|   |    | |
|   | ||
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  أَوْفُواْ بِالْعُقُودِ أُحِلَّتْ لَكُم بَهِيمَةُ الأَنْعَامِ إِلاَّ مَا يُتْلَى  عَلَيْكُمْ غَيْرَ مُحِلِّي الصَّيْدِ وَأَنتُمْ حُرُمٌ إِنَّ اللّهَ يَحْكُمُ مَا  يُرِيدُ   1 . Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah  perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak  (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada  kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula kamu  boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya  Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  لاَ تُحِلُّواْ شَعَآئِرَ اللّهِ وَلاَ الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلاَ الْهَدْيَ وَلاَ  الْقَلآئِدَ وَلا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّن  رَّبِّهِمْ وَرِضْوَاناً وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُواْ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ  شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُواْ  وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ  وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ   2 . Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal  membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar Agama Allah, dan mengenai bulan-bulan  yang dihormati dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Mekah untuk  korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai  orang-orang yang menuju ke Baitul Al Haraam, yang bertujuan mencari limpah  kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredhaan-Nya  (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai  dari ihram maka kamu bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian  kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid  Al-Haram itu mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan  untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada  melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana  sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar  perintahNya).  | 
| حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ  وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ  وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا  أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن  تَسْتَقْسِمُواْ بِالأَزْلاَمِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ  كَفَرُواْ مِن دِينِكُمْ فَلاَ تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ  لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ  دِيناً فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ  اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ   3 . Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan  daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah,  dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan  yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang  disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak  panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang kafir  telah putus asa dari agama kamu. Sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka,  sebaliknya takutlah kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama  kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam  itu menjadi agamamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana lapar sedang ia tidak  ingin melakukan dosa, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha  Mengasihani.  | 
| يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ  لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُم مِّنَ الْجَوَارِحِ  مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللّهُ فَكُلُواْ مِمَّا  أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُواْ اسْمَ اللّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُواْ اللّهَ  إِنَّ اللّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ   4 . Mereka bertanya kepadamu: Apakah yang dihalalkan bagi  mereka? Katakanlah: Dihalalkan bagi kamu yang baik-baik, dan (buruan)  binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar sebagaimana yang telah diajarkan  Allah kepadamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan  sebutlah nama Allah atasnya; dan bertakwalah kepada Allah; Sesungguhnya Allah  amat Cepat hitungan hisab-Nya.  | 
| الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ  الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ  وَطَعَامُكُمْ حِلُّ لَّهُمْ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ  وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ إِذَا  آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلاَ مُتَّخِذِي  أَخْدَانٍ وَمَن يَكْفُرْ بِالإِيمَانِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ وَهُوَ فِي  الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ   5 . Pada masa ini dihalalkan bagi kamu yang baik-baik. Dan  makanan (sembelihan) orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan  makanan kamu adalah halal bagi mereka. Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan  wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita yang beriman, dan juga wanita  yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang yang diberikan Kitab dahulu  daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu bernikah bukan  berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan simpanan. Dan  sesiapa yang ingkar sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang  baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang yang rugi.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى  الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ وَإِن  كُنتُمْ جُنُباً فَاطَّهَّرُواْ وَإِن كُنتُم مَّرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاء  أَحَدٌ مَّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاء فَلَمْ تَجِدُواْ مَاء  فَتَيَمَّمُواْ صَعِيداً طَيِّباً فَامْسَحُواْ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ  مَا يُرِيدُ اللّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَـكِن يُرِيدُ  لِيُطَهَّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ    6 . Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan  sembahyang, maka basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku,  dan sapulah kepalamu, dan basuhlah kedua belah kakimu meliputi buku lali; dan  jika kamu junub maka bersucilah; dan jika kamu sakit, atau dalam pelayaran, atau  salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan  sedang kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah dengan debu yang bersih,  sapulah mukamu dan kedua tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak mahu menjadikan  kamu menanggung kepayahan, tetapi Ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak  menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.  | 
| وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ  عَلَيْكُمْ وَمِيثَاقَهُ الَّذِي وَاثَقَكُم بِهِ إِذْ قُلْتُمْ سَمِعْنَا  وَأَطَعْنَا وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ   7 . Dan kenanglah nikmat Allah ke atasmu serta ingatlah  perjanjian-Nya yang telah diikat-Nya dengan kamu, ketika kamu berkata: Kami  dengar dan kami taat Dan bertakwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya  Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ  قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ  اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ   8 . Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa  menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;  dan janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak  berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan  bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu  lakukan.  | 
| وَعَدَ اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ  وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ   9 . Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal  salih, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.  | 
| وَالَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ  بِآيَاتِنَا أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ   10 . Dan orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami  (Al-Qur'an), merekalah ahli Neraka.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  اذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ هَمَّ قَوْمٌ أَن يَبْسُطُواْ  إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ فَكَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنكُمْ وَاتَّقُواْ اللّهَ وَعَلَى  اللّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ   11 . Wahai orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah kepada  kamu ketika suatu kaum hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu),  lalu Allah menahan tangan mereka daripada kamu. Oleh itu, bertaqwalah kepada  Allah; dan kepada Allah jua hendaknya orang yang beriman berserah diri.  | 
| وَلَقَدْ أَخَذَ اللّهُ مِيثَاقَ  بَنِي إِسْرَائِيلَ وَبَعَثْنَا مِنهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيباً وَقَالَ اللّهُ  إِنِّي مَعَكُمْ لَئِنْ أَقَمْتُمُ الصَّلاَةَ وَآتَيْتُمُ الزَّكَاةَ وَآمَنتُم  بِرُسُلِي وَعَزَّرْتُمُوهُمْ وَأَقْرَضْتُمُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً  لَّأُكَفِّرَنَّ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَلأُدْخِلَنَّكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن  تَحْتِهَا الأَنْهَارُ فَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاء  السَّبِيلِ   12 . Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian  setia dari Bani Israil, dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas  ketua dan Allah berfirman: Bahawa Aku adalah bersamamu. Sesungguhnya jika kamu  dirikan sembahyang, serta tunaikan zakat, dan beriman dengan segala Rasul-Ku dan  membantu mereka, dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, sudah tentu  Aku ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku masukkan ke dalam syurga yang mengalir di  bawahnya sungai-sungai. Maka sesiapa yang kufur sesudah yang demikian, maka  sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul.  | 
| فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَاقَهُمْ  لَعنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَن  مَّوَاضِعِهِ وَنَسُواْ حَظّاً مِّمَّا ذُكِّرُواْ بِهِ وَلاَ تَزَالُ تَطَّلِعُ  عَلَىَ خَآئِنَةٍ مِّنْهُمْ إِلاَّ قَلِيلاً مِّنْهُمُ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ  إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ   13 . Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia  mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu.  Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (Allah) dari tempat yang sebenar, dan  mereka melupakan sebahagian dari apa yang diperingatkan dengannya. Dan engkau  sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit  dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika  mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka  kepada orang yang berusaha supaya baik amalannya.  | 
| وَمِنَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّا  نَصَارَى أَخَذْنَا مِيثَاقَهُمْ فَنَسُواْ حَظّاً مِّمَّا ذُكِّرُواْ بِهِ  فَأَغْرَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاء إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ  وَسَوْفَ يُنَبِّئُهُمُ اللّهُ بِمَا كَانُواْ يَصْنَعُونَ   14 . Dan di antara orang yang berkata: Bahawa kami ini orang  Nasrani, Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka  melupakan sebahagian dari apa yang diperingatkan dengannya, lalu Kami tanamkan  perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari Kiamat; dan  Allah akan memberitahu mereka apa yang telah mereka kerjakan.  | 
| يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ  جَاءكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيراً مِّمَّا كُنتُمْ تُخْفُونَ مِنَ  الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ قَدْ جَاءكُم مِّنَ اللّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ  مُّبِينٌ   15 . Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu  Rasul Kami yang menerangkan kepadamu banyak dari isi Kitab yang telah kamu  sembunyikan, dan ia memaafkan kamu banyak perkara. Sesungguhnya telah datang  kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah Kitab yang jelas keterangannya.  | 
| يَهْدِي بِهِ اللّهُ مَنِ اتَّبَعَ  رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلاَمِ وَيُخْرِجُهُم مِّنِ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ  بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ   16 . Dengan (Al-Qur'an) itu Allah menunjukkan jalan-jalan  keselamatan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya, dan Tuhan keluarkan  mereka dari gelap gelita kepada cahaya yang terang-benderang, dengan izin-Nya;  dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.  | 
| لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَآلُواْ  إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ قُلْ فَمَن يَمْلِكُ مِنَ اللّهِ  شَيْئاً إِنْ أَرَادَ أَن يُهْلِكَ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ وَمَن فِي  الأَرْضِ جَمِيعاً وَلِلّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا  يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ   17 . Demi sesungguhnya, kafirlah orang yang berkata:  Bahawasanya Allah ialah al-Masih Ibni Maryam. Katakanlah: Siapakah yang dapat  menahan (seksa) dari Allah sedikit pun kalau Ia mahu membinasakan al-Masih Ibni  Maryam beserta ibunya dan orang yang ada di muka bumi semuanya?. Dan bagi Allah  jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara  keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha  Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  | 
| وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى  نَحْنُ أَبْنَاء اللّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُم بِذُنُوبِكُم بَلْ  أَنتُم بَشَرٌ مِّمَّنْ خَلَقَ يَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاءُ  وَلِلّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ    18 . Orang Yahudi dan Nasrani berkata: Kami adalah anak-anak  Allah yang sangat-sangat disayangi-Nya. Katakanlah: Maka mengapakah Ia menyeksa  kamu kerana dosa-dosamu? bahkan kamu adalah manusia biasa di antara manusia lain  yang diciptakan-Nya. Ia mengampuni bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan  menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan  langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah  jualah tempat kembali.  | 
| يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ  جَاءكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلَى فَتْرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ أَن  تَقُولُواْ مَا جَاءنَا مِن بَشِيرٍ وَلاَ نَذِيرٍ فَقَدْ جَاءكُم بَشِيرٌ  وَنَذِيرٌ وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ   19 . Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul  kami yang menerangkan kepadamu ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul,  supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata: Tidak datang kepada kami seorang  (Rasul)pun membawa berita gembira dan amaran. Kerana sesungguhnya. Kerana  sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (Rasul) pembawa berita gembira dan  amaran. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  | 
| وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ يَا  قَوْمِ اذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنبِيَاء  وَجَعَلَكُم مُّلُوكاً وَآتَاكُم مَّا لَمْ يُؤْتِ أَحَداً مِّن الْعَالَمِينَ    20 . Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:  Wahai kaumKu! Kenanglah nikmat Allah kepadamu ketika Ia menjadikan dikalangan  kamu Nabi-Nabi, dan Ia menjadikan kamu merdeka, dan Ia memberikan kepadamu  barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorangpun dari umat-umat lain.  | 
|   |    | |
|   | ||
| يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الأَرْضَ  المُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللّهُ لَكُمْ وَلاَ تَرْتَدُّوا عَلَى أَدْبَارِكُمْ  فَتَنقَلِبُوا خَاسِرِينَ   21 . (Musa berkata): Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci  (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untukmu; dan janganlah kamu  berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang  yang rugi (di dunia dan di akhirat).  | 
| قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّ فِيهَا  قَوْماً جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَن نَّدْخُلَهَا حَتَّىَ يَخْرُجُواْ مِنْهَا فَإِن  يَخْرُجُواْ مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ   22 . Mereka menjawab: Wahai Musa, bahawasanya di negeri itu ada  kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga  mereka keluar daripadanya, kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka  sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu).  | 
| قَالَ رَجُلاَنِ مِنَ الَّذِينَ  يَخَافُونَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِمَا ادْخُلُواْ عَلَيْهِمُ الْبَابَ فَإِذَا  دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ وَعَلَى اللّهِ فَتَوَكَّلُواْ إِن كُنتُم  مُّؤْمِنِينَ   23 . Berkatalah dua lelaki di antara orang yang takut (perintah  Tuhan), lagi telah diberi nikmat oleh Allah kepada keduanya: Seranglah mereka  melalui pintu itu, apabila kamu memasukinya nescaya kamulah yang menang; dan  kepada Allah jua hendaklah kamu berserah, jika benar kamu beriman.  | 
| قَالُواْ يَا مُوسَى إِنَّا لَن  نَّدْخُلَهَا أَبَداً مَّا دَامُواْ فِيهَا فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلا  إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ   24 . Mereka berkata: Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan  memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya;  oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sesungguhnya  kami di sinilah duduk menunggu.  | 
| قَالَ رَبِّ إِنِّي لا أَمْلِكُ  إِلاَّ نَفْسِي وَأَخِي فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ    25 . Nabi Musa katanya: Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak  dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku; oleh itu  pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu.  | 
| قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ  عَلَيْهِمْ أَرْبَعِينَ سَنَةً يَتِيهُونَ فِي الأَرْضِ فَلاَ تَأْسَ عَلَى  الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ   26 . Allah berfirman: Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada  mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka merayau-rayau dengan  bingungnya di muka bumi; maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang  fasik itu.muka bumi; maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik  itu.  | 
| وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ  آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَاناً فَتُقُبِّلَ مِن أَحَدِهِمَا وَلَمْ  يُتَقَبَّلْ مِنَ الآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللّهُ  مِنَ الْمُتَّقِينَ   27 . Dan bacakanlah kepada mereka kisah dua orang anak Adam  dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan  korban. Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Haabiil), dan tidak  diterima dari yang lain (Qaabiil). Berkata (Qaabiil): Sesungguhnya aku akan  membunuhmu! Haabiil menjawab: Hanyasanya Allah menerima korban dari orang yang  bertakwa.  | 
| لَئِن بَسَطتَ إِلَيَّ يَدَكَ  لِتَقْتُلَنِي مَا أَنَاْ بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ لَأَقْتُلَكَ إِنِّي أَخَافُ  اللّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ   28 . Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku  untuk membunuhku, aku tidak akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk  membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Mentadbirkan  sekalian alam.  | 
| إِنِّي أُرِيدُ أَن تَبُوءَ  بِإِثْمِي وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ وَذَلِكَ جَزَاء  الظَّالِمِينَ   29 . Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan  (membawa) dosaku dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli  neraka, dan itulah dia balasan orang yang zalim.  | 
| فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ  أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ   30 . Maka nafsu jahat (Qaabiil) mendorongnya membunuh  saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari orang yang  rugi.  | 
| فَبَعَثَ اللّهُ غُرَاباً يَبْحَثُ  فِي الأَرْضِ لِيُرِيَهُ كَيْفَ يُوَارِي سَوْءةَ أَخِيهِ قَالَ يَا وَيْلَتَا  أَعَجَزْتُ أَنْ أَكُونَ مِثْلَ هَـذَا الْغُرَابِ فَأُوَارِيَ سَوْءةَ أَخِي  فَأَصْبَحَ مِنَ النَّادِمِينَ   31 . Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak  mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qaabiil) bagaimana cara  menimbus mayat saudaranya. (Qaabiil) berkata: Wahai celakanya aku! Alangkah  lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini,  supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu menjadilah ia dari  golongan orang yang menyesal.  | 
| مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ كَتَبْنَا عَلَى  بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْساً بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي  الأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعاً وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا  أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعاً وَلَقَدْ جَاءتْهُمْ رُسُلُنَا بِالبَيِّنَاتِ ثُمَّ  إِنَّ كَثِيراً مِّنْهُم بَعْدَ ذَلِكَ فِي الأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ   32 . Dengan sebab yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani  Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan,  atau melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh  manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga kehidupan manusia, maka seolah-olah  dia telah menjaga kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya, telah datang  kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang nyata; kemudian  sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, menjadi orang yang melampaui  batas di muka bumi.  | 
| إِنَّمَا جَزَاء الَّذِينَ  يُحَارِبُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأَرْضِ فَسَاداً أَن  يُقَتَّلُواْ أَوْ يُصَلَّبُواْ أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ  خِلافٍ أَوْ يُنفَوْاْ مِنَ الأَرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ  فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ   33 . Hanyasanya balasan orang yang memerangi Allah dan  Rasul-Nya serta melakukan kerosakan di muka bumi ialah dengan dibunuh, atau  dipalang, atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang, atau dibuang  negeri. Yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan  diakhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.  | 
| إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ مِن  قَبْلِ أَن تَقْدِرُواْ عَلَيْهِمْ فَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ    34 . Kecuali orang yang bertaubat sebelum kamu dapat  menangkapnya. Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha  Mengasihani.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  اتَّقُواْ اللّهَ وَابْتَغُواْ إِلَيهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُواْ فِي سَبِيلِهِ  لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ   35 . Hai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan  carilah jalan yang mendekatkan (diri) kepada-Nya dan berjuanglah pada jalan  Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.  | 
| إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ لَوْ  أَنَّ لَهُم مَّا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً وَمِثْلَهُ مَعَهُ لِيَفْتَدُواْ بِهِ مِنْ  عَذَابِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَا تُقُبِّلَ مِنْهُمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ    36 . Sesungguhnya orang yang kafir, kalau mereka mempunyai  segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi besertanya, untuk mereka  menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari Kiamat, nescaya tebusan  itu tidak akan diterima dari mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang  tidak terperi sakitnya.  | 
| يُرِيدُونَ أَن يَخْرُجُواْ مِنَ  النَّارِ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنْهَا وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّقِيمٌ   37 . Mereka sentiasa berharap hendak keluar dari api neraka  itu, padahal mereka tidak akan dapat keluar daripadanya; dan bagi mereka azab  yang tetap kekal.  | 
| وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ  فَاقْطَعُواْ أَيْدِيَهُمَا جَزَاء بِمَا كَسَبَا نَكَالاً مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ  عَزِيزٌ حَكِيمٌ   38 . Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah  tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan,  (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha  Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  | 
| فَمَن تَابَ مِن بَعْدِ ظُلْمِهِ  وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ   39 . Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan  (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, maka sesungguhnya Allah menerima  taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  | 
| أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللّهَ لَهُ  مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ يُعَذِّبُ مَن يَشَاءُ وَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ  وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ   40 . Tidakkah engkau ketahui bahawa Allah menguasai  pemerintahan langit dan bumi? Dia menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan  mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan ingatlah Allah Maha Kuasa atas  tiap-tiap sesuatu.  | 
|   |    | |
|   | ||
| يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لاَ  يَحْزُنكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ مِنَ الَّذِينَ قَالُواْ آمَنَّا  بِأَفْوَاهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْ وَمِنَ الَّذِينَ هِادُواْ سَمَّاعُونَ  لِلْكَذِبِ سَمَّاعُونَ لِقَوْمٍ آخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ  مِن بَعْدِ مَوَاضِعِهِ يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هَـذَا فَخُذُوهُ وَإِن لَّمْ  تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُواْ وَمَن يُرِدِ اللّهُ فِتْنَتَهُ فَلَن تَمْلِكَ لَهُ مِنَ  اللّهِ شَيْئاً أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ لَمْ يُرِدِ اللّهُ أَن يُطَهِّرَ  قُلُوبَهُمْ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ    41 . Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau berdukacita disebabkan  orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang yang  berkata dengan mulutnya: Kami telah beriman, Padahal hatinya tidak beriman;  begitu juga orang Yahudi, mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta;  mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain yang tidak pernah datang  menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Taurat)  dari tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: Jika disampaikan kepada kamu hukum  seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka  jagalah diri baik-baik. Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka  engkau tidak berkuasa sesuatu apapun dari Allah untuknya. Mereka ialah orang  yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia,  dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.  | 
| سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ  لِلسُّحْتِ فَإِن جَآؤُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُم أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن  تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئاً وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ  بِالْقِسْطِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ   42 . Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, memakan  segala yang haram. Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di  antara mereka, atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari  mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun; dan jika engkau  menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah  mengasihi orang yang berlaku adil.  | 
| وَكَيْفَ يُحَكِّمُونَكَ  وَعِندَهُمُ التَّوْرَاةُ فِيهَا حُكْمُ اللّهِ ثُمَّ يَتَوَلَّوْنَ مِن بَعْدِ  ذَلِكَ وَمَا أُوْلَـئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ   43 . Dan bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu,  padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian  mereka berpaling pula sesudah itu? Dan mereka itu bukanlah orang yang  beriman.  | 
| إِنَّا أَنزَلْنَا التَّوْرَاةَ  فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُواْ  لِلَّذِينَ هَادُواْ وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُواْ مِن  كِتَابِ اللّهِ وَكَانُواْ عَلَيْهِ شُهَدَاء فَلاَ تَخْشَوُاْ النَّاسَ  وَاخْشَوْنِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً وَمَن لَّمْ يَحْكُم  بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ   44 . Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang  mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; di tentukan hukum dengannya,  Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) bagi orang Yahudi, dan ulama-ulama  mereka dan pendita-penditanya, sebab mereka diamanahkan memelihara hukum-hukum  dari Kitab Allah itu, dan mereka pula menjadi penjaga dan pengawasnya. Oleh itu  janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku; dan  janganlah kamu menjual ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit dan sesiapa yang  tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah kerana  mengingkarinya, maka mereka itulah orang yang kafir.  | 
| وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا  أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالأَنفَ بِالأَنفِ  وَالأُذُنَ بِالأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ فَمَن تَصَدَّقَ  بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أنزَلَ اللّهُ  فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ   45 . Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat  itu, bahawa jiwa di balas dengan jiwa, dan mata di balas dengan mata, dan hidung  di balas dengan hidung, dan telinga di balas dengan telinga, dan gigi dibalas  dengan gigi, dan luka-luka hendaklah di balas seimbang. Tetapi sesiapa yang  melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa  yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka  itulah orang yang zalim.  | 
| وَقَفَّيْنَا عَلَى آثَارِهِم  بِعَيسَى ابْنِ مَرْيَمَ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ  وَآتَيْنَاهُ الإِنجِيلَ فِيهِ هُدًى وَنُورٌ وَمُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ  مِنَ التَّوْرَاةِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةً لِّلْمُتَّقِينَ   46 . Dan Kami utuskan Isa Ibni Maryam mengikuti jejak mereka  (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan  sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi  petunjuk dan cahaya yang menerangi, dan membenarkan kitab sebelumnya (Kitab  Taurat), serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang yang hendak  bertaqwa.  | 
| وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الإِنجِيلِ  بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فِيهِ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ  فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ   47 . Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang  telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan  apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang fasik.  | 
| وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ  بِالْحَقِّ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِناً  عَلَيْهِ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ  عَمَّا جَاءكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجاً  وَلَوْ شَاء اللّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَـكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِي  مَا آتَاكُم فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ إِلَى الله مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً  فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ   48 . Dan Kami turunkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an) dengan  membawa kebenaran, untuk membenarkan Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan  sebelumnya dan untuk mengawasinya. Maka berhukumlah di antara mereka dengan apa  yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut hawa  nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari  kebenaran. Bagi setiap umat di antaramu, Kami tetapkan satu Syariat dan jalan  yang terang. Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia jadikan kamu satu umat,  tetapi Ia hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu. Oleh itu  berlumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu  semuanya, maka Ia akan memberitahumu apa yang kamu berselisihan padanya.  | 
| وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا  أَنزَلَ اللّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن  بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْاْ فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ  اللّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ  لَفَاسِقُونَ   49 . Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka  dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut hawa  nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu  hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling  maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah  dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah  orang yang fasik.  | 
| أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ  يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْماً لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ   50 . Sesudah itu, patutkah mereka menghendaki hukum Jahiliyah?  Dan siapakah yang boleh membuat hukum lebih baik daripada Allah bagi orang yang  yakin.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء  بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي  الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ   51 . Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang  Yahudi dan Nasrani sebagai teman, kerana setengah mereka menjadi teman kepada  setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka  temannya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya  Allah tidak memberikan petunjuk kepada kamu yang berlaku zalim.  | 
| فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم  مَّرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَن تُصِيبَنَا دَآئِرَةٌ فَعَسَى  اللّهُ أَن يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ فَيُصْبِحُواْ عَلَى  مَا أَسَرُّواْ فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ   52 . Maka engkau lihat orang yang ada penyakit dalam hatinya  segera berusaha mendampingkan diri kepada Yahudi dan Nasrani, sambil berkata:  Kami takut kami akan ditimpa bencana. Maka mudah-mudahan Allah akan mendatangkan  kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisi-Nya  (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal  mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.  | 
| وَيَقُولُ الَّذِينَ آمَنُواْ  أَهَـؤُلاء الَّذِينَ أَقْسَمُواْ بِاللّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ إِنَّهُمْ  لَمَعَكُمْ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَأَصْبَحُواْ خَاسِرِينَ   53 . Dan orang yang beriman berkata: Inikah orang yang  bersumpah sungguh-sungguh dengan nama Allah, bahawa mereka benar-benar bersama  kamu? Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka orang yang  rugi.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ  وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ  يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ  اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ   54 . Wahai orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang  murtad, maka Allah akan datangkan suatu kaum yang Ia kasihi dan mereka juga  kasihkan-Nya mereka bersifat lemah-lembut terhadap orang yang beriman dan tegas  terhadap orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut  celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang  diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah  kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya.  | 
| إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللّهُ  وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ  الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ   55 . Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya,  dan orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang  mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).  | 
| وَمَن يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُولَهُ  وَالَّذِينَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ   56 . Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta  orang yang beriman itu penolongnya, maka sesungguhnya golongan Allah itulah yang  menang.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  لاَ تَتَّخِذُواْ الَّذِينَ اتَّخَذُواْ دِينَكُمْ هُزُواً وَلَعِباً مِّنَ  الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاء  وَاتَّقُواْ اللّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ   57 . Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang  yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari orang yang  telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang kafir menjadi penolong; dan  bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar beriman.  | 
| وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى  الصَّلاَةِ اتَّخَذُوهَا هُزُواً وَلَعِباً ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لاَّ  يَعْقِلُونَ   58 . Dan apabila kamu menyeru untuk mengerjakan sembahyang,  mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang  demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.  | 
| قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ هَلْ  تَنقِمُونَ مِنَّا إِلاَّ أَنْ آمَنَّا بِاللّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا  أُنزِلَ مِن قَبْلُ وَأَنَّ أَكْثَرَكُمْ فَاسِقُونَ   59 . Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak mencela kami  melainkan kerana kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada  kami, serta beriman kepada apa yang diturunkan sebelum itu, dan kerana  kebanyakan kamu sesungguhnya adalah orang yang fasik.  | 
| قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ  مِّن ذَلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللّهِ مَن لَّعَنَهُ اللّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ  وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ أُوْلَـئِكَ  شَرٌّ مَّكَاناً وَأَضَلُّ عَن سَوَاء السَّبِيلِ   60 . Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang  yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah  orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkai-Nya, dan dijadikan di antara mereka  sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk  kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul.  | 
|   |    | |
|   | ||
| وَإِذَا جَآؤُوكُمْ قَالُوَاْ  آمَنَّا وَقَد دَّخَلُواْ بِالْكُفْرِ وَهُمْ قَدْ خَرَجُواْ بِهِ وَاللّهُ  أَعْلَمُ بِمَا كَانُواْ يَكْتُمُونَ   61 . Dan apabila mereka datang kepada kamu, mereka berkata:  Kami telah beriman. Padahal sesungguhnya mereka masuk menemui kamu dengan  kekufurannya, dan sesungguhnya mereka keluar dengan kekufurannya juga; dan  (ingatlah), Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.  | 
| وَتَرَى كَثِيراً مِّنْهُمْ  يُسَارِعُونَ فِي الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ لَبِئْسَ مَا  كَانُواْ يَعْمَلُونَ   62 . Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba  pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya  amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.  | 
| لَوْلاَ يَنْهَاهُمُ  الرَّبَّانِيُّونَ وَالأَحْبَارُ عَن قَوْلِهِمُ الإِثْمَ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ  لَبِئْسَ مَا كَانُواْ يَصْنَعُونَ   63 . Alangkah baiknya kalau ketua-ketua agama dan  pendita-pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan  yang dusta dan memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka  telah kerjakan.  | 
| وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللّهِ  مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْ بَلْ يَدَاهُ  مَبْسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيراً مِّنْهُم مَّا  أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَاناً وَكُفْراً وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ  الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاء إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُواْ نَاراً  لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأَرْضِ فَسَاداً وَاللّهُ لاَ  يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ   64 . Dan orang Yahudi berkata: Tangan Allah terbelenggu, tangan  merekalah yang terbelenggu dan mereka dilaknat dengan sebab apa yang mereka  katakan, bahkan kedua tangan-Nya sentiasa terbuka. Ia nafkahkan sebagaimana yang  dikehendaki-Nya; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari  Tuhammu menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami  tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat.  Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka  pula terus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada  orang yang melakukan kerosakan.  | 
| وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْكِتَابِ  آمَنُواْ وَاتَّقَوْاْ لَكَفَّرْنَا عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأدْخَلْنَاهُمْ  جَنَّاتِ النَّعِيمِ   65 . Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertakwa tentulah  Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka, dan Kami masukkan  mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat .  | 
| وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُواْ  التَّوْرَاةَ وَالإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيهِم مِّن رَّبِّهِمْ لأكَلُواْ مِن  فَوْقِهِمْ وَمِن تَحْتِ أَرْجُلِهِم مِّنْهُمْ أُمَّةٌ مُّقْتَصِدَةٌ وَكَثِيرٌ  مِّنْهُمْ سَاء مَا يَعْمَلُونَ   66 . Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan Taurat dan  Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka, nescaya mereka  akan makan rezeki (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki  mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil, dan kebanyakan dari  mereka, buruk keji amal perbuatannya.  | 
| يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ  مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ  رِسَالَتَهُ وَاللّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ  الْكَافِرِينَ   67 . Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan  kepadamu dari Tuhanmu; jika engkau tidak melakukannya, maka bermakna tiadalah  engkau menyampaikan perutusan-Nya; dan Allah akan memeliharamu dari (kejahatan)  manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang kafir.  | 
| قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ  لَسْتُمْ عَلَى شَيْءٍ حَتَّىَ تُقِيمُواْ التَّوْرَاةَ وَالإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ  إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيراً مِّنْهُم مَّا أُنزِلَ إِلَيْكَ  مِن رَّبِّكَ طُغْيَاناً وَكُفْراً فَلاَ تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ    68 . Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira beragama  sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan  kepadamu dari Tuhanmu. Dan sungguh, apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu  akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran bagi kebanyakan mereka. Oleh itu  janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.  | 
| إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ  وَالَّذِينَ هَادُواْ وَالصَّابِؤُونَ وَالنَّصَارَى مَنْ آمَنَ بِاللّهِ  وَالْيَوْمِ الآخِرِ وعَمِلَ صَالِحاً فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ  يَحْزَنُونَ   69 . Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang Yahudi, dan  orang Saabiin, dan orang Nasrani sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman  kepada Allah dan hari akhirat serta beramal salih, maka tidaklah ada kebimbangan  terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.  | 
| لَقَدْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي  إِسْرَائِيلَ وَأَرْسَلْنَا إِلَيْهِمْ رُسُلاً كُلَّمَا جَاءهُمْ رَسُولٌ بِمَا  لاَ تَهْوَى أَنْفُسُهُمْ فَرِيقاً كَذَّبُواْ وَفَرِيقاً يَقْتُلُونَ   70 . Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian dari  Bani Israil dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul. Setiap  kali datang Rasul yang membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka,  didustakan sebahagian darinya dan sebahagian lagi dibunuh..  | 
| وَحَسِبُواْ أَلاَّ تَكُونَ  فِتْنَةٌ فَعَمُواْ وَصَمُّواْ ثُمَّ تَابَ اللّهُ عَلَيْهِمْ ثُمَّ عَمُواْ  وَصَمُّواْ كَثِيرٌ مِّنْهُمْ وَاللّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ   71 . Dan mereka menyangka bahawa tidak akan berlaku sebarang  bencana, lalu mereka butakan mata dan pekakkan telinga, kemudian Allah menerima  taubat mereka, kemudian kebanyakan daripada mereka membutakan mata dan  memekakkan telinga lagi. Padahal Allah Maha Melihat apa yang mereka lakukan.  | 
| لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ  إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي  إِسْرَائِيلَ اعْبُدُواْ اللّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ  فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا  لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ   72 . Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata:  Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam. Padahal al-Masih sendiri berkata:  Wahai Bani Israil!. Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa  yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga,  dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang  yang berlaku zalim.  | 
| لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ  إِنَّ اللّهَ ثَالِثُ ثَلاَثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَـهٍ إِلاَّ إِلَـهٌ وَاحِدٌ وَإِن  لَّمْ يَنتَهُواْ عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِنْهُمْ  عَذَابٌ أَلِيمٌ   73 . Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata:  Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang  berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti  dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu akan dikenakan orang yang kafir di  antara mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.  | 
| أَفَلاَ يَتُوبُونَ إِلَى اللّهِ  وَيَسْتَغْفِرُونَهُ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ   74 . Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan  memohon keampunan-Nya? Padahal Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  | 
| مَّا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ  إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ كَانَا  يَأْكُلاَنِ الطَّعَامَ انظُرْ كَيْفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الآيَاتِ ثُمَّ انظُرْ  أَنَّى يُؤْفَكُونَ   75 . Tiadalah al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul  yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang  perempuan yang amat benar, mereka berdua memakan makanan (seperti kamu).  Lihatlah bagaimana Kami jelaskan kepada mereka keterangan-keterangan kemudian  lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (dari menerima kebenaran yang jelas nyata  itu).  | 
| قُلْ أَتَعْبُدُونَ مِن دُونِ  اللّهِ مَا لاَ يَمْلِكُ لَكُمْ ضَرّاً وَلاَ نَفْعاً وَاللّهُ هُوَ السَّمِيعُ  الْعَلِيمُ   76 . Katakanlah: Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain dari  Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan memberi manfaat?  Padahal Allah ialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.  | 
| قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لاَ  تَغْلُواْ فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعُواْ أَهْوَاء قَوْمٍ قَدْ  ضَلُّواْ مِن قَبْلُ وَأَضَلُّواْ كَثِيراً وَضَلُّواْ عَن سَوَاء السَّبِيلِ    77 . Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui  dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu  suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia,  dan mereka (kini) telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul.  | 
| لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن  بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا  عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ   78 . Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di  dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang  demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.  | 
| كَانُواْ لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن  مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُواْ يَفْعَلُونَ   79 . Mereka tidak saling melarang (sesama sendiri) dari  perbuatan mungkar yang dilakukan. Sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka  telah lakukan.  | 
| تَرَى كَثِيراً مِّنْهُمْ  يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنفُسُهُمْ أَن  سَخِطَ اللّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ   80 . Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang kafir  teman mereka. Sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri  mereka sendiri iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal  di dalam azab (neraka).  | 
|   |    | |
|   | ||
| وَلَوْ كَانُوا يُؤْمِنُونَ بِالله  والنَّبِيِّ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مَا اتَّخَذُوهُمْ أَوْلِيَاء وَلَـكِنَّ  كَثِيراً مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ   81 . Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi  serta apa yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan orang  (musyrik) sebagai teman, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang  fasik.  | 
| لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ  عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ  أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُوَاْ إِنَّا نَصَارَى  ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَاناً وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ    82 . Sungguh engkau akan dapati manusia yang keras sekali  permusuhannya kepada orang yang beriman ialah orang Yahudi dan orang musyrik.  Dan sesungguhnya engkau akan dapati orang yang dekat sekali kasih mesranya  kepada orang yang beriman ialah orang yang berkata: Bahawa kami ini orang  Nasrani. Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta dan ahli  ibadat, dan kerana mereka tidak berlaku sombong.  | 
| وَإِذَا سَمِعُواْ مَا أُنزِلَ  إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُواْ مِنَ  الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ   83 . Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada  Rasul, kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang  mereka ketahui Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman. Oleh itu  tetapkanlah kami bersama orang yang menjadi saksi.  | 
| وَمَا لَنَا لاَ نُؤْمِنُ بِاللّهِ  وَمَا جَاءنَا مِنَ الْحَقِّ وَنَطْمَعُ أَن يُدْخِلَنَا رَبَّنَا مَعَ الْقَوْمِ  الصَّالِحِينَ   84 . Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah  dan kepada kebenaran Al-Qur'an yang sampai kepada kami, padahal kami ingin  supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang yang  salih.  | 
| فَأَثَابَهُمُ اللّهُ بِمَا  قَالُواْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ  جَزَاء الْمُحْسِنِينَ   85 . Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan apa  yang telah mereka ucapkan, (iaitu) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa  sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah  balasan orang yang berusaha berbuat kebaikan.  | 
| وَالَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ  بِآيَاتِنَا أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ   86 . Dan (sebaliknya) orang yang kafir serta mendustakan  ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli neraka.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  لاَ تُحَرِّمُواْ طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللّهُ لَكُمْ وَلاَ تَعْتَدُواْ إِنَّ  اللّهَ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ   87 . Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan  benda-benda yang baik yang dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu  melampaui batas; kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang  melampaui batas.  | 
| وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّهُ  حَلاَلاً طَيِّباً وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِيَ أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ   88 . Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah  kepadamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang  kepada-Nya sahaja kamu beriman.  | 
| لاَ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ  بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَـكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ  الأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا  تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَن لَّمْ  يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا  حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُواْ أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ  لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ   89 . Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah  kamu yang tidak disengajakan, akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan  sebab sumpah yang sengaja kamu buat. Maka dendanya ialah memberi makan sepuluh  orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu berikan kepada keluarga  kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba.  Kemudian sesiapa yang tidak dapat, maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang  demikian itu ialah denda sumpahmu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah sumpah  kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu  bersyukur.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ  الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ   90 . Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan  judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,  adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu  menjauhinya supaya kamu berjaya.  | 
| إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن  يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاء فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ  وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللّهِ وَعَنِ الصَّلاَةِ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ    91 . Sesungguhnya Syaitan itu berkehendak menimbulkan  permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi, dan mahu  memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang.  Oleh itu, mahukah kamu berhenti?  | 
| وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ  الرَّسُولَ وَاحْذَرُواْ فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُواْ أَنَّمَا عَلَى  رَسُولِنَا الْبَلاَغُ الْمُبِينُ   92 . Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul  dan awaslah. Oleh itu, jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya  kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas  nyata.  | 
| لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُواْ  وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُواْ إِذَا مَا اتَّقَواْ  وَّآمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ ثُمَّ اتَّقَواْ وَّآمَنُواْ ثُمَّ  اتَّقَواْ وَّأَحْسَنُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ   93 . Tidak ada dosa bagi orang yang beriman serta mengerjakan  amal salih pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan  beriman serta mengerjakan amal salih, kemudian mereka tetap bertaqwa dan  beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah  mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  لَيَبْلُوَنَّكُمُ اللّهُ بِشَيْءٍ مِّنَ الصَّيْدِ تَنَالُهُ أَيْدِيكُمْ  وَرِمَاحُكُمْ لِيَعْلَمَ اللّهُ مَن يَخَافُهُ بِالْغَيْبِ فَمَنِ اعْتَدَى بَعْدَ  ذَلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ   94 . Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya Allah akan menguji  kamu dengan sesuatu dari binatang buruan yang mudah ditangkap oleh tanganmu dan  lembingmu, supaya Allah ketahui sesiapa yang takut kepada-Nya semasa ia tidak  melihat-Nya dan semasa ia tidak dilihat orang. Oleh itu sesiapa yang melampaui  batas sesudah yang demikian maka baginya azab yang tidak terperi sakitnya.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  لاَ تَقْتُلُواْ الصَّيْدَ وَأَنتُمْ حُرُمٌ وَمَن قَتَلَهُ مِنكُم مُّتَعَمِّداً  فَجَزَاء مِّثْلُ مَا قَتَلَ مِنَ النَّعَمِ يَحْكُمُ بِهِ ذَوَا عَدْلٍ مِّنكُمْ  هَدْياً بَالِغَ الْكَعْبَةِ أَوْ كَفَّارَةٌ طَعَامُ مَسَاكِينَ أَو عَدْلُ ذَلِكَ  صِيَاماً لِّيَذُوقَ وَبَالَ أَمْرِهِ عَفَا اللّهُ عَمَّا سَلَف وَمَنْ عَادَ  فَيَنتَقِمُ اللّهُ مِنْهُ وَاللّهُ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ   95 . Hai orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang  buruan ketika kamu berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan  sengaja, maka dendanya, diganti dengan binatang ternak yang sama dengan binatang  yang dibunuh itu, yang akan dihukumkan oleh dua orang yang adil di antara kamu,  sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah, atau bayaran kafarah, iaitu memberi  makan orang miskin, atau menggantikan yang demikian itu dengan berpuasa supaya  dapat ia merasai kesan dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan  sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan  (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan seksa.  | 
| جَعَلَ اللّهُ الْكَعْبَةَ  الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَاماً لِّلنَّاسِ وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ وَالْهَدْيَ  وَالْقَلاَئِدَ ذَلِكَ لِتَعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ  وَمَا فِي الأَرْضِ وَأَنَّ اللّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ   97 . Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan  yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagimu dan juga bagi orang yang dalam  pelayaran; dan diharamkan atasmu memburu binatang buruan darat selama kamu  berihram. Dan bertaqwalah kepada Allah, yang kepada-Nya kamu dihimpunkan.  | 
| اعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ شَدِيدُ  الْعِقَابِ وَأَنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ   98 . Ketahuilah oleh kamu, bahawasanya Allah Maha berat azab  seksa-Nya, dan bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  | 
| مَّا عَلَى الرَّسُولِ إِلاَّ  الْبَلاَغُ وَاللّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ   99 . Tidak ada kewajipan Rasulullah selain menyampaikan  perintah Allah sahaja; dan Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang  kamu sembunyikan.  | 
| قُل لاَّ يَسْتَوِي الْخَبِيثُ  وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ فَاتَّقُواْ اللّهَ يَا  أُوْلِي الأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ   100 . Katakanlah: Tidak sama yang buruk dengan yang baik,  walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada  Allah wahai orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  لاَ تَسْأَلُواْ عَنْ أَشْيَاء إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ وَإِن تَسْأَلُواْ  عَنْهَا حِينَ يُنَزَّلُ الْقُرْآنُ تُبْدَ لَكُمْ عَفَا اللّهُ عَنْهَا وَاللّهُ  غَفُورٌ حَلِيمٌ   101 . Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan  perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan  jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Qur'an, tentulah akan  diterangkan kepadamu. Allah maafkan kamu dari perkara-perkara itu; kerana Allah  Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.  | 
|   |    | |
|   | ||
| قَدْ سَأَلَهَا قَوْمٌ مِّن  قَبْلِكُمْ ثُمَّ أَصْبَحُواْ بِهَا كَافِرِينَ   102 . Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu pernah  ditanyakan oleh suatu kaum sebelum kamu, kemudian mereka menjadi kafir  kerananya.  | 
| مَا جَعَلَ اللّهُ مِن بَحِيرَةٍ  وَلاَ سَآئِبَةٍ وَلاَ وَصِيلَةٍ وَلاَ حَامٍ وَلَـكِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ  يَفْتَرُونَ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ وَأَكْثَرُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ   103 . Allah tidak mensyariatkan bahirah, tidak juga saa'ibah,  tidak juga wasilah, dan tidak juga haam. Akan tetapi orang kafir itu  mengada-ngadakan perkara dusta terhadap Allah; dan kebanyakan mereka tidak  menggunakan akal fikirannya.  | 
| وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْاْ  إِلَى مَا أَنزَلَ اللّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُواْ حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا  عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ شَيْئاً وَلاَ  يَهْتَدُونَ   104 . Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah menurut  kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah, dan kepada Rasul-Nya, mereka  menjawab:Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami  mengerjakannya. Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka  tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk.?  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ لاَ يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ إِلَى  اللّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ   105 . Hai orang yang beriman! Jagalah dirimu. Orang yang sesat  tidak akan mendatangkan mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk.  Kepada Allahlah tempat kembalimu semuanya, maka Ia akan menerangkan kepadamu apa  yang kamu lakukan.  | 
| يِا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  شَهَادَةُ بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ حِينَ الْوَصِيَّةِ  اثْنَانِ ذَوَا عَدْلٍ مِّنكُمْ أَوْ آخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ إِنْ أَنتُمْ  ضَرَبْتُمْ فِي الأَرْضِ فَأَصَابَتْكُم مُّصِيبَةُ الْمَوْتِ تَحْبِسُونَهُمَا مِن  بَعْدِ الصَّلاَةِ فَيُقْسِمَانِ بِاللّهِ إِنِ ارْتَبْتُمْ لاَ نَشْتَرِي بِهِ  ثَمَناً وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى وَلاَ نَكْتُمُ شَهَادَةَ اللّهِ إِنَّا إِذاً  لَّمِنَ الآثِمِينَ   106 . Wahai orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara  kamu hampir mati ketika berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua  orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (bukan seagama) denganmu,  jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana yang membawa  maut, kalau kamu ragu, tahanlah mereka sesudah selesai sembahyang, maka mereka  (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: Demi Allah) kami tidak  akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu  dari kaum kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui)  sebagai saksi Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami termasuk  dalam golongan orang yang berdosa.  | 
| فَإِنْ عُثِرَ عَلَى أَنَّهُمَا  اسْتَحَقَّا إِثْماً فَآخَرَانِ يِقُومَانُ مَقَامَهُمَا مِنَ الَّذِينَ اسْتَحَقَّ  عَلَيْهِمُ الأَوْلَيَانِ فَيُقْسِمَانِ بِاللّهِ لَشَهَادَتُنَا أَحَقُّ مِن  شَهَادَتِهِمَا وَمَا اعْتَدَيْنَا إِنَّا إِذاً لَّمِنَ الظَّالِمِينَ   107 . Kemudian jika didapati bahawa kedua saksi itu ada  melakukan dosa, maka hendaklah dua orang yang lain menggantikan tempat mereka  dari waris-waris si mati yang lebih dekat, yang lebih berhak, kemudian mereka  bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata): Demi sesungguhnya, persaksian kami  lebih berhak daripada persaksian keduanya itu, dan kami tidak melampaui batas,  (jika demikian) tentulah kami termasuk orang yang zalim.  | 
| ذَلِكَ أَدْنَى أَن يَأْتُواْ  بِالشَّهَادَةِ عَلَى وَجْهِهَا أَوْ يَخَافُواْ أَن تُرَدَّ أَيْمَانٌ بَعْدَ  أَيْمَانِهِمْ وَاتَّقُوا اللّهَ وَاسْمَعُواْ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ  الْفَاسِقِينَ   108 . Yang tersebut itu adalah jalan yang lebih dekat untuk  mereka memberi keterangan saksi menurut cara yang sebenarnya, atau untuk mereka  merasa takut akan ditolak sumpah mereka sesudah bersumpah. Dan bertaqwalah  kepada Allah dan dengarlah, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum  fasik.  | 
| يَوْمَ يَجْمَعُ اللّهُ الرُّسُلَ  فَيَقُولُ مَاذَا أُجِبْتُمْ قَالُواْ لاَ عِلْمَ لَنَا إِنَّكَ أَنتَ عَلاَّمُ  الْغُيُوبِ   109 . Pada hari Allah himpunkan Rasul-rasul-Nya lalu bertanya:  Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umatmu dahulu)? Mereka  berkata: Tidak ada bagi kami pengetahuan tentang itu, kerana sesungguhnya  Engkaulah yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib.  | 
| إِذْ قَالَ اللّهُ يَا عِيسى ابْنَ  مَرْيَمَ اذْكُرْ نِعْمَتِي عَلَيْكَ وَعَلَى وَالِدَتِكَ إِذْ أَيَّدتُّكَ بِرُوحِ  الْقُدُسِ تُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلاً وَإِذْ عَلَّمْتُكَ  الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالإِنجِيلَ وَإِذْ تَخْلُقُ مِنَ  الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ بِإِذْنِي فَتَنفُخُ فِيهَا فَتَكُونُ طَيْراً  بِإِذْنِي وَتُبْرِئُ الأَكْمَهَ وَالأَبْرَصَ بِإِذْنِي وَإِذْ تُخْرِجُ الْمَوتَى  بِإِذْنِي وَإِذْ كَفَفْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَنكَ إِذْ جِئْتَهُمْ  بِالْبَيِّنَاتِ فَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِنْهُمْ إِنْ هَـذَا إِلاَّ سِحْرٌ  مُّبِينٌ   110 . (Ingatlah) tatkala Allah berfirman: Wahai Isa Ibni  Maryam! Kenanglah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu  dengan Ruhul-Qudus, engkau dapat bercakap dengan manusia (semasa engkau) dalam  buaian, dan setelah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis  membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan  ingatlah ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izin-Ku,  maka engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izin-Ku;  dan engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izin-Ku; dan ingatlah  ketika engkau menghidupkan orang yang mati dengan izin-Ku; dan (ingatlah) ketika  Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada  mereka dengan membawa keterangan lalu orang yang kafir di antara mereka berkata:  Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata.  | 
| وَإِذْ أَوْحَيْتُ إِلَى  الْحَوَارِيِّينَ أَنْ آمِنُواْ بِي وَبِرَسُولِي قَالُوَاْ آمَنَّا وَاشْهَدْ  بِأَنَّنَا مُسْلِمُونَ   111 . Dan ingatlah ketika Aku ilhamkan kepada orang Hawariyiin:  Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada Rasul-Ku! Mereka menjawab: Kami telah  beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang Islam.  | 
| إِذْ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ يَا  عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ هَلْ يَسْتَطِيعُ رَبُّكَ أَن يُنَزِّلَ عَلَيْنَا مَآئِدَةً  مِّنَ السَّمَاءِ قَالَ اتَّقُواْ اللّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ   112 . Dan (ingatlah) ketika orang Hawariyiin berkata: Wahai Isa  ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu  hidangan dari langit? Nabi Isa menjawab: Bertaqwalah kamu kepada Allah jika  benar kamu orang yang beriman.  | 
| قَالُواْ نُرِيدُ أَن نَّأْكُلَ  مِنْهَا وَتَطْمَئِنَّ قُلُوبُنَا وَنَعْلَمَ أَن قَدْ صَدَقْتَنَا وَنَكُونَ  عَلَيْهَا مِنَ الشَّاهِدِينَ   113 . Mereka berkata: Kami hanya ingin hendak makan dari  hidangan itu, dan supaya tenang tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui  dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan  supaya menjadilah kami orang yang menyaksikannya sendiri.  | 
| قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ  اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةً مِّنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا  عِيداً لِّأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِّنكَ وَارْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ  الرَّازِقِينَ   114 . Isa ibni Maryam berkata: Ya Allah, Tuhan kami!  Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari  raya bagi kami, iaitu orang yang pertama dari kami dan bagi orang yang datang  kemudian, dan sebagai satu tanda daripadamu dan kurniakanlah rezeki kepada kami,  kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.  | 
| قَالَ اللّهُ إِنِّي مُنَزِّلُهَا  عَلَيْكُمْ فَمَن يَكْفُرْ بَعْدُ مِنكُمْ فَإِنِّي أُعَذِّبُهُ عَذَاباً لاَّ  أُعَذِّبُهُ أَحَداً مِّنَ الْعَالَمِينَ   115 . Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan turunkan hidangan  itu kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah itu, maka  sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku  seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk.  | 
| وَإِذْ قَالَ اللّهُ يَا عِيسَى  ابْنَ مَرْيَمَ أَأَنتَ قُلتَ لِلنَّاسِ اتَّخِذُونِي وَأُمِّيَ إِلَـهَيْنِ مِن  دُونِ اللّهِ قَالَ سُبْحَانَكَ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أَقُولَ مَا لَيْسَ لِي  بِحَقٍّ إِن كُنتُ قُلْتُهُ فَقَدْ عَلِمْتَهُ تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي وَلاَ  أَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِكَ إِنَّكَ أَنتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ   116 . Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa ibni  Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: Jadikanlah daku dan ibuku dua  tuhan selain dari Allah Nabi Isa menjawab: Maha Suci Engkau! Tidaklah layak  bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada  mengatakannya maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau tahu apa yang ada  pada diriku, dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri-Mu; kerana  sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.  | 
| مَا قُلْتُ لَهُمْ إِلاَّ مَا  أَمَرْتَنِي بِهِ أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ وَكُنتُ عَلَيْهِمْ  شَهِيداً مَّا دُمْتُ فِيهِمْ فَلَمَّا تَوَفَّيْتَنِي كُنتَ أَنتَ الرَّقِيبَ  عَلَيْهِمْ وَأَنتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ   117 . Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang  Engkau perintahkan kepadaku dengannya, iaitu Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku  dan Tuhanmu, dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka selama aku berada  dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah  Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi  Saksi atas tiap-tiap sesuatu.  | 
| إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ  عِبَادُكَ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ   118 . Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka  adalah hamba-Mu; dan jika Engkau mengampunkan mereka; maka sesungguhnya  Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  | 
| قَالَ اللّهُ هَذَا يَوْمُ يَنفَعُ  الصَّادِقِينَ صِدْقُهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ  خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ ذَلِكَ  الْفَوْزُ الْعَظِيمُ   119 . Allah berfirman: Inilah hari yang padanya orang yang  benar mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh syurga-syurga yang  mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.  Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia. Itulah kejayaan yang  amat besar.  | 
| لِلّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ  وَالأَرْضِ وَمَا فِيهِنَّ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ   120 . Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta  segala yang ada padanya; dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap  sesuatu.  | 
No comments:
Post a Comment