Terdapat malaikat yang ditugaskan membawa amalan kita naik ke langit setiap hari iaitu ketika sebelum terbit matahari dan semasa terbenam matahari. Setiap hari pagi dan petang, dan jaraknya bukanlah dekat bagi kita. Langit pertama sahaja adalah lebih jauh daripada bintang2 yang ada.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ
“Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang,” Ash-Shaaffat : 6
Firman Allah SWT yang bermaksud:
وَالسَّابِحَاتِ سَبْحًا
“dan (malaikat-malaikat) yang turun dari langit dengan cepat,”
An-Naazi’aat : 3
فَالسَّابِقَاتِ سَبْقًا
“dan (malaikat-malaikat) yang mendahului dengan kencang,”
An-Naazi’aat : 4
فَالْعَاصِفَاتِ عَصْفًا
“dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya,”
Al Mursalaat : 2
Kepantasan malaikat bagi kita tak dapat digambarkan kerana meskipun pada jarak bintang2 yang berjarak berbilion tahun cahaya dari bumi sekalipun, malaikat dengan izin Allah SWT mampu bergerak hanya beberapa detik.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment