Saturday, 7 January 2012

Al-Muzammil -pengajaran

 




Surah Al-Muzammil diturunkan oleh Allah sebagai suatu reflek kepada nabi Muhammad SAW selepas baginda menerima wahyu yang pertama, surah Al-A'laq di Gua Hira', baginda balik ke rumah dan meminta Saidatina Khadijah untuk menyelimutkan baginda.

Ini jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab yang diterima nabi sangat berat.Selain itu surah ini diturunkan pada waktu malam sebagai satu simbolik untuk menggalakkan kita bangun malam atau berqiamullail.Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya menunjukkan bahawa dengan suasana yang sangat tenang, pergerakan solat diwaktu malam menjadi lebih teratur.Boleh dirujuk pada ayat 2 dan 3.

Didalam ayat ke-4 Allah menggalakkan hambanya menggunakan sepertiga malam untuk membaca al quran dengan perlahan-lahan.Nabi Muhammad SAW membaca al-quran dengan menyebut satu per satu dan tertib.Nabi membacanya dengan berlagu dan sedikit perasaan sedih seperti hendak menangis supaya bacaannya menusuk ke kalbu dan memberi kesan pada hati.

Ayat atau wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah sangat berat kepada rohani dan jasmani baginda. Nabi SAW menerima wahyu dalam beberapa keadaan seperti mimpi atau nyata.Keadaan penurunan wahyu yang paling berat bagi baginda adalah ketika baginda mendengar bunyi loceng dekat di telinga baginda.Pernah diceritakan oleh Aishah, isteri baginda dimana pada waktu yang dingin, Aishah melihat baginda berada dalam keadaan berpeluh sedangkan suasana dalam keadaan sejuk ( tafsiran ayat ke-5 )

Allah juga menerangkan dalam ayat ke-6 bahawa waktu malam merupakan waktu yang paling sesuai untuk beribadah kerana suasananya yang sunyi menjadikan hubungan dengan Allah dirasakan sangat dekat.Dan didalam ayat ke-7 Allah memberi masa siang kepada hambanya untuk menguruskan pekerjaan dengan bekerja dan mencari rezeki yamg halal.

Ayat ke 8 dan 9 perlu sangat bagi kita untuk fahami dan hayati bahawa apabila disebutkan nama Allah, mestilah disebut dengan perasaan taqwa dan ingatilah nama agung itu.Ingatilah Allah di dalam hati, dilafazkan dengan perkataan seperti tasbih, tahmid dan takbir memuji kebesaran Allah.Sebutlah nama agung itu dengan rasa tawaduk' sebagai seorang hamba dan muhasabahlah hatimu...Jika hati kuat merasakan perlindungan Tuhan, ia akan menjadikan kita berasa selamat kerana Tuhan dirasakan sentiasa bersamanya.Walaupun dia berseorangan dia rasakan ramai, apatah lagi jika berada dikelompok orang ramai lagilah dirasakan ramai.

Secara keseluruhan bagi maksud ayat 1-9 surah Al-Muzammil ia juga merujuk kepada persiapan da'wah yang perlu dilakukan bagi para dai'e.Makna MUSLIM adalah tidak ada makna hidup tanpa da'wah yang tidak diperjuangkan.Fahamilah ayat ke-5 surah ini dimana wahyu diturunkan kepada nabi SAW yang memerintahkan nabi berda'wah kepada orang ramai sangat berat, sudah cukup jelas menunjukkan bahawa tugas da'wah itu juga berat dan tidak boleh dipandang enteng.Hanya iman yang kuat mampu mewujudkan keberanian menegakkan agama Tuhan dan kebangkitan Islam itu mesti didampingi oleh ulama'.Dan kita sebagai umat akhir zaman wajib mencari wali yang memimpin akhir zaman supaya kebangkitan Islam kali ke-2 menjadi nyata.

Disini juga dinyatakan tentang sikap manusia tentang berda'wah yang dipetik daripada kata-kata Hasan Al-Banna:

1. seseorang yang kagum dengan peranan da'wah dan prinsip-prinsipnya serta sanggup
berkorban apa sahaja demi da'wah.Orang ini perlu kita tarik dan dia sanggup untuk terus
berbakti dan melakukan kerja-kerja da'wah.Orang ini akan menjadi orang kuat dalam
memperjuangkan Islam.

2. seseorang yang ragu-ragu, tidak jelas arah da'wah dan tidak kenal makna keikhlasan dan
faedah berjuang.Mereka ini perlu didedahkan dengan konsep dan peranan kita sebagai
khalifah ditarbiyahkan hatinya supaya tiada lagi keraguan.

3. seseorang yang mencari untung dalam berda'wah.mereka tidak akan melakukan kerja jika
tiada keuntungan, tetapi jika hati mereka ditarbiyahkan dan dibersihkan daripada sifat-sifat
cintakan harta, mereka akan menjadi orang yang sanggup menaja segala kerja yang
berbentuk da'wah.

4. seseorang yang menentang dan selalu berburuk sangka serta asyik mengutuk dengan
kata-kata yang was-was dan ragu-ragu.Orang sebegini didoakan moga-moga mereka beroleh
petunjuk.

Ayuh wahai para dai'e bangkitlah...
rapatkan barisan rapatkan...
ayunkanlah langkah perjuangan...
mati syahid atau hidup mulia...
siapkan dirimu siapkan...
bentakkan musuhmu bentakkan...
takkan pernah langsai pertarungan...
hingga ajal kan menjelang...
hilangkan rasa takut dan gementar...
walaupun akan tergadai nyawa...
kerana ALLAH telah janjikan syurga...
untukmu mujahid mujahidah setia!!

No comments:

Post a Comment