, kerana satu dan lain hal, tetapi ini tidak mengurangi  sedikit pun prinsip dasar yang dikemukakan di atas, yakni bahawa jin tidak  mengetahui yang ghaib. Apakah jika anda mendengar suatu berita melalui satelit,  yang tidak didengar oleh orang lain, kemudian anda memberitakannya bahawa anda  dapat mengetahui yang ghaib? Dengan demikian, jika ada orang bertanya, bukan kah  ada paranormal yang mengetahui keadaan orang padahal orang tersebut belum  menceritakannya? Maka, hal demikian mudah untuk dijelaskan. Ketika seseorang  datang kepada dukun atau paranormal, ada jin yang menyertainya. Ketika orang  tersebut bertanya, maka jin yang menyertai orang tersebut yang sudah mengerti  keadaannya berpindah ke dukun atau paranormal untuk membisikkan ke dalam hatinya  (dengan bisikkan hati, sehingga hati cenderung mengungkapkan sesuatu atas dasar  pertanyaannya itu, yang hal itu berasal dari jin). Ketika dukun atau paranormal  itu berbicara, ternyata sesuai dengan kenyataan. Maka, membuat orang yang datang  itu mempercayainya.
Hal tersebut di atas dengan sangat jelas  diterangkan dengan adanya informasi sebagai berikut. Ibn Abi Daud meriwayatkan  dari Al-Muthallib bin Abdullah, bahawa Umar bin Khattab r.a. mengingat perempuan  dalam hatinya dan dia tidak mengkhabarkan kepada seorang pun. Lalu, seorang  laki-laki datang padanya dan berkata, “Kamu mengingat seorang wanita. Dia cantik  dan mulia, berada di rumah yang baik.” Lalu, Umar r.a. berkata, “Siapa yang  mengatakan ini kepadamu?” Dia menjawab, “Manusia memperbincangkannya.: Kata Umar  r.a., “Demi Allah, aku tidak mengkhabarkan hal ini kepada seorang pun, dari mana  mereka tahu?” Kemudian dia berkata, “Ya, aku tahu. Khannas (jin) yang  mengeluarkannya.”
Dari riwayat di atas boleh diterangkan bahawa  ternyata jin yang tadinya berada di dalam diri Umar bin Khattab r.a. yang  kemudian mengetahui apa yang sedang difikirkannya, kemudian keluar dan  memberitakannya kepada pihak lain. Pihak lain kemudian menyebarkannya kepada  orang ramai, maka tersebarlah berita itu.
Ibn Abi Daud meriwayatkan dari Abi al-Jauza,  dia berkata, “Aku telah menalak isteriku dan jiwaku berbisik pada diriku agar  aku rujuk (kembali) kepadanya pada hari Jumaat. Aku tidak mengkhabarkan hal ini  kepada seorang pun. Lalu, tiba-tiba isteriku berkata kepadaku. “Kamu datang  ingin kembali kepada ku hari Jumaat. Aku berkata, “Berita ini tidak pernah aku  ceritakan kepada seorang pun … sampai aku perkataan Ibn Abbas bahawa bisikan  seorang akan mengkhabarkan segala bisikan yang ada pada orang lain, lalu mereka  menyebarkan pembicaraan itu.”
 Ibn Abi Daud meriwayatkan dari Al-Hajjaj bin  Yusuf bahawa dia datang dengan seorang yang dituduh sebagai tukang sihir, lalu  dia bertanya, “Apakah kamu seorang penyihir?”
Dia menjawab, “Bukan.”
Kemudian, dia mengambil segumpal kerikil dan  menghitungnya, lalu berkata kepadanya, “Berapa jumlah kerikil di  tanganku?”
Dia mengatakan, “Jumlahnya sekian … sekian …,”  lalu dia melemparkannya.
Selanjutnya dia mengambil kerikil yang lain  tanpa menghitungnya dan berkata, “Berapa kerikil yang ada padaku?”
Lelaki itu menjawab, “Tidak tahu.”
Al-Hajjaj berkata, “Bagaimana anda mengetahui  yang pertama, tetapi tidak tahu jumlah yang kedua?”
Dia menjawab, “Yang pertama engkau  mengetahuinya sehingga bisikanmu mengetahuinya juga. Lalu, bisikanmu  mengkhabarkan kepada bisikanku. Sedangkan yang kedua kamu tidak tahu, sehingga  bisikanmu juga tidak mengetahuinya, maka ia tidak memberitahukan kepada  bisikanku, kerana itu aku tidak mengetahuinya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya  syaitan berada dalam diri manusia bagaikan aliran darah, dan aku khuatir itu  mengotori hati kalian.” (Hadith Riwayat Bukhari). Ibn Aqil berkata, “Jika  ditanya, bagaimana itu bisikan dari syaitan dan bagaimana ia sampai ke dalam  hati, maka dikatakan ia berbentuk pembicaraan tersembunyi yang dicenderungi oleh  jiwa dan watak manusia.”
Dengan telah diketahuinya rahsia ini (mengapa  dukun boleh mengetahui fikiran atau keadaan orang), maka selayaknya kini  tidaklah perlu mempercayainya lagi. Kerana percaya kepada dukun salah satu  bentuk dari perbuatan syirik. Dan, syirik adalah dosa yang sangat besar. Jika  seseorang mati dalam keadaan syirik, maka dosa-dosanya tidak diampuni oleh  Allah, dan di akhirat berada dalam kesengsaraan yang kekal. Kita berlindung  kepada Allah dari keadaan yang semacam itu.
Apakah jin boleh dilihat oleh  manusia?
Allah s.w.t berfirman yang ertinya,  “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang  kamu tidak dapat melihat mereka.” (Al-A’raf: 27).
Ayat ini difahami oleh sekian ramai ulama  sebagai dalil ketidakmungkinannya manusia melihat jin. Imam Syafii menegaskan,  bahawa berdasarkan ayat di atas, manusia tidak mungkin melihat jin. “Siapa yang  mengaku dapat melihat jin, maka kami tolak kesaksiannya, kecuali nabi.” (Maksud  ucapan ini adalah yang mengaku melihat jin dalam bentuk yang aslinya. Adapun  yang mengaku melihat jin setelah berubah bentuk dengan aneka bentuk makhluk,  maka kesaksiannya dapat diterima).
Sebahagian yang lain mengakui bahawa jin dapat  dilihat oleh manusia jika jin berubah dengan bentuk makhluk yang dapat dilihat  oleh manusia. Pendapat ini didukung oleh riwayat-riwayat yang menginformasikan  bahawa para sahabat Nabi s.a.w., tabi’in, dan ramai ulama pernah melihat  makhluk-makhluk halus, tetapi dalam bentuk manusia atau binatang.
Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya  bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w. pernah melihat Malaikat Jibril ketika dia  datang dalam bentuk manusia. Umar bin Khattab menuturkan bahawa suatu ketika  datang seorang yang tidak dikenali, berpakaian sangat putih, rambut teratur  rapi, tidak nampak dari penampilannya tanda-tanda bahawa dia datang dari  perjalanan jauh. Orang itu bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang Islam, iman, dan  ihsan. Setiap Nabi s.a.w. menjawab, dia membenarkannya. Dia juga bertanya  tentang kiamat dan tanda-tandanya. Umar r.a. dan juga sahabat-sahabat Nabi  s.a.w. yang mendengarnya kehairanan. Bagaimana seorang yang berpenampilan rapi,  berpakaian bersih, yang bererti bahawa yang bersangkutan tidak datang dari  tempat jauh atau dengan kata lain dia adalah penduduk setempat tetapi tidak  mereka kenal? Mereka juga kehairanan mengapa setiap pertanyaannya yang dijawab  oleh Nabi s.a.w., selalu yang bertanya itu sendiri yang membenarkannya. Ketika  percakapan Nabi s.a.w. dan pendatang itu selesai, Nabi s.a.w. bertanya kepada  para sahabatnya, “Tahukah kalian, siapa yang datang tadi?” Mereka menjawab,  “Allah dan Rasul-Nya yang tahu. Nabi saw. menjelaskan, “Itulah Jibril datang  mengajar kalian agama kalian.” Mendengar penjelasan Nabi s.a.w. itu, Umar r.a.  bergegas keluar hendak melihatnya, tetapi dia telah menghilang.
 Nah, jika demikian, malaikat dapat dilihat,  tetapi bukan dalam bentuk aslinya. Dia dapat dilihat apabila mengambil bentuk  yang memungkinkan untuk dilihat manusia.
Demikian halnya dengan jin, ia dapat dilihat  bukan dalam bentuk aslinya, tetapi bila ia mengambil bentuk yang sesuai dengan  potensi penglihatan manusia. Riwayat-riwayat tentang hal ini sangat banyak.  Bahkan, tidak hanya ulama, orang-orang biasa yang tidak ahli agama pun banyak  yang mengalami melihat jin dalam bentuk makhluk (manusia atau lainnya). Dan, di  antara mereka ada yang sengaja dengan sunguh-sungguh ingin melihat jin, mereka  mengamalkan amalan dari orang-orang yang dianggap ahli dalam hal itu, dan mereka  ada yang berhasil mendapatinya bahwa jin dapat dilihat dalam bentuk  makhluk.
Selain itu, ada beberapa hadis Nabi s.a.w. yang  menginformasikan bahawa ada binatang yang dapat melihat jin. Dalam sahih Bukhari  dan Muslim, sahabat Nabi Abu Hurairah menyampaikan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,  “Kalau kalian mendengar suara ayam jantan berkokok, maka mohonlah kepada Allah  anugerah-Nya, kerana ketika itu dia melihat malaikat, dan jika kalian mendengar  teriakan keldai, maka mohonlah perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan,  kerana ketika itu dia melihat syaitan.”


No comments:
Post a Comment