|   |    | |
|   | ||
| سُورَةٌ أَنزَلْنَاهَا  وَفَرَضْنَاهَا وَأَنزَلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَّعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ    1 . Ini ialah satu surah yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan  hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata  supaya kamu beringat (mengamalkannya).  | 
| الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي  فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا  رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ  الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ   2 . Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah  kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah  kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan  agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat; dan  hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh  sekumpulan dari orang yang beriman.  | 
| الزَّانِي لَا يَنكِحُ إلَّا  زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ  مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ   3 . Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan dengan  perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina  itu pula tidak ingin berkahwin dengannya melainkan lelaki yang berzina atau  lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu dilarang atas orang yang  beriman.   | 
| وَالَّذِينَ يَرْمُونَ  الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ  ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَداً وَأُوْلَئِكَ هُمُ  الْفَاسِقُونَ   4 . Dan orang yang melimparkan tuduhan zina kepada perempuan  yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka  sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian  mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik.  | 
| إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن  بَعْدِ ذَلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ   5 . Kecuali orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki  amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  | 
| وَالَّذِينَ يَرْمُونَ  أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَاء إِلَّا أَنفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ  أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ   6 . Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka  tidak ada saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu hanya dirinya sendiri,  maka persaksian seseorang yang menuduh itu empat kali bersumpah dengan nama  Allah, sesungguhnya ia dari orang yang benar.  | 
| وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ  اللَّهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ وَيَدْرَأُ   7 . Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata: Bahawa laknat  Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang yang berdusta.  | 
| عَنْهَا الْعَذَابَ أَنْ تَشْهَدَ  أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ   8 . Dan menghindarkan hukuman seksa dari isteri itu hendaklah  ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya dari orang yang  berdusta;  | 
| وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ  اللَّهِ عَلَيْهَا إِن كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ   9 . Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata; Bahawa  kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang benar.   | 
| وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ  عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ حَكِيمٌ   10 . Dan kalaulah tidak kerana kurniaan Allah dan rahmat-Nya  kepada kamu, dan bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana.  | 
| إِنَّ الَّذِينَ جَاؤُوا  بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ لَا تَحْسَبُوهُ شَرّاً لَّكُم بَلْ هُوَ خَيْرٌ  لَّكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ وَالَّذِي  تَوَلَّى كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ   11 . Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu ialah  golongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu  buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka  akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang  yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh  seksa yang besar (di dunia dan di Akhirat).   | 
| لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ  الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْراً وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ  مُّبِينٌ   12 . Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang  beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri,  dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.  | 
| لَوْلَا جَاؤُوا عَلَيْهِ  بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَإِذْ لَمْ يَأْتُوا بِالشُّهَدَاء فَأُوْلَئِكَ عِندَ  اللَّهِ هُمُ الْكَاذِبُونَ   13 . Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi  membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu,  maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta.  | 
| وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ  عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ لَمَسَّكُمْ فِي مَا  أَفَضْتُمْ فِيهِ عَذَابٌ عَظِيمٌ   14 . Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan  rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di Akhirat, tentulah kamu dikenakan azab  seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.   | 
| إِذْ تَلَقَّوْنَهُ  بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ  وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّناً وَهُوَ عِندَ اللَّهِ عَظِيمٌ   15 . Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta  itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang  kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka perkara  kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.  | 
| وَلَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ  قُلْتُم مَّا يَكُونُ لَنَا أَن نَّتَكَلَّمَ بِهَذَا سُبْحَانَكَ هَذَا بُهْتَانٌ  عَظِيمٌ   16 . Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera  berkata: Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya  Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta  besar yang mencengangkan.  | 
| يَعِظُكُمُ اللَّهُ أَن تَعُودُوا  لِمِثْلِهِ أَبَداً إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ   17 . Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak  mengulangi perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang  beriman.   | 
| وَيُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ  الْآيَاتِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ   18 . Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan  (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.   | 
| إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن  تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا  وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ   19 . Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk  di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di  dunia dan di Akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang  kamu tidak mengetahui.   | 
| وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ  عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّه رَؤُوفٌ رَحِيمٌ   20 . Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan  rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas  kasihan-Nya.  | 
|   |    | |
|   | ||
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا  تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ  فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ  عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَداً وَلَكِنَّ اللَّهَ  يُزَكِّي مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ   21 . Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak  langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka  sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh melakukan perkara yang keji dan yang  mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada  kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya  selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan  (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.  | 
| وَلَا يَأْتَلِ أُوْلُوا الْفَضْلِ  مِنكُمْ وَالسَّعَةِ أَن يُؤْتُوا أُوْلِي الْقُرْبَى وَالْمَسَاكِينَ  وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا  تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ   22 . Dan janganlah orang yang berharta serta lapang hidupnya  dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum  kerabat dan orang miskin serta orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan  (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang itu;  tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah  Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  | 
| إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ  الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ لُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ  وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ   23 . Sesungguhnya orang yang menuduh wanita-wanita yang  terpelihara kehormatannya, yang tidak memikirkan sebarang kejahatan, lagi  beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di Akhirat, dan mereka pula  akan beroleh azab seksa yang besar.   | 
| يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ  أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ   24 . Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka  menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.    | 
| يَوْمَئِذٍ يُوَفِّيهِمُ اللَّهُ  دِينَهُمُ الْحَقَّ وَيَعْلَمُونَ أَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ الْمُبِينُ   25 . Pada hari itu Allah akan memberi mereka balasan yang  setimpal, dan mereka akan tahu bahawa Allah itu Tuhan benar, lagi nyata  penjelasannya.  | 
| الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ  وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ  لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ  وَرِزْقٌ كَرِيمٌ   26 . (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk  lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan  yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki  yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.  Mereka itu bersih dari tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang yang jahat;  mereka itu akan beroleh pengampunan dan pengurniaan yang mulia.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا  تَدْخُلُوا بُيُوتاً غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى  أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ   27 . Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam  rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta  memberi salam kepada penduduknya (ahlinya); yang demikian adalah lebih baik bagi  kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan).  | 
| فَإِن لَّمْ تَجِدُوا فِيهَا  أَحَداً فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّى يُؤْذَنَ لَكُمْ وَإِن قِيلَ لَكُمُ ارْجِعُوا  فَارْجِعُوا هُوَ أَزْكَى لَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ   28 . Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak  memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin;  dan jika dikatakan kepada kamu baliklah, maka hendaklah kamu berundur balik;  cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha  Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.  | 
| لَّيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن  تَدْخُلُوا بُيُوتاً غَيْرَ مَسْكُونَةٍ فِيهَا مَتَاعٌ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ  مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ   29 . Tidaklah menjadi salah kamu memasuki mana-mana rumah yang  tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya; dan (ingatlah) Allah  mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.  | 
| قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا  مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ  خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ   30 . Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang  beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan  mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha  Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan.   | 
| وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ  مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ  إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا  يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء  بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ  إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ  نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي  الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى  عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ  مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ  لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ   31 . Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu  supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara  kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka  kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher  bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan  perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau  bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau  saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi  saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba  mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan  kepada perempuan, atau kanak-kanak Terjemahan " yang belum mengerti lagi tentang  aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang  yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka  menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari  perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang  beriman, supaya kamu berjaya.   | 
| وَأَنكِحُوا الْأَيَامَى مِنكُمْ  وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاء يُغْنِهِمُ  اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ   32 . Dan kahwinkanlah orang bujang dari kalangan kamu, dan  orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka  miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya,  kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya, lagi Maha Mengetahui.   | 
| وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا  يَجِدُونَ نِكَاحاً حَتَّى يُغْنِيَهُمْ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَالَّذِينَ  يَبْتَغُونَ الْكِتَابَ مِمَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ فَكَاتِبُوهُمْ إِنْ  عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْراً وَآتُوهُم مِّن مَّالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ وَلَا  تُكْرِهُوا فَتَيَاتِكُمْ عَلَى الْبِغَاء إِنْ أَرَدْنَ تَحَصُّناً لِّتَبْتَغُوا  عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَن يُكْرِههُّنَّ فَإِنَّ اللَّهَ مِن بَعْدِ  إِكْرَاهِهِنَّ غَفُورٌ رَّحِيمٌ   33 . Dan orang yang tidak mampu berkahwin, hendaklah mereka  menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah  kurnia-Nya, dan hamba-hamba kamu yang hendak membuat surat perjanjian untuk  memerdekakan dirinya (dengan bayaran tertentu), maka laksanakan oleh kamu jika  kamu mengetahui kebaikannya pada diri mereka, dan berilah kepada mereka dari  harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu. Dan janganlah kamu paksakan  hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga  kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan barang  sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah sesudah paksaan mereka itu  Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  | 
| وَلَقَدْ أَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ  آيَاتٍ مُّبَيِّنَاتٍ وَمَثَلاً مِّنَ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُمْ  وَمَوْعِظَةً لِّلْمُتَّقِينَ   34 . Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu,  ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum), dan contoh teladan  (mengenai kisah-kisah dan berita) orang yang telah lalu sebelum kamu, serta  nasihat pengajaran bagi orang yang (mahu) bertaqwa.   | 
| اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ  وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي  زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ  مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونِةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا  يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ  لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ  بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ   35 . Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur  hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Qur'an) adalah sebagai sebuah misykaat  yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (kandil), gelok kaca itu  pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu  dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya; (iaitu) pokok zaitun  yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya turunnya hampir-hampir  minyaknya itu memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api cahaya  berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang Dia kehendaki kepada nur  hidayah-Nya itu; dan Allah mengemukakan pelbagai misal untuk umat manusia; dan  Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.  | 
| فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَن  تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ  وَالْآصَالِ   36 . (Nur hidayah bersinar) di rumah-rumah ibadat yang  diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama  Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada  waktu pagi dan petang.  | 
| رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ  وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاء الزَّكَاةِ  يَخَافُونَ يَوْماً تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ   37 . (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya yang  tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta  mengingati Allah; dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan  hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.  | 
| لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ  مَا عَمِلُوا وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ بِغَيْرِ  حِسَابٍ   38 . (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas  mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi  mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada  sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung.  | 
| وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ  كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاء حَتَّى إِذَا جَاءهُ لَمْ يَجِدْهُ  شَيْئاً وَوَجَدَ اللَّهَ عِندَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ وَاللَّهُ سَرِيعُ  الْحِسَابِ   39 . Dan orang kafir pula, amalan mereka umpama riak sinaran di  tanah rata yang disangka air oleh orang yang dahaga, sehingga apabila ia  mendatanginya, dia tidak mendapat sesuatu; dan ia mendapati hukum Allah di sisi  amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungannya; dan Allah amat segera  menghitung.   | 
| أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ  لُّجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ  بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَن لَّمْ  يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُوراً فَمَا لَهُ مِن نُّورٍ   40 . Atau (keadaan orang kafir itu) adalah umpama (orang yang  di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih  ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikianlah) gelap-gelita  berlapis-lapis apabila ia mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama  sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah mendapat cahaya  (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya.   | 
|   |    | |
|   | ||
| أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ  يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ  قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ   41 . Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah sentiasa  bertasbih kepada-Nya sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi serta  burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Semuanya mengetahui cara  mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memuji-Nya; dan Allah Maha Mengetahui  akan apa yang mereka lakukan..  | 
| وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ  وَالْأَرْضِ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ   42 . Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi,  dan kepada Allah sahajalah tempat kembali.  | 
| أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُزْجِي  سَحَاباً ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَاماً فَتَرَى الْوَدْقَ  يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِن جِبَالٍ فِيهَا مِن  بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِ مَن يَشَاءُ وَيَصْرِفُهُ عَن مَّن يَشَاءُ يَكَادُ سَنَا  بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْأَبْصَارِ   43 . Tidakkah engkau melihat bahawa Allah mengarahkan awan yang  bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya,  kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat  hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari  langit, dari gunung-ganang yang ada padanya; lalu Ia menimpa dengannya sesiapa  yang dikehendaki-Nya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya.  Sinaran kilatnya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.   | 
| يُقَلِّبُ اللَّهُ اللَّيْلَ  وَالنَّهَارَ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِّأُوْلِي الْأَبْصَارِ   44 . Allah menukarkan malam dan siang silih berganti;  sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran bagi orang yang celik mata  hatinya.  | 
| وَاللَّهُ خَلَقَ كُلَّ دَابَّةٍ  مِن مَّاء فَمِنْهُم مَّن يَمْشِي عَلَى بَطْنِهِ وَمِنْهُم مَّن يَمْشِي عَلَى  رِجْلَيْنِ وَمِنْهُم مَّن يَمْشِي عَلَى أَرْبَعٍ يَخْلُقُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ  إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ   45 . Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu  dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan  sebahagiannya, berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan  empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang  tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  | 
| لَقَدْ أَنزَلْنَا آيَاتٍ  مُّبَيِّنَاتٍ وَاللَّهُ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ   46 . Sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang nyata,  dan Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang  lurus.   | 
| وَيَقُولُونَ آمَنَّا بِاللَّهِ  وَبِالرَّسُولِ وَأَطَعْنَا ثُمَّ يَتَوَلَّى فَرِيقٌ مِّنْهُم مِّن بَعْدِ ذَلِكَ  وَمَا أُوْلَئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ   47 . Dan orang yang tidak dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus  berkata: Kami beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kami taat, kemudian  sepuak dari mereka berpaling sesudah pengakuan itu, dan tidaklah mereka itu  menjadi orang yang sebenar-benarnya beriman.  | 
| وَإِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ  وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم مُّعْرِضُونَ   48 . Dan apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah  Rasul-Nya, supaya menjadi hakim di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak  maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar menolak ajakan itu  jika keputusan tidak menguntungkan mereka.  | 
| وَإِن يَكُن لَّهُمُ الْحَقُّ  يَأْتُوا إِلَيْهِ مُذْعِنِينَ   49 . Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada  mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).    | 
| أَفِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ أَمِ  ارْتَابُوا أَمْ يَخَافُونَ أَن يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَرَسُولُهُ بَلْ  أُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ   50 . Adakah pada hati mereka penyakit (kufur), atau kerana  mereka ragu-ragu, ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan Rasul-Nya akan  berlaku zalim kepada mereka? Allah dan Rasul-Nya tidak sekali-kali berlaku zalim  bahkan merekalah sendiri orang yang zalim.  | 
| إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ  الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن  يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ   51 . Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang yang  beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya  menjadi hakim di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami  taat; dan mereka itulah orang yang beroleh kejayaan..  | 
| وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ  وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ   52 . Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan  takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya, maka merekalah yang  beroleh kemenangan.  | 
| وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ  أَيْمَانِهِمْ لَئِنْ أَمَرْتَهُمْ لَيَخْرُجُنَّ قُل لَّا تُقْسِمُوا طَاعَةٌ  مَّعْرُوفَةٌ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ   53 . Dan mereka bersumpah dengan nama Allah, dengan  sesungguh-sungguh sumpahannya: bahawa jika engkau perintahkan mereka (keluar  berjihad), tentulah mereka keluar. Katakanlah: Janganlah kamu bersumpah, taat  yang terkenal. Sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang kamu lakukan.  | 
| قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا  الرَّسُولَ فَإِن تَوَلَّوا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُم مَّا  حُمِّلْتُمْ وَإِن تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ  الْمُبِينُ   54 . Katakanlah lagi: Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah  kamu kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar, maka sesungguhnya  atas Rasul Allah apa yang ditugaskan kepadanya, dan atas kamu pula apa yang  ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya kamu akan beroleh hidayah;  dan Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah  dengan penjelasan yang terang nyata.  | 
| وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا  مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا  اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي  ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً  يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ  فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ   55 . Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal salih  dari kalangan kamu, bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang  kuasa di bumi, sebagaimana Ia menjadikan orang yang sebelum mereka; dan Ia akan  menguatkan agama mereka (Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Ia  juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan  dari ancaman musuh. Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak  mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur  ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang yang derhaka.  | 
| وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا  الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ   56 . Dan dirikan oleh kamu akan sembahyang serta berilah zakat;  dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat.  | 
| لَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا  مُعْجِزِينَ فِي الْأَرْضِ وَمَأْوَاهُمُ النَّارُ وَلَبِئْسَ الْمَصِيرُ   57 . Janganlah engkau menyangka orang kafir itu akan dapat  melemahkan kekuasaan Allah di dunia, sedang tempat kembali mereka ialah neraka;  dan sesungguhnya neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا  لِيَسْتَأْذِنكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا  الْحُلُمَ مِنكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ مِن قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ  تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ الظَّهِيرَةِ وَمِن بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاء ثَلَاثُ  عَوْرَاتٍ لَّكُمْ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ  طَوَّافُونَ عَلَيْكُم بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ  الْآيَاتِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ   58 . Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan  orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum  masuk ke tempat kamu) dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan  ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah salat  Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).  Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari tiga masa tersebut, (kerana  mereka) orang yang selalu keluar masuk di antara kamu dan mereka, Demikianlah  Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui,  lagi Maha Bijaksana.  | 
| وَإِذَا بَلَغَ الْأَطْفَالُ  مِنكُمُ الْحُلُمَ فَلْيَسْتَأْذِنُوا كَمَا اسْتَأْذَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ  كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ   59 . Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh,  maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara minta izin orang yang  tersebut dahulu, Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan  (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.  | 
| وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاء  اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحاً فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ  ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ  لَّهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ   60 . Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan  haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka  menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan  mereka; dalam pada itu menjaga kehormatan lebih baik bagi mereka, dan ingatlah  Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.  | 
|   |    | |
|   | ||
| لَيْسَ عَلَى الْأَعْمَى حَرَجٌ  وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى  أَنفُسِكُمْ أَن تَأْكُلُوا مِن بُيُوتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ آبَائِكُمْ أَوْ بُيُوتِ  أُمَّهَاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ إِخْوَانِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَخَوَاتِكُمْ أَوْ  بُيُوتِ أَعْمَامِكُمْ أَوْ بُيُوتِ عَمَّاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَخْوَالِكُمْ أَوْ  بُيُوتِ خَالَاتِكُمْ أَوْ مَا مَلَكْتُم مَّفَاتِحَهُ أَوْ صَدِيقِكُمْ لَيْسَ  عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَأْكُلُوا جَمِيعاً أَوْ أَشْتَاتاً فَإِذَا دَخَلْتُم  بُيُوتاً فَسَلِّمُوا عَلَى أَنفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُبَارَكَةً  طَيِّبَةً كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُون    61 . Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya  bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit, dan juga tidak ada  salahnya bagi kamu makan di rumah kamu sendiri, atau di rumah bapa kamu, atau di  rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang lelaki, atau di rumah saudara  kamu yang perempuan, atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di  rumah emak saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah  ibu), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah hamba-hamba  kamu, atau di rumah sahabat kamu; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan  bersama-sama atau berasing-asing. Maka apabila kamu masuk ke rumah, hendaklah  kamu memberi salam kepada kamu dengan cara memohon kepada Allah hidup yang  berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat yang menjelaskan  hukum-hukum-Nya, supaya kamu memahaminya..  | 
| إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ  آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِذَا كَانُوا مَعَهُ عَلَى أَمْرٍ جَامِعٍ لَمْ  يَذْهَبُوا حَتَّى يَسْتَأْذِنُوهُ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ أُوْلَئِكَ  الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ فَإِذَا اسْتَأْذَنُوكَ لِبَعْضِ  شَأْنِهِمْ فَأْذَن لِّمَن شِئْتَ مِنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمُ اللَّهَ إِنَّ  اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ   62 . Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman ialah  mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka turut  bersama-sama dengan Rasulullah dalam sesuatu perkara yang memerlukan perhimpunan  ramai, tidaklah mereka berpaling sehingga mereka meminta izin kepadamu wahai  Muhammad itulah orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Maka apabila  mereka meminta izin kepadamu untuk menjalankan sesuatu urusan mereka, maka  izinkanlah sesiapa yang engkau kehendaki di antara mereka, dan mintalah ampun  kepada Allah untuk mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha  Mengasihani.   | 
| لَا تَجْعَلُوا دُعَاء الرَّسُولِ  بَيْنَكُمْ كَدُعَاء بَعْضِكُم بَعْضاً قَدْ يَعْلَمُ اللَّهُ الَّذِينَ  يَتَسَلَّلُونَ مِنكُمْ لِوَاذاً فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ  أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ   63 . Janganlah kamu jadikan seruan Rasulullah di antara kamu  seperti seruan sesama kamu, sesungguhnya Allah mengetahui sesiapa di antara kamu  yang menarik diri keluar secara berselindung. Oleh itu, hendaklah mereka yang  mengingkari perintahnya beringat, bahawa mereka akan ditimpa bala bencana, atau  ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.  | 
| أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَا فِي  السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قَدْ يَعْلَمُ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ وَيَوْمَ  يُرْجَعُونَ إِلَيْهِ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوا وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ  عَلِيمٌ   64 . Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai  segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Ia mengetahui keadaan yang  kamu berada padanya; dan pada hari kembali kepada-Nya manusia, maka Ia akan  menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah  Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.  | 
No comments:
Post a Comment