|   |    | |
|   | ||
| يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ  رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا  وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي  تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً   1 . Hai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah  menjadikan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya dijadikan isterinya  (Hawa), dan yang membiakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang ramai. Dan  bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya, serta  peliharalah hubungan kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati  kamu.  | 
| وَآتُواْ الْيَتَامَى أَمْوَالَهُمْ  وَلاَ تَتَبَدَّلُواْ الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَهُمْ  إِلَى أَمْوَالِكُمْ إِنَّهُ كَانَ حُوباً كَبِيراً   2 . Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh)  itu harta mereka, dan janganlah kamu tukarganti yang baik dengan yang buruk; dan  janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan hartamu;  kerana sesungguhnya itu adalah dosa yang besar.  | 
| وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ  فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ  وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ  أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ   3 . Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap  anak-anak yatim (perempuan), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan  dari perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak  akan berlaku adil maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (kahwinilah)  hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat  supaya kamu tidak melakukan kezaliman.  | 
| وَآتُواْ النَّسَاء صَدُقَاتِهِنَّ  نِحْلَةً فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْساً فَكُلُوهُ هَنِيئاً  مَّرِيئاً   4 . Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin  mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka memberikan kepada kamu  dengan suka hatinya sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah)  pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik  kesudahannya.  | 
| وَلاَ تُؤْتُواْ السُّفَهَاء  أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللّهُ لَكُمْ قِيَاماً وَارْزُقُوهُمْ فِيهَا  وَاكْسُوهُمْ وَقُولُواْ لَهُمْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً   5 . Dan janganlah kamu berikan kepada orang yang belum sempurna  akalnya harta (mereka yang dalam jagaanmu), yang Allah jadikanmu sebagai  penjaganya dan berilah mereka belanja dan pakaian dari hasil harta itu (yang  kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang  baik.  | 
| وَابْتَلُواْ الْيَتَامَى حَتَّىَ  إِذَا بَلَغُواْ النِّكَاحَ فَإِنْ آنَسْتُم مِّنْهُمْ رُشْداً فَادْفَعُواْ  إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ وَلاَ تَأْكُلُوهَا إِسْرَافاً وَبِدَاراً أَن  يَكْبَرُواْ وَمَن كَانَ غَنِيّاً فَلْيَسْتَعْفِفْ وَمَن كَانَ فَقِيراً  فَلْيَأْكُلْ بِالْمَعْرُوفِ فَإِذَا دَفَعْتُمْ إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ  فَأَشْهِدُواْ عَلَيْهِمْ وَكَفَى بِاللّهِ حَسِيباً   6 . Dan ujilah anak-anak yatim itu sehingga mereka cukup umur.  Kemudian jika kamu nampak keadaan mereka telah cerdik untuk menjaga hartanya,  maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta  anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan terburu-buru sebelum mereka  dewasa. Dan sesiapa yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta  anak yatim itu); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya secara  sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta mereka, hendaklah kamu  adakan saksi-saksi atas mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala  yang kamu lakukan).  | 
| لِّلرِّجَالِ نَصيِبٌ مِّمَّا  تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاء نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ  الْوَالِدَانِ وَالأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيباً  مَّفْرُوضاً   7 . Orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa  dan kerabat, dan orang perempuan ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa  dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu;  iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).  | 
| وَإِذَا حَضَرَ الْقِسْمَةَ  أُوْلُواْ الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينُ فَارْزُقُوهُم مِّنْهُ  وَقُولُواْ لَهُمْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً   8 . Dan apabila kerabat dan anak-anak yatim serta orang miskin  hadir ketika pembahagian itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya,  dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.  | 
| وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ  تَرَكُواْ مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافاً خَافُواْ عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا  اللّهَ وَلْيَقُولُواْ قَوْلاً سَدِيداً   9 . Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang yang jika  ditakdirkan mereka meninggalkan anak-anak yang daif di belakang mereka akan  merasa bimbang terhadap anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertakwa  kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul.  | 
| إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ  أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْماً إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَاراً  وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيراً   10 . Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim  secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka;  dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.  | 
| يُوصِيكُمُ اللّهُ فِي  أَوْلاَدِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الأُنثَيَيْنِ فَإِن كُنَّ نِسَاء فَوْقَ  اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ وَإِن كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا  النِّصْفُ وَلأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن  كَانَ لَهُ وَلَدٌ فَإِن لَّمْ يَكُن لَّهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلأُمِّهِ  الثُّلُثُ فَإِن كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ فَلأُمِّهِ السُّدُسُ مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ  يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ آبَآؤُكُمْ وَأَبناؤُكُمْ لاَ تَدْرُونَ أَيُّهُمْ  أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعاً فَرِيضَةً مِّنَ اللّهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيما  حَكِيماً   11 . Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian pusaka untuk)  anak-anak kamu, iaitu bahagian anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak  perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian  mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan. Dan jika anak perempuan  itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah separuh harta itu. Dan bagi ibu bapa  simati, tiap-tiap seorang dari keduanya seperenam dari harta yang harta yang  ditinggalkan jika simati ada anak. Tetapi jika simati tiada anak, sedang yang  mewarisinya hanyalah ibu bapanya, maka bahagian ibunya sepertiga. Kalau pula  simati itu mempunyai beberapa saudara, maka bahagian ibunya ialah seperenam.  (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh  simati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu  tidak mengetahui siapa di antaranya lebih dekat manfaaatnya kepada kamu. Ini  adalah ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha  Bijaksana.  | 
| وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ  أَزْوَاجُكُمْ إِن لَّمْ يَكُن لَّهُنَّ وَلَدٌ فَإِن كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ  فَلَكُمُ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْنَ مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِينَ بِهَا أَوْ  دَيْنٍ وَلَهُنَّ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْتُمْ إِن لَّمْ يَكُن لَّكُمْ وَلَدٌ  فَإِن كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمَّا تَرَكْتُم مِّن بَعْدِ  وَصِيَّةٍ تُوصُونَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ وَإِن كَانَ رَجُلٌ يُورَثُ كَلاَلَةً أَو  امْرَأَةٌ وَلَهُ أَخٌ أَوْ أُخْتٌ فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا السُّدُسُ فَإِن  كَانُوَاْ أَكْثَرَ مِن ذَلِكَ فَهُمْ شُرَكَاء فِي الثُّلُثِ مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ  يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَآرٍّ وَصِيَّةً مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ عَلِيمٌ  حَلِيمٌ   12 .Dan bagimu seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh  isteri-isterimu jika mereka tiada anak. Tetapi jika mereka ada anak maka kamu  beroleh seperempat dari harta yang ditinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang  mereka wasiatkan dengannya atau sesudah dibayar hutangnya. Dan bagi mereka  (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tiada  anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka ialah seperlapan  dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan  dengannya dan sesudah dibayar hutangmu. Dan jika simati yang diwarisi itu,  lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau ibu bapa, dan ada  meninggalkan seorang saudara lelaki, atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap  seorang dari keduanya ialah seperenam. Kalau pula mereka lebih dari seorang,  maka mereka bersekutu pada sepertiga, sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan  olehnya, dan sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memudharatkan. Itulah  ketetapan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.  | 
| تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ وَمَن يُطِعِ  اللّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ  خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ   13 . Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat)  Allah. Dan sesiapa yang taatkan Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan-Nya ke  dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di  dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.  | 
| وَمَن يَعْصِ اللّهَ وَرَسُولَهُ  وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَاراً خَالِداً فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُّهِينٌ    14 . Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, dan  melampaui batas-batas Syariat-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api  neraka, kekallah ia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.  | 
| وَاللاَّتِي يَأْتِينَ الْفَاحِشَةَ  مِن نِّسَآئِكُمْ فَاسْتَشْهِدُواْ عَلَيْهِنَّ أَرْبَعةً مِّنكُمْ فَإِن شَهِدُواْ  فَأَمْسِكُوهُنَّ فِي الْبُيُوتِ حَتَّىَ يَتَوَفَّاهُنَّ الْمَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ  اللّهُ لَهُنَّ سَبِيلاً   15 . Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara  perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang  menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan saksi itu  mengesahkan perbuatan itu, maka kurunglah mereka (perempuan itu) dalam rumah  hingga sampai ajal matinya atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan  keluar dari hukuman itu.  | 
| وَاللَّذَانَ يَأْتِيَانِهَا  مِنكُمْ فَآذُوهُمَا فَإِن تَابَا وَأَصْلَحَا فَأَعْرِضُواْ عَنْهُمَا إِنَّ  اللّهَ كَانَ تَوَّاباً رَّحِيماً   16 . Dan dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan keji  itu, maka hukumlah keduanya; maka jika mereka bertaubat dan memperbaiki diri  maka biarkanlah mereka; sesungguhnya Allah adalah Maha Menerima taubat, lagi  Maha Luas Rahmat-Nya.  | 
| إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللّهِ  لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ  فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً   17 . Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah  hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian  mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima  Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.  | 
| وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ  يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي  تُبْتُ الآنَ وَلاَ الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُوْلَـئِكَ أَعْتَدْنَا  لَهُمْ عَذَاباً أَلِيماً   18 . Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu  melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati,  berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, dan orang yang mati  sedang mereka tetap kafir. Orang yang demikian, Kami telah sediakan seksa yang  pedih.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  لاَ يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَرِثُواْ النِّسَاء كَرْهاً وَلاَ تَعْضُلُوهُنَّ  لِتَذْهَبُواْ بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ إِلاَّ أَن يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ  مُّبَيِّنَةٍ وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَن  تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَيَجْعَلَ اللّهُ فِيهِ خَيْراً كَثِيراً   19 . Wahai orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi  wanita-wanita dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana  ingin mengambil balik sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya,  kecuali mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka  secara baik. Kemudian jika kamu bencikan mereka, kerana mungkin kamu bencikan  sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan  yang banyak (untuk kamu).  | 
| وَإِنْ أَرَدتُّمُ اسْتِبْدَالَ  زَوْجٍ مَّكَانَ زَوْجٍ وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنطَاراً فَلاَ تَأْخُذُواْ  مِنْهُ شَيْئاً أَتَأْخُذُونَهُ بُهْتَاناً وَإِثْماً مُّبِيناً   20 . Dan jika kamu hendak mengganti isterimu dengan isteri yang  lain sedang kamu telah pun memberikan kepada seseorang di antaranya harta yang  banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu  mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan dosa yang nyata?  | 
|   |    | |
|   | ||
| وَكَيْفَ تَأْخُذُونَهُ وَقَدْ  أَفْضَى بَعْضُكُمْ إِلَى بَعْضٍ وَأَخَذْنَ مِنكُم مِّيثَاقاً غَلِيظاً   21 . Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu  padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan  mereka, isteri-isteri kamu itu telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada  kamu?  | 
| وَلاَ تَنكِحُواْ مَا نَكَحَ  آبَاؤُكُم مِّنَ النِّسَاء إِلاَّ مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً  وَمَقْتاً وَسَاء سَبِيلاً   22 . Dan janganlah kamu kahwini (wanita-wanita) yang telah  diperisterikan oleh bapa kamu, kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang  lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci  (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam  perkahwinan).  | 
| حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ  أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالاَتُكُمْ  وَبَنَاتُ الأَخِ وَبَنَاتُ الأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاَّتِي أَرْضَعْنَكُمْ  وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَآئِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ  اللاَّتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَآئِكُمُ اللاَّتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن  لَّمْ تَكُونُواْ دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلاَئِلُ  أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلاَبِكُمْ وَأَن تَجْمَعُواْ بَيْنَ الأُخْتَيْنِ  إَلاَّ مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللّهَ كَانَ غَفُوراً رَّحِيماً   23 . Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita  berikut): ibu-ibumu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, saudara-saudara bapamu, dan  saudara-saudara ibumu, anak-anak saudaramu yang lelaki, anak-anak saudaramu yang  perempuan, ibu-ibumu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara susuanmu,  ibu-ibu isterimu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaanmu dari isteri-isteri  yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka, maka tiadalah  salah kamu mengahwininya. Dan bekas isteri anak-anakmu sendiri yang berasal dari  benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini), kecuali yang  berlaku di masa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha  Mengasihani..  | 
| وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاء  إِلاَّ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ كِتَابَ اللّهِ عَلَيْكُمْ وَأُحِلَّ لَكُم مَّا  وَرَاء ذَلِكُمْ أَن تَبْتَغُواْ بِأَمْوَالِكُم مُّحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ  فَمَا اسْتَمْتَعْتُم بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً وَلاَ  جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُم بِهِ مِن بَعْدِ الْفَرِيضَةِ إِنَّ اللّهَ  كَانَ عَلِيماً حَكِيماً   24 . Dan (diharamkan kamu mengahwini) isteri orang, kecuali  hamba yang kamu miliki. Itulah ketetapan hukum Allah ke atasmu. Dan dihalalkan  bagi kamu wanita-wanita selain dari itu, untuk kamu kahwini dengan hartamu  secara bernikah, bukan berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati  dengannya, maka berikanlah mereka maskahwinnya sebagai suatu ketetapan. Dan  tiadalah kamu berdosa tentang suatu yang telah dipersetujui bersama, sesudah  ditetapkan maskahwin itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha  Bijaksana.  | 
| وَمَن لَّمْ يَسْتَطِعْ مِنكُمْ  طَوْلاً أَن يَنكِحَ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ فَمِن مِّا مَلَكَتْ  أَيْمَانُكُم مِّن فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ وَاللّهُ أَعْلَمُ بِإِيمَانِكُمْ  بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَانكِحُوهُنَّ بِإِذْنِ أَهْلِهِنَّ وَآتُوهُنَّ  أُجُورَهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ مُحْصَنَاتٍ غَيْرَ مُسَافِحَاتٍ وَلاَ مُتَّخِذَاتِ  أَخْدَانٍ فَإِذَا أُحْصِنَّ فَإِنْ أَتَيْنَ بِفَاحِشَةٍ فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا  عَلَى الْمُحْصَنَاتِ مِنَ الْعَذَابِ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ الْعَنَتَ مِنْكُمْ  وَأَن تَصْبِرُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ   25 . Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan  yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik lagi  beriman, maka bolehlah kamu kahwini hamba-hamba wanita yang beriman milikmu. Dan  Allah lebih mengetahui akan iman kamu; Sebahagian kamu adalah dari sebahagian  yang lain. Oleh itu kahwinilah mereka dengan izin walinya serta berikanlah mas  kahwinnya menurut yang patut. Mereka hendaklah yang sopan bukan perempuan lacur,  dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Apabila mereka  telah berkahwin, lalu mereka berzina, maka mereka dikenakan separuh daripada  seksaan wanita-wanita merdeka yang berkahwin. Yang demikian itu ialah bagi orang  yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu itu adalah lebih  baik bagi kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  | 
| يُرِيدُ اللّهُ لِيُبَيِّنَ لَكُمْ  وَيَهْدِيَكُمْ سُنَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ وَيَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَاللّهُ  عَلِيمٌ حَكِيمٌ   26 . Allah hendak menerangkan (Syariat-Nya) dan untuk  menunjukkan kepada kamu jalan-jalan orang yang dahulu daripada kamu, dan juga  untuk menerima taubat kamu. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha  Bijaksana.  | 
| وَاللّهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ  عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَن تَمِيلُواْ مَيْلاً  عَظِيماً   27 . Dan Allah hendak menerima taubat kamu, sedang orang yang  menurut hawa nafsu bermaksud supaya kamu menyeleweng dengan penyelewengan yang  besar bahayanya.  | 
| يُرِيدُ اللّهُ أَن يُخَفِّفَ  عَنكُمْ وَخُلِقَ الإِنسَانُ ضَعِيفاً   28 . Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya)  daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ  تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ  بِكُمْ رَحِيماً   29 . Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta  sesama kamu dengan jalan salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan  secara suka sama suka di antaramu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama  sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihi kamu.  | 
| وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ عُدْوَاناً  وَظُلْماً فَسَوْفَ نُصْلِيهِ نَاراً وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللّهِ يَسِيراً   30 . Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya,  maka Kami akan masukkan dia ke dalam neraka, yang sedemikian itu adalah mudah  bagi Allah.  | 
| إِن تَجْتَنِبُواْ كَبَآئِرَ مَا  تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُم مُّدْخَلاً  كَرِيماً   31 . Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar yang dilarang kamu  melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami  akan masukkan kamu ke tempat yang mulia.  | 
| وَلاَ تَتَمَنَّوْاْ مَا فَضَّلَ  اللّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُواْ  وَلِلنِّسَاء نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُواْ اللّهَ مِن فَضْلِهِ إِنَّ  اللّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً   32 . Dan janganlah kamu mengharapkan limpah kurnia yang Allah  telah berikan kepada sebahagian dari kamu melebihi sebahagian yang lain. Bagi  lelaki ada bahagiannya dari apa yang mereka usahakan. Bagi perempuan pula ada  bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah  kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.  | 
| وَلِكُلٍّ جَعَلْنَا مَوَالِيَ  مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالأَقْرَبُونَ وَالَّذِينَ عَقَدَتْ أَيْمَانُكُمْ  فَآتُوهُمْ نَصِيبَهُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيداً   33 . Dan bagi tiap-tiap harta peninggalan kedua ibubapa dan  kerabat, Kami jadikan pewaris-pewarisnya. Dan orang yang telah mengikat sumpah  dengan mereka maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah  Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.  | 
| الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى  النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ  أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ  اللّهُ وَاللاَّتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي  الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ  سَبِيلاً إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيّاً كَبِيراً   34 . Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah  telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah  membelanjakan dari harta mereka. Maka wanita yang salih itu ialah yang taat  (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak  hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah. Dan wanita-wanita yang kamu bimbang  melakukan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka, dan pulaukanlah mereka di  tempat tidur, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, maka  janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha  Tinggi, lagi Maha Besar.  | 
| وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ  بَيْنِهِمَا فَابْعَثُواْ حَكَماً مِّنْ أَهْلِهِ وَحَكَماً مِّنْ أَهْلِهَا إِن  يُرِيدَا إِصْلاَحاً يُوَفِّقِ اللّهُ بَيْنَهُمَا إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيماً  خَبِيراً   35 . Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka  berdua (suami isteri) maka lantiklah seorang pendamai dari keluarga lelaki dan  seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua pendamai itu menghendaki  perdamaian, nescaya Allah berikan taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya  Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuan-Nya.  | 
| وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ  تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئاً وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً وَبِذِي الْقُرْبَى  وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ  وَالصَّاحِبِ بِالجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ  اللّهَ لاَ يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالاً فَخُوراً   36 . Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia  dengan sesuatu apa jua; dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, dan kaum  kerabat dan anak-anak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat,  dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang  terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka orang  yang sombong dan membanggakan diri.  | 
| الَّذِينَ يَبْخَلُونَ  وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَيَكْتُمُونَ مَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن  فَضْلِهِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَاباً مُّهِيناً   37 . Iaitu orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil  serta menyembunyikan apa yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnianya.  Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang kafir itu azab seksa yang amat  menghina.  | 
| وَالَّذِينَ يُنفِقُونَ  أَمْوَالَهُمْ رِئَـاء النَّاسِ وَلاَ يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلاَ بِالْيَوْمِ  الآخِرِ وَمَن يَكُنِ الشَّيْطَانُ لَهُ قَرِيناً فَسَاء قِرِيناً   38 . Dan orang yang membelanjakan hartanya dengan  menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan mereka tidak beriman kepada Allah dan tidak  kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya,  maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.  | 
| وَمَاذَا عَلَيْهِمْ لَوْ آمَنُواْ  بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقَهُمُ اللّهُ وَكَانَ  اللّهُ بِهِم عَلِيماً   39 . Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka  beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari  apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan Allah sentiasa Mengetahui  akan keadaan mereka.  | 
| إِنَّ اللّهَ لاَ يَظْلِمُ  مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ  أَجْراً عَظِيماً   40 . Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang sekalipun  seberat zarah. Dan kalau amal kebajikan (sebesar zarah), nescaya akan  menggandakannya dan akan memberi, dari sisi-Nya pahala yang amat besar..  | 
|   |    | |
|   | ||
| فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ  أمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَـؤُلاء شَهِيداً   41 . Maka bagaimanakah apabila Kami datangkan dari tiap-tiap  umat seorang saksi, dan Kami datangkan engkau sebagai saksi terhadap umatmu  ini?  | 
| يَوْمَئِذٍ يَوَدُّ الَّذِينَ  كَفَرُواْ وَعَصَوُاْ الرَّسُولَ لَوْ تُسَوَّى بِهِمُ الأَرْضُ وَلاَ يَكْتُمُونَ  اللّهَ حَدِيثاً   42 . Pada hari itu orang-orang yang kafir dan menderhakai  Rasulullah, suka jika mereka disama-ratakan dengan tanah (ditelan bumi), dan  (ketika itu) mereka tidak dapat menyembunyikan sepatah kata pun dari pengetahuan  Allah.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ  وَلاَ جُنُباً إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ وَإِن كُنتُم  مَّرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاء أَحَدٌ مِّنكُم مِّن الْغَآئِطِ أَوْ  لاَمَسْتُمُ النِّسَاء فَلَمْ تَجِدُواْ مَاء فَتَيَمَّمُواْ صَعِيداً طَيِّباً  فَامْسَحُواْ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَفُوّاً غَفُوراً    43 . Wahai orang yang beriman, janganlah kamu hampiri  sembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar apa yang kamu  katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub  kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu bersuci. Dan jika kamu sakit,  atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat  buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat  air, maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang suci, iaitu sapukanlah ke  muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha  Pengampun.  | 
| أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ  أُوتُواْ نَصِيباً مِّنَ الْكِتَابِ يَشْتَرُونَ الضَّلاَلَةَ وَيُرِيدُونَ أَن  تَضِلُّواْ السَّبِيلَ   44 . Tidakkah engkau perhatikan orang yang telah diberi  sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan, dan mereka menghendaki kamu  juga sesat jalan.  | 
| وَاللّهُ أَعْلَمُ بِأَعْدَائِكُمْ  وَكَفَى بِاللّهِ وَلِيّاً وَكَفَى بِاللّهِ نَصِيراً   45 . Dan Allah lebih mengetahui tentang musuh-musuh kamu. Dan  cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai  Penolong.  | 
| مِّنَ الَّذِينَ هَادُواْ  يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا  وَاسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ وَرَاعِنَا لَيّاً بِأَلْسِنَتِهِمْ وَطَعْناً فِي  الدِّينِ وَلَوْ أَنَّهُمْ قَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَاسْمَعْ وَانظُرْنَا  لَكَانَ خَيْراً لَّهُمْ وَأَقْوَمَ وَلَكِن لَّعَنَهُمُ اللّهُ بِكُفْرِهِمْ فَلاَ  يُؤْمِنُونَ إِلاَّ قَلِيلاً   46 . Di antara orang Yahudi ada yang mengubah Kalamullah, dari  tempat dan maksud sebenar, dan berkata: Kami dengar, tapi kami tidak akan  menurut. (Mereka berkata): dengarlah, (sebenarnya) kamu tidak mendengar, dan  (mereka berkata): Raa'ina; dengan memutar belit lidahnya dan mencela agama. Dan  kalaulah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah  perhatian kepada kami, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan  lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka.  Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ أُوتُواْ  الْكِتَابَ آمِنُواْ بِمَا نَزَّلْنَا مُصَدِّقاً لِّمَا مَعَكُم مِّن قَبْلِ أَن  نَّطْمِسَ وُجُوهاً فَنَرُدَّهَا عَلَى أَدْبَارِهَا أَوْ نَلْعَنَهُمْ كَمَا  لَعَنَّا أَصْحَابَ السَّبْتِ وَكَانَ أَمْرُ اللّهِ مَفْعُولاً   47 . Wahai orang yang telah diberikan Kitab, berimanlah dengan  apa yang Kami turunkan, yang mengesahkan Kitab-kitab yang ada pada kamu, sebelum  Kami menghapuskan bentuk muka kamu, lalu Kami jadikannya sama seperti rupa  sebelah belakangnya, atau Kami laknat mereka sebagaimana Kami telah melaknat  orang (yang berbuat maksiat) pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah  tetap berlaku.  | 
| إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن  يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ  فَقَدِ افْتَرَى إِثْماً عَظِيماً   48 . Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik,  dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.  Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka  sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.  | 
| أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ  يُزَكُّونَ أَنفُسَهُمْ بَلِ اللّهُ يُزَكِّي مَن يَشَاءُ وَلاَ يُظْلَمُونَ  فَتِيلاً   49 . Tidakkah engkau perhatikan orang yang menganggap dirinya  bersih? Padahal Allahlah yang membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan  mereka pula tidak akan dianiaya sedikitpun.  | 
| انظُرْ كَيفَ يَفْتَرُونَ عَلَى  اللّهِ الكَذِبَ وَكَفَى بِهِ إِثْماً مُّبِيناً   50 . Lihatlah betapa beraninya mereka mengada-adakan  perkara-perkara dusta terhadap Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa  yang terang nyata.  | 
| أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ  أُوتُواْ نَصِيباً مِّنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ  وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُواْ هَؤُلاء أَهْدَى مِنَ الَّذِينَ آمَنُواْ  سَبِيلاً   51 . Tidakkah engkau perhatikan kepada orang yang telah  diberikan sebahagian dari Kitab (Taubat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang  lain dari Allah, dan Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang kafir bahawa  mereka lebih betul jalan agamanya daripada orang yang beriman.  | 
| أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ  اللّهُ وَمَن يَلْعَنِ اللّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ نَصِيراً   52 . Mereka itulah orang yang dilaknat Allah; dan sesiapa yang  dilaknat Allah, maka tidak sekali-kali akan mendapat seorangpun yang boleh  menolongnya.  | 
| أَمْ لَهُمْ نَصِيبٌ مِّنَ  الْمُلْكِ فَإِذاً لاَّ يُؤْتُونَ النَّاسَ نَقِيراً   53 . Patutkah ada bagi mereka sesuatu bahagian dari kuasa  memerintah? Kalaupun ada, mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan  kepada manusia.  | 
| أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَى  مَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ  وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكاً عَظِيماً   54 . Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan  nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurnia-Nya?  Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab dan  hikmat, dan Kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.  | 
| فَمِنْهُم مَّنْ آمَنَ بِهِ  وَمِنْهُم مَّن صَدَّ عَنْهُ وَكَفَى بِجَهَنَّمَ سَعِيراً   55 . Maka di antara mereka ada yang beriman kepada-Nya dan ada  yang berpaling daripada-Nya. Dan cukuplah (bagi mereka) Neraka Jahanam yang  menyala.  | 
| إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ  بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَاراً كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ  بَدَّلْنَاهُمْ جُلُوداً غَيْرَهَا لِيَذُوقُواْ الْعَذَابَ إِنَّ اللّهَ كَانَ  عَزِيزاً حَكِيماً   56 . Sesungguhnya orang yang kufur kepada ayat-ayat Kami, Kami  akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus,  Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka merasa azab sengsara  itu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  | 
| وَالَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ  الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ  خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً لَّهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَنُدْخِلُهُمْ  ظِـلاًّ ظَلِيلاً   57 . Dan orang yang beriman serta beramal salih, Kami akan  masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,  mereka kekal di dalamnya selamanya. Mereka beroleh di dalamnya isteri-isteri  yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh lagi di  naungi.  | 
| إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن  تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن  تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ  سَمِيعاً بَصِيراً   58 . Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala  amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,  supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang  sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa  Melihat.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن  تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ  تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً    59 . Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan  Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih  dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika  benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih  baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.  | 
| أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ  يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُواْ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ  يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُواْ إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُواْ أَن يَكْفُرُواْ  بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلاَلاً بَعِيداً   60 . Tidakkah engkau melihat orang yang mendakwa bahawa mereka  telah beriman kepada Al-Qurian yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa  yang diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut,  padahal mereka telah diperintahkan supaya ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan  hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.  | 
|   |    | |
|   | ||
| وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْاْ  إِلَى مَا أَنزَلَ اللّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ  عَنكَ صُدُوداً   61 . Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim  kepada hukum Al-Qurian yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum  Rasulullah, nescaya engkau melihat orang munafik itu berpaling serta menghalang  manusia dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.  | 
| فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُم  مُّصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَآؤُوكَ يَحْلِفُونَ بِاللّهِ إِنْ  أَرَدْنَا إِلاَّ إِحْسَاناً وَتَوْفِيقاً   62 . Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu  kemalangan disebabkan oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang  kepadamu sambil bersumpah: Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki  melainkan kebaikan dan perdamaian.  | 
| أُولَـئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ  اللّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُل لَّهُمْ فِي  أَنفُسِهِمْ قَوْلاً بَلِيغاً   63 . Mereka itulah orang yang diketahui oleh Allah akan apa  yang ada dalam hati mereka, maka berpalinglah engkau daripada mereka, dan  nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi  kesan pada hati mereka.  | 
| وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ  إِلاَّ لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللّهِ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُواْ أَنفُسَهُمْ  جَآؤُوكَ فَاسْتَغْفَرُواْ اللّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُواْ  اللّهَ تَوَّاباً رَّحِيماً   64 . Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan  supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri  mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah,  dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah  Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.  | 
| فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ  حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِي  أَنفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً   65 . Maka demi Tuhanmu, mereka tidak disifatkan beriman  sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam perselisihan yang timbul di antara  mereka kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka keberatan dari apa yang  telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.  | 
| وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ  أَنِ اقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُواْ مِن دِيَارِكُم مَّا فَعَلُوهُ إِلاَّ  قَلِيلٌ مِّنْهُمْ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُواْ مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْراً  لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتاً   66 . Dan sesungguhnya kalau Kami perintahkan kepada mereka;  Bunuhlah dirimu atau keluarlah dari tempat kediamanmu, nescaya mereka tidak akan  lakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka  amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang  demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan iman mereka.  | 
| وَإِذاً لَّآتَيْنَاهُم مِّن  لَّدُنَّـا أَجْراً عَظِيماً   67 . Dan setelah mereka berkeadaan demikian, tentulah Kami akan  berikan kepada mereka dari sisi Kami pahala balasan yang amat besar.  | 
| وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطاً  مُّسْتَقِيماً   68 . Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.  | 
| وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ  فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ   وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـئِكَ رَفِيقاً    69 . Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka  mereka akan bersama orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka,  iaitu Nabi-nabi, dan orang Siddiqiin, dan orang yang syahid, serta orang yang  salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang  taat).  | 
| ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ اللّهِ  وَكَفَى بِاللّهِ عَلِيماً   70 . Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan  cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  خُذُواْ حِذْرَكُمْ فَانفِرُواْ ثُبَاتٍ أَوِ انفِرُواْ جَمِيعاً   71 . Wahai orang yang beriman, bersedialah kemudian maralah (ke  medan perang) sepuak demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak  beramai-ramai.  | 
| وَإِنَّ مِنكُمْ لَمَن  لَّيُبَطِّئَنَّ فَإِنْ أَصَابَتْكُم مُّصِيبَةٌ قَالَ قَدْ أَنْعَمَ اللّهُ  عَلَيَّ إِذْ لَمْ أَكُن مَّعَهُمْ شَهِيداً   72 . Dan sesungguhnya ada di antara kamu, orang-orang yang  sengaja memberat-beratkan dirinya (juga orang lain, daripada turut mara ke medan  perang). Kemudian kalau kamu ditimpa kemalangan (tercedera atau terbunuh) ia  berkata: Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat kepadaku, kerana aku tidak  turut berperang bersama-sama mereka.  | 
| وَلَئِنْ أَصَابَكُمْ فَضْلٌ مِّنَ  الله لَيَقُولَنَّ كَأَن لَّمْ تَكُن بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُ مَوَدَّةٌ يَا لَيتَنِي  كُنتُ مَعَهُمْ فَأَفُوزَ فَوْزاً عَظِيماً   73 . Dan sesungguhnya kalau kamu beroleh limpah kurnia  (kemenangan) dari Allah, sudah tentu ia mengatakan (dengan sesalnya) seolah-olah  tidak ada hubungan kasih mesra antara kamu dengannya: Alangkah baiknya kalau aku  turut serta bersama mereka, supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat  besar?  | 
| فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللّهِ  الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي  سَبِيلِ اللّهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً    74 . Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan  kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka  berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang  pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami  akan memberi kepadanya pahala yang besar.  | 
| وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي  سَبِيلِ اللّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ  الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ  أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيّاً وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ  نَصِيراً   75 . Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu  berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk  menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan  kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami!  Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik)  yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu seorang pemimpin yang  mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang  pemimpin yang membela kami dari (ancaman musuh).  | 
| الَّذِينَ آمَنُواْ يُقَاتِلُونَ  فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ  فَقَاتِلُواْ أَوْلِيَاء الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفاً    76 . Orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang  yang kafir pula berperang pada jalan Taghut. Oleh sebab itu, perangilah kamu  akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu  adalah lemah.  | 
| أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ  لَهُمْ كُفُّواْ أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ  فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَخْشَوْنَ  النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً وَقَالُواْ رَبَّنَا لِمَ  كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلا أَخَّرْتَنَا إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ قُلْ  مَتَاعُ الدَّنْيَا قَلِيلٌ وَالآخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ اتَّقَى وَلاَ تُظْلَمُونَ  فَتِيلاً   77 . Tidakkah engkau melihat akan orang yang dikatakan kepada  mereka: Tahanlah tanganmu (dari berperang), dan dirikanlah sembahyang serta  berikanlah zakat. apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di  antara mereka takut kepada manusia seperti takutnya kepada Allah atau lebih  takut lagi. Lalu mereka berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami  berperang? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat?  Katakanlah: kesenangan di dunia amat sedikit, dan akhirat itu lebih baik bagi  orang yang bertakwa. Dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun.  | 
| أَيْنَمَا تَكُونُواْ يُدْرِككُّمُ  الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ  يَقُولُواْ هَـذِهِ مِنْ عِندِ اللّهِ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُواْ  هَـذِهِ مِنْ عِندِكَ قُلْ كُلًّ مِّنْ عِندِ اللّهِ فَمَا لِهَـؤُلاء الْقَوْمِ  لاَ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثاً   78 . Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu,  sekalipun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka  beroleh kebaikan mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah, dan kalau pula  mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada  padamu. Katakanlah: Semuanya itu adalah dari sisi Allah. Maka mengapakah kaum  itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?  | 
| مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ  فَمِنَ اللّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ وَأَرْسَلْنَاكَ  لِلنَّاسِ رَسُولاً وَكَفَى بِاللّهِ شَهِيداً   79 . Apa jua kebaikan yang engkau dapati maka ia adalah dari  Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu adalah dari dirimu sendiri. Dan Kami  telah mengutus engkau kepada seluruh umat manusia sebagai seorang rasul. Dan  cukuplah Allah menjadi saksi.  | 
| مَّنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ  أَطَاعَ اللّهَ وَمَن تَوَلَّى فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظاً   80 . Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia  telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka Kami tidak  mengutusmu untuk menjadi pengawal bagi mereka.  | 
|   |    | |
|   | ||
| وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ فَإِذَا  بَرَزُواْ مِنْ عِندِكَ بَيَّتَ طَآئِفَةٌ مِّنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ  وَاللّهُ يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ  وَكَفَى بِاللّهِ وَكِيلاً   81 . Dan mereka berkata: (Kami) taat, kemudian apabila mereka  keluar dari sisimu, segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari satu  rancangan yang lain daripada yang mereka katakan. Sedang Allah menulis apa yang  mereka rancangkan itu; maka berpalinglah daripada mereka, dan berserahlah kepada  Allah; kerana cukuplah Allah menjadi Pembela.  | 
| أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ  وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ اخْتِلاَفاً كَثِيراً    82 . Tidakkah mereka memikirkan isi Al-Qurian? Kalaulah  Al-Qurian itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan  yang banyak di dalamnya.  | 
| وَإِذَا جَاءهُمْ أَمْرٌ مِّنَ  الأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُواْ بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى  أُوْلِي الأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ  وَلَوْلاَ فَضْلُ اللّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لاَتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ  إِلاَّ قَلِيلاً   83 . Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai  keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; dan kalau mereka  kembalikan hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri di antara mereka,  tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil keputusan  mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan  belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu menurut Syaitan kecuali sedikit  sahaja di antara kamu.  | 
| فَقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللّهِ لاَ  تُكَلَّفُ إِلاَّ نَفْسَكَ وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَسَى اللّهُ أَن يَكُفَّ  بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُواْ وَاللّهُ أَشَدُّ بَأْساً وَأَشَدُّ تَنكِيلاً   84 . Oleh itu, berperanglah di jalan Allah; engkau tidak  diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah perangsang kepada  orang yang beriman. Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang kafir itu.  Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatan-Nya dan Amatlah berat azab  seksa-Nya.  | 
| مَّن يَشْفَعْ شَفَاعَةً حَسَنَةً  يَكُن لَّهُ نَصِيبٌ مِّنْهَا وَمَن يَشْفَعْ شَفَاعَةً سَيِّئَةً يَكُن لَّهُ  كِفْلٌ مِّنْهَا وَكَانَ اللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُّقِيتاً   85 . Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik, nescaya ia akan  memperoleh bahagian (pahala) daripada-Nya; dan sesiapa yang memberikan syafaat  yang buruk, nescaya ia akan memikul (dosa) daripadanya. Dan Allah Maha Kuasa  atas tiap-tiap sesuatu.  | 
| وَإِذَا حُيِّيْتُم بِتَحِيَّةٍ  فَحَيُّواْ بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ  شَيْءٍ حَسِيباً   86 . Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan suatu  ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya,  atau balaslah dia. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.  | 
| اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ  لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لاَ رَيْبَ فِيهِ وَمَنْ أَصْدَقُ  مِنَ اللّهِ حَدِيثاً   87 . Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia.  Sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) yang tidak ada  syak padanya. Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada  Allah?  | 
| فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ  فِئَتَيْنِ وَاللّهُ أَرْكَسَهُم بِمَا كَسَبُواْ أَتُرِيدُونَ أَن تَهْدُواْ مَنْ  أَضَلَّ اللّهُ وَمَن يُضْلِلِ اللّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ سَبِيلاً   88 . Maka apakah yang menyebabkan kamu menjadi dua golongan  terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka disebabkan  apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu hendak memberi petunjuk kepada orang  yang telah disesatkan oleh Allah? Barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka  engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.  | 
| وَدُّواْ لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا  كَفَرُواْ فَتَكُونُونَ سَوَاء فَلاَ تَتَّخِذُواْ مِنْهُمْ أَوْلِيَاء حَتَّىَ  يُهَاجِرُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَإِن تَوَلَّوْاْ فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ  حَيْثُ وَجَدتَّمُوهُمْ وَلاَ تَتَّخِذُواْ مِنْهُمْ وَلِيّاً وَلاَ نَصِيراً    89 . Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir, maka (dengan  yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu  mengambil di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah  pada jalan Allah. Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah  dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan janganlah kamu mengambil  di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong.  | 
| إِلاَّ الَّذِينَ يَصِلُونَ إِلَىَ  قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثَاقٌ أَوْ جَآؤُوكُمْ حَصِرَتْ صُدُورُهُمْ أَن  يُقَاتِلُوكُمْ أَوْ يُقَاتِلُواْ قَوْمَهُمْ وَلَوْ شَاء اللّهُ لَسَلَّطَهُمْ  عَلَيْكُمْ فَلَقَاتَلُوكُمْ فَإِنِ اعْتَزَلُوكُمْ فَلَمْ يُقَاتِلُوكُمْ  وَأَلْقَوْاْ إِلَيْكُمُ السَّلَمَ فَمَا جَعَلَ اللّهُ لَكُمْ عَلَيْهِمْ سَبِيلاً    90 . Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan)  kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka,  atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak  memerangi kamu atau memerangi kaumnya. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Ia  menjadikan mereka berkuasa melawan kamu, kemudian tentulah mereka memerangi  kamu. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau  mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian  kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (untuk  membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka.  | 
| سَتَجِدُونَ آخَرِينَ يُرِيدُونَ  أَن يَأْمَنُوكُمْ وَيَأْمَنُواْ قَوْمَهُمْ كُلَّ مَا رُدُّوَاْ إِلَى الْفِتْنِةِ  أُرْكِسُواْ فِيِهَا فَإِن لَّمْ يَعْتَزِلُوكُمْ وَيُلْقُواْ إِلَيْكُمُ السَّلَمَ  وَيَكُفُّوَاْ أَيْدِيَهُمْ فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثِقِفْتُمُوهُمْ  وَأُوْلَـئِكُمْ جَعَلْنَا لَكُمْ عَلَيْهِمْ سُلْطَاناً مُّبِيناً   91 . Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang  pura-pura Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu, dan (sebaliknya  mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya  (yang masih kafir). Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pancerobihan),  mereka segera terjerumus ke dalamnya. Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan  kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh), dan (tidak pula)  menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka  (daripada memerangi kamu), maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka dan  membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya; kerana merekalah orang-orang  yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak  terhadapnya.  | 
| وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَن  يَقْتُلَ مُؤْمِناً إِلاَّ خَطَئاً وَمَن قَتَلَ مُؤْمِناً خَطَئاً فَتَحْرِيرُ  رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ إِلاَّ أَن  يَصَّدَّقُواْ فَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ عَدُوٍّ لَّكُمْ وَهُوَ مْؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ  رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِّيثَاقٌ  فَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةً فَمَن  لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِّنَ اللّهِ وَكَانَ  اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً   92 . Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh  seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang  membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar  kafarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar 'diah'  (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga simati), kecuali  jika mereka sedekahkan kepada ahlinya (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang  terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia  sendiri beriman, maka (wajiblah sipembunuh membayar kafarah sahaja dengan)  memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan  tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara  kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar 'diah' (denda ganti nyawa) kepada  keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman.Dalam pada itu,  sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka  hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya  dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah  Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.  | 
| وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِناً  مُّتَعَمِّداً فَجَزَآؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِداً فِيهَا وَغَضِبَ اللّهُ عَلَيْهِ  وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَاباً عَظِيماً   93 . Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja,  maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka  kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang  besar.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  إِذَا ضَرَبْتُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَتَبَيَّنُواْ وَلاَ تَقُولُواْ لِمَنْ  أَلْقَى إِلَيْكُمُ السَّلاَمَ لَسْتَ مُؤْمِناً تَبْتَغُونَ عَرَضَ الْحَيَاةِ  الدُّنْيَا فَعِندَ اللّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌ كَذَلِكَ كُنتُم مِّن قَبْلُ  فَمَنَّ اللّهُ عَلَيْكُمْ فَتَبَيَّنُواْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ  خَبِيراً   94 . Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi  (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu  menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu  (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai  (dengan memberi Salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): Engkau bukan orang  yang beriman, (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta  bendanya yang merupakan) matabenda kehidupan dunia (yang tidak kekal).  (janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada  disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu  (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam atau  mengucap dua Kalimah Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu.  Oleh itu selidikilah (apa-apa jua terlebih dahulu, dan janganlah bertindak  dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa Memerhati dengan mendalam akan  segala yang kamu lakukan.  | 
| لاَّ يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ  الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُوْلِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ  بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ  وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُـلاًّ وَعَدَ اللّهُ الْحُسْنَى  وَفَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْراً عَظِيماً   95 . Tidaklah sama keadaan orang yang duduk (tidak turut  berperang) dari kalangan orang yang beriman selain daripada orang yang keuzuran  dengan orang yang berjihad (berjuang) di jalan Allah dengan harta dan jiwanya.  Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas  orang yang tinggal duduk dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu Allah  menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan dilebihkan Allah akan orang  yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan  tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.  | 
| دَرَجَاتٍ مِّنْهُ وَمَغْفِرَةً  وَرَحْمَةً وَكَانَ اللّهُ غَفُوراً رَّحِيماً   96 . Iaitu beberapa darjat kelebihan daripada-Nya, dan  keampunan serta rahmat. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha  Mengasihani.  | 
| إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ  الْمَلآئِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمْ قَالُواْ كُنَّا  مُسْتَضْعَفِينَ فِي الأَرْضِ قَالْوَاْ أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللّهِ وَاسِعَةً  فَتُهَاجِرُواْ فِيهَا فَأُوْلَـئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءتْ مَصِيراً    97 . Sesungguhnya orang yang diambil nyawanya oleh malaikat  semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri, malaikat berkata: Apakah yang kamu  telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang  yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas,  maka berhijrahlah dengan bebas padanya? Maka mereka itu, tempatnya ialah neraka  jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.;  | 
| إِلاَّ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ  الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ لاَ يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلاَ  يَهْتَدُونَ سَبِيلاً   98 . Kecuali orang yang lemah dari kaum lelaki dan perempuan  serta kanak-kanak, yang tidak berupaya mencari helah dan tidak pula mengetahui  jalan.  | 
| فَأُوْلَـئِكَ عَسَى اللّهُ أَن  يَعْفُوَ عَنْهُمْ وَكَانَ اللّهُ عَفُوّاً غَفُوراً   99 . Maka mereka itu, semoga Allah maafkan mereka. Dan Allah  Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.  | 
| وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللّهِ  يَجِدْ فِي الأَرْضِ مُرَاغَماً كَثِيراً وَسَعَةً وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ  مُهَاجِراً إِلَى اللّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ  أَجْرُهُ عَلى اللّهِ وَكَانَ اللّهُ غَفُوراً رَّحِيماً   100 . Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia  akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan  sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,  kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah.  Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  | 
|   |    | |
|   | ||
| وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الأَرْضِ  فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُواْ مِنَ الصَّلاَةِ إِنْ خِفْتُمْ أَن  يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُواْ إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُواْ لَكُمْ عَدُوّاً  مُّبِيناً   101 . Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah  berdosa mengqasarkan sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang kafir.  Sesungguhnya orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.  | 
| وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ  لَهُمُ الصَّلاَةَ فَلْتَقُمْ طَآئِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلْيَأْخُذُواْ  أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُواْ فَلْيَكُونُواْ مِن وَرَآئِكُمْ وَلْتَأْتِ  طَآئِفَةٌ أُخْرَى لَمْ يُصَلُّواْ فَلْيُصَلُّواْ مَعَكَ وَلْيَأْخُذُواْ  حِذْرَهُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ  أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وَاحِدَةً وَلاَ  جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن كَانَ بِكُمْ أَذًى مِّن مَّطَرٍ أَوْ كُنتُم مَّرْضَى أَن  تَضَعُواْ أَسْلِحَتَكُمْ وَخُذُواْ حِذْرَكُمْ إِنَّ اللّهَ أَعَدَّ  لِلْكَافِرِينَ عَذَاباً مُّهِيناً   102 . Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada di kalangan  mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam)  mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang)  bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian  apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk  menjaga serbuan musuh) dan hendaklah datang puak lain (yang kedua) yang belum  sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka sembahyang  (berjemaah) bersama-samamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga  serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu  cuai lalai akan senjata dan hartabenda kamu, supaya dengan jalan itu mereka  dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa  meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan  disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah  berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu  azab seksa yang amat menghina.  | 
| فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ  فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا  اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى  الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَّوْقُوتاً   103 . Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan  sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu  berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah  merasa tenteram maka dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu adalah  satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu  waktunya.  | 
| إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ  الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللّهُ وَلاَ  تَكُن لِّلْخَآئِنِينَ خَصِيماً   104 . Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al-Qurian)  dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa  yang Allah telah tunjukkan kepadamu melalui wahi-Nya; dan janganlah engkau  menjadi pembela bagi orang yang khianat.  | 
| وَاسْتَغْفِرِ اللّهَ إِنَّ اللّهَ  كَانَ غَفُوراً رَّحِيماً   105 . Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana  sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  | 
| وَلاَ تُجَادِلْ عَنِ الَّذِينَ  يَخْتَانُونَ أَنفُسَهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ مَن كَانَ خَوَّاناً أَثِيماً    106 . Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang yang  khianati dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berkhianat,  lagi berdosa.  | 
| يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ وَلاَ  يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللّهِ وَهُوَ مَعَهُمْ إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لاَ يَرْضَى مِنَ  الْقَوْلِ وَكَانَ اللّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطاً   108 . Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi tidak bersembunyi  dari Allah sedang Allah bersama mereka ketika mereka merancangkan dimalam hari,  kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan Allah sentiasa Meliputi  Pengetahuan-Nya apa yang mereka lakukan.  | 
| هَاأَنتُمْ هَـؤُلاء جَادَلْتُمْ  عَنْهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فَمَن يُجَادِلُ اللّهَ عَنْهُمْ يَوْمَ  الْقِيَامَةِ أَم مَّن يَكُونُ عَلَيْهِمْ وَكِيلاً   109 . Sedarlah! kamu telah berhujah membela mereka dalam  kehidupan dunia ini, maka siapa akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka  dihari Kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka dari azab  seksa yang disediakan oleh Allah?  | 
| وَمَن يَعْمَلْ سُوءاً أَوْ  يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللّهَ يَجِدِ اللّهَ غَفُوراً رَّحِيماً    110 . Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya  dirinya sendiri, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan  mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  | 
| وَمَن يَكْسِبْ إِثْماً فَإِنَّمَا  يَكْسِبُهُ عَلَى نَفْسِهِ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً   111 . Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka  sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa  dirinya sendiri. Dan (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.  | 
| وَمَن يَكْسِبْ خَطِيئَةً أَوْ  إِثْماً ثُمَّ يَرْمِ بِهِ بَرِيئاً فَقَدِ احْتَمَلَ بُهْتَاناً وَإِثْماً  مُّبِيناً   112 . Dan sesiapa yang melakukan kesalahan atau dosa, kemudian  ia menuduh orang lain yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia memikul maka  sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang  amat nyata.  | 
| وَلَوْلاَ فَضْلُ اللّهِ عَلَيْكَ  وَرَحْمَتُهُ لَهَمَّت طَّآئِفَةٌ مُّنْهُمْ أَن يُضِلُّوكَ وَمَا يُضِلُّونَ  إِلاُّ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَضُرُّونَكَ مِن شَيْءٍ وَأَنزَلَ اللّهُ عَلَيْكَ  الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَكَ مَا لَمْ تَكُنْ تَعْلَمُ وَكَانَ فَضْلُ  اللّهِ عَلَيْكَ عَظِيماً   113 . Dan jika tidak kerana kurniaan Allah dan rahmat-Nya  kepadamu, nescaya segolongan dari mereka telah menyesatkanmu, padahal mereka  tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri; dan mereka tidak dapat mendatangkan  mudarat kepadamu sedikitpun; dan Allah telah menurunkan kepadamu Kitab serta  Hikmah, dan telah mengajarmu apa yang engkau tidak ketahui. Dan adalah kurnia  Allah yang dilimpahkan-Nya kepadamu amatlah besar.  | 
| لاَّ خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن  نَّجْوَاهُمْ إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاَحٍ بَيْنَ  النَّاسِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتَغَاء مَرْضَاتِ اللّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ  أَجْراً عَظِيماً   114 . Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan  mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan atau  mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari  keredhaan Allah, maka Kami akan memberi pahala yang besar.  | 
| وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن  بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ  نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيراً   115 . Dan sesiapa yang menentang Rasullah sesudah terang nyata  kepadanya kebenaran, dan mengikut jalan yang lain dari jalan orang yang beriman,  Kami biarkannya melakukan (kesesatan) yang dipilih, dan Kami masukkannya ke  dalam Neraka Jahanam; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.  | 
| إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن  يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ  فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيداً   116 . Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa  mempersekutukan-Nya dengan sesuatu, dan akan mengampunkan yang lain daripada  kesalahan itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan sesiapa yang  mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang  sejauh-jauhnya.  | 
| إِن يَدْعُونَ مِن دُونِهِ إِلاَّ  إِنَاثاً وَإِن يَدْعُونَ إِلاَّ شَيْطَاناً مَّرِيداً   117 . Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah  berhala-berhala, dan mereka tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka.  | 
| لَّعَنَهُ اللّهُ وَقَالَ  لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيباً مَّفْرُوضاً   118 . Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang berkata: Demi  sesunggguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hamba-Mu, bahagian yang  tertentu;  | 
| وَلأُضِلَّنَّهُمْ  وَلأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ  وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللّهِ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ  وَلِيّاً مِّن دُونِ اللّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَاناً مُّبِيناً   119 . Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan  memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah  telinga binatang ternak, dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa  yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita'ati selain dari Allah, maka  sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.  | 
| يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ وَمَا  يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلاَّ غُرُوراً   120 . Syaitan sentiasa memberikan janji-janji serta angan-angan  kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya  semata-mata.  | 
| أُوْلَـئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ  وَلاَ يَجِدُونَ عَنْهَا مَحِيصاً   121 . Mereka itu, tempat akhirnya ialah Neraka Jahanam, dan  mereka tidak dapat melarikan diri daripadanya.  | 
|   |    | |
|   | ||
| وَالَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ  الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ  خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً وَعْدَ اللّهِ حَقّاً وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللّهِ  قِيلاً   122 . Dan orang yang beriman serta beramal salih, Kami masukkan  mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di  dalamnya selama-lamanya, dan janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih  benar perkataannya daripada Allah?  | 
| لَّيْسَ بِأَمَانِيِّكُمْ وَلا  أَمَانِيِّ أَهْلِ الْكِتَابِ مَن يَعْمَلْ سُوءاً يُجْزَ بِهِ وَلاَ يَجِدْ لَهُ  مِن دُونِ اللّهِ وَلِيّاً وَلاَ نَصِيراً   123 . (Balasan baik dari Allah) tidak didapati hanya dengan  angan-angan kamu, dan tidak dengan angan-angan ahli Kitab. Sesiapa yang  melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan ia tidak akan  mendapat selain dari Allah seorang pun yang melindunginya, dan tidak juga yang  menolongnya.  | 
| وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتَ  مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُوْلَـئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ  وَلاَ يُظْلَمُونَ نَقِيراً   124 . Dan sesiapa yang mengerjakan amal salih, dari lelaki atau  perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula  tidak akan dianiaya sedikitpun.  | 
| وَمَنْ أَحْسَنُ دِيناً مِّمَّنْ  أَسْلَمَ وَجْهَهُ لله وَهُوَ مُحْسِنٌ واتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفاً  وَاتَّخَذَ اللّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلاً   125 . Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang  yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan,  dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar  tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayangan-Nya.  | 
| وَللّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ  وَمَا فِي الأَرْضِ وَكَانَ اللّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ مُّحِيطاً   126 . Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang  ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi pengetahuan-Nya akan tiap-tiap  sesuatu.  | 
| وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاء  قُلِ اللّهُ يُفْتِيكُمْ فِيهِنَّ وَمَا يُتْلَى عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ فِي  يَتَامَى النِّسَاء الَّلاتِي لاَ تُؤْتُونَهُنَّ مَا كُتِبَ لَهُنَّ وَتَرْغَبُونَ  أَن تَنكِحُوهُنَّ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْوِلْدَانِ وَأَن تَقُومُواْ  لِلْيَتَامَى بِالْقِسْطِ وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللّهَ كَانَ بِهِ  عَلِيماً   127 . Dan mereka meminta fatwa kepadamu, mengenai kaum  perempuan. Katakanlah olehmu Allah akan memberi keterangan kepada kamu mengenai  mereka dan apa yang selalu dibacakan kepada kamu dalam Kitab mengenai  perempuan-perempuan yatim yang kamu tidak memberi kepadanya apa yang telah  ditetapkan menjadi hak mereka, dan yang kamu suka berkahwin dengan mereka; dan  juga mengenai anak-anak yang lemah. Dan (kamu juga diwajibkan) supaya  menguruskan (hak dan keperluan) anak-anak yatim dengan adil. Dan (ingatlah) apa  jua kebaikan yang kamu lakukan, maka sesungguhnya Allah sentiasa  Mengetahuinya.  | 
| وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن  بَعْلِهَا نُشُوزاً أَوْ إِعْرَاضاً فَلاَ جُنَاْحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا  بَيْنَهُمَا صُلْحاً وَالصُّلْحُ خَيْرٌ وَأُحْضِرَتِ الأَنفُسُ الشُّحَّ وَإِن  تُحْسِنُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ اللّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيراً   128 . Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari  suaminya nusyuz, atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat  perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik; sedang  sifat bakhil itu memang tabiat semula jadi manusia. Dan jika kamu berlaku baik  dan mencegah diri (daripada kezaliman), maka sesungguhnya Allah adalah Maha  Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.  | 
| وَلَن تَسْتَطِيعُواْ أَن  تَعْدِلُواْ بَيْنَ النِّسَاء وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُواْ كُلَّ الْمَيْلِ  فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ اللّهَ  كَانَ غَفُوراً رَّحِيماً   129 . Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara  isteri-isterimu sekalipun kamu bersungguh-sungguh; oleh itu janganlah kamu  cenderung dengan melampau-lampau sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti  benda yang tergantung; dan jika kamu memperbaiki dan memelihara diri, maka  sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  | 
| وَإِن يَتَفَرَّقَا يُغْنِ اللّهُ  كُلاًّ مِّن سَعَتِهِ وَكَانَ اللّهُ وَاسِعاً حَكِيماً   130 . Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan  masing-masing dari limpah kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas kurnia-Nya, lagi Maha  Bijaksana.  | 
| وَللّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ  وَمَا فِي الأَرْضِ وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن  قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُواْ اللّهَ وَإِن تَكْفُرُواْ فَإِنَّ لِلّهِ  مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَكَانَ اللّهُ غَنِيّاً حَمِيداً    131 . Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang  ada di bumi; dan sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang yang diberi Kitab  sebelum kamu, dan juga kamu, supaya bertakwa kepada Allah; dan jika kamu kufur,  maka sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang  ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.  | 
| وَلِلّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ  وَمَا فِي الأَرْضِ وَكَفَى بِاللّهِ وَكِيلاً   132 . Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada  di bumi; dan cukuplah Allah sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan menguasai  segala-galanya).  | 
| إِن يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ أَيُّهَا  النَّاسُ وَيَأْتِ بِآخَرِينَ وَكَانَ اللّهُ عَلَى ذَلِكَ قَدِيراً   133 . Jika Allah mengkehendaki, nescaya Ia musnahkanmu hai  manusia dan Ia datangkan gantinya dengan umat lain. Dan Allah Maha Kuasa  melakukan sedemikian.  | 
| مَّن كَانَ يُرِيدُ ثَوَابَ  الدُّنْيَا فَعِندَ اللّهِ ثَوَابُ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَكَانَ اللّهُ سَمِيعاً  بَصِيراً   134 . Sesiapa yang mahukan pahala dunia sahaja maka di sisi  Allah disediakan pahala dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa Mendengar, lagi  sentiasa Melihat.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  كُونُواْ قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاء لِلّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ أَوِ  الْوَالِدَيْنِ وَالأَقْرَبِينَ إِن يَكُنْ غَنِيّاً أَوْ فَقَيراً فَاللّهُ  أَوْلَى بِهِمَا فَلاَ تَتَّبِعُواْ الْهَوَى أَن تَعْدِلُواْ وَإِن تَلْوُواْ أَوْ  تُعْرِضُواْ فَإِنَّ اللّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيراً   135 . Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang  yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi kerana Allah, sekalipun  terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalau orang itu  kaya atau miskin maka Allah lebih tahu keduanya. Oleh itu, janganlah kamu  turutkan hawa nafsu untuk berbuat tidak adil. Dan jika kamu memutar belitkan  keterangan ataupun enggan (menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa  Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  آمِنُواْ بِاللّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَى رَسُولِهِ  وَالْكِتَابِ الَّذِيَ أَنزَلَ مِن قَبْلُ وَمَن يَكْفُرْ بِاللّهِ وَمَلاَئِكَتِهِ  وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيداً   136 . Wahai orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada  Allah dan Rasul-Nya, dan kepada Kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya, dan  Kitab-kitab Suci yang diturunkan sebelumnya. Dan sesiapa yang kufur kepada  Allah, dan Malaikat-Malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya dan  juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang  sejauh-jauhnya.  | 
| إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ ثُمَّ  كَفَرُواْ ثُمَّ آمَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ ازْدَادُواْ كُفْراً لَّمْ يَكُنِ  اللّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلاَ لِيَهْدِيَهُمْ سَبِيلاً   137 . Sesungguhnya orang yang beriman, kemudian kafir, kemudian  beriman semula, kemudian mereka kafir lagi, kemudian mereka bertambah-tambah  lagi kafir, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak  akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.  | 
| بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ  لَهُمْ عَذَاباً أَلِيماً   138 . Sampaikanlah khabar berita kepada orang munafik bahawa  sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.  | 
| الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ  الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاء مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ  الْعِزَّةَ فَإِنَّ العِزَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً   139 . (Iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman  dengan meninggalkan orang yang beriman. Tidaklah patut mereka mencari kekuatan  di sisi orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan itu semuanya ialah milik  Allah.  | 
| وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي  الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ  بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ  إِنَّكُمْ إِذاً مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ  فِي جَهَنَّمَ جَمِيعاً   140 . Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu di  dalam Kitab (Al-Qurian), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah  diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir), maka janganlah kamu duduk dengan  mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana  sesungguhnya kamu jika demikian, tentulah sama seperti mereka. Sesungguhnya  Allah akan menghimpunkan orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam  semuanya.  | 
| الَّذِينَ يَتَرَبَّصُونَ بِكُمْ  فَإِن كَانَ لَكُمْ فَتْحٌ مِّنَ اللّهِ قَالُواْ أَلَمْ نَكُن مَّعَكُمْ وَإِن  كَانَ لِلْكَافِرِينَ نَصِيبٌ قَالُواْ أَلَمْ نَسْتَحْوِذْ عَلَيْكُمْ  وَنَمْنَعْكُم مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ فَاللّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ  الْقِيَامَةِ وَلَن يَجْعَلَ اللّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلاً    141 . T(Iaitu) orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya  sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah berkatalah  mereka: Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? Dan jika orang kafir  pula mendapat bahagian, berkatalah mereka: Bukankah kami turut membantu kamu dan  mempertahankan kamu dari orang beriman? Maka Allah akan menghakimi di antaramu  pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang  kafir untuk membinasakan orang yang beriman.  | 
|   |    | |
|   | ||
| إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ  اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى  يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً   142 . Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya  terhadap Allah, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula  apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka riak  kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit  sekali.  | 
| مُّذَبْذَبِينَ بَيْنَ ذَلِكَ لاَ  إِلَى هَـؤُلاء وَلاَ إِلَى هَـؤُلاء وَمَن يُضْلِلِ اللّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ  سَبِيلاً   143 . Mereka berkeadaan ragu-ragu antara (iman dan kufur) itu;  mereka tidak berpihak kepada (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan  (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai  Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya  | 
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ  لاَ تَتَّخِذُواْ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاء مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَتُرِيدُونَ  أَن تَجْعَلُواْ لِلّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَاناً مُّبِيناً   144 . Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang  kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu  hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?  | 
| إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي  الدَّرْكِ الأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمْ نَصِيراً    145 . Sesungguhnya orang munafik ditempatkan di tingkat yang  paling bawah dari neraka. Dan engkau tidak akan mendapat seorang penolongpun  untuk mereka  | 
| إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ  وَأَصْلَحُواْ وَاعْتَصَمُواْ بِاللّهِ وَأَخْلَصُواْ دِينَهُمْ لِلّهِ  فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْراً  عَظِيماً   146 . Kecuali orang yang bertaubat dan memperbaiki amalan  mereka, dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta ikhlas  mengerjakan agama mereka kerana Allah, maka mereka itu ditempatkan bersama orang  yang beriman; dan kelak Allah akan memberikan orang yang beriman itu pahala yang  amat besar .  | 
| مَّا يَفْعَلُ اللّهُ بِعَذَابِكُمْ  إِن شَكَرْتُمْ وَآمَنتُمْ وَكَانَ اللّهُ شَاكِراً عَلِيماً   147 . Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur  serta beriman? Dan adalah Allah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.  | 
| لاَّ يُحِبُّ اللّهُ الْجَهْرَ  بِالسُّوَءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلاَّ مَن ظُلِمَ وَكَانَ اللّهُ سَمِيعاً عَلِيماً    148 . Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang  dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali  yang dianiayakan. Dan ingatlah Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui  .  | 
| إِن تُبْدُواْ خَيْراً أَوْ  تُخْفُوهُ أَوْ تَعْفُواْ عَن سُوَءٍ فَإِنَّ اللّهَ كَانَ عَفُوّاً قَدِيراً    149 . Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau  sembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan, maka sesungguhnya Allah adalah  Maha Pemaaf, lagi Maha Kuasa.  | 
| إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ  بِاللّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَن يُفَرِّقُواْ بَيْنَ اللّهِ وَرُسُلِهِ  وَيقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَن يَتَّخِذُواْ  بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلاً   150 . Sesungguhnya orang yang kufur kepada Allah dan  Rasul-rasul-Nya, dan hendak membeza-bezakan di antara Allah dan Rasul-rasul-Nya,  dengan berkata: Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar  kepada setengahnya yang lain, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara   iman dan kufur itu;  | 
| أُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ  حَقّاً وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَاباً مُّهِيناً   151 . Mereka itulah orang kafir dengan sebenar-benarnya. Dan  Kami telah menyediakan bagi orang kafir itu azab seksa yang menghina.  | 
| وَالَّذِينَ آمَنُواْ بِاللّهِ  وَرُسُلِهِ وَلَمْ يُفَرِّقُواْ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ أُوْلَـئِكَ سَوْفَ  يُؤْتِيهِمْ أُجُورَهُمْ وَكَانَ اللّهُ غَفُوراً رَّحِيماً   152 . Dan orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya  dan mereka tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara Rasul-rasul itu, (maka)  mereka yang demikian, Allah akan memberi mereka pahala mereka. Dan ingatlah  adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  | 
| يَسْأَلُكَ أَهْلُ الْكِتَابِ أَن  تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَاباً مِّنَ السَّمَاءِ فَقَدْ سَأَلُواْ مُوسَى أَكْبَرَ  مِن ذَلِكَ فَقَالُواْ أَرِنَا اللّهِ جَهْرَةً فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ  بِظُلْمِهِمْ ثُمَّ اتَّخَذُواْ الْعِجْلَ مِن بَعْدِ مَا جَاءتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ  فَعَفَوْنَا عَن ذَلِكَ وَآتَيْنَا مُوسَى سُلْطَاناً مُّبِيناً   153 . Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai  Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. Maka  sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka  berkata: perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata. Lalu mereka disambar  oleh petir dengan sebab kezaliman mereka; kemudian mereka pula menyembah  (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan lalu kami  maafkan mereka dari yang demikian itu. Dan kami berikan kepada Musa kekuasaan  yang nyata.  | 
| وَرَفَعْنَا فَوْقَهُمُ الطُّورَ  بِمِيثَاقِهِمْ وَقُلْنَا لَهُمُ ادْخُلُواْ الْبَابَ سُجَّداً وَقُلْنَا لَهُمْ  لاَ تَعْدُواْ فِي السَّبْتِ وَأَخَذْنَا مِنْهُم مِّيثَاقاً غَلِيظاً   154 . Dan Kami telah mengangkat Gunung Tursina ke atas mereka  disebabkan (mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka, dan Kami perintahkan  mereka: Masukilah pintu itu dengan merendahkan diri, dan Kami perintahkan  mereka: Janganlah kamu melanggar perintah tentang hari Sabtu, dan Kami telah  mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh.  | 
| فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَاقَهُمْ  وَكُفْرِهِم بَآيَاتِ اللّهِ وَقَتْلِهِمُ الأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقًّ  وَقَوْلِهِمْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ بَلْ طَبَعَ اللّهُ عَلَيْهَا بِكُفْرِهِمْ فَلاَ  يُؤْمِنُونَ إِلاَّ قَلِيلاً   155 . Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia  mereka, dan mereka kufur akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka membunuh  Nabi-nabi dengan tiada suatu alasan yang benar, dan mereka berkata: Hati kami  tertutup. Bahkan Allah telah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka.  Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja di antaranya  | 
| وَبِكُفْرِهِمْ وَقَوْلِهِمْ عَلَى  مَرْيَمَ بُهْتَاناً عَظِيماً   156 . Demikian juga dengan sebab kekufuran mereka dan tuduhan  mereka terhadap Maryam dengan tuduhan yang amat besar dustanya.  | 
| وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا  الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ  وَلَـكِن شُبِّهَ لَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُواْ فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ  مَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِلاَّ اتِّبَاعَ الظَّنِّ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِيناً    157 . Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan:  Sesungguhnya Kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Padahal  mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (dikayu palang -salib), tetapi  diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan  sesungguhnya orang yang telah berselisih faham mengenai Nabi Isa, sebenarnya  mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya).  Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut  sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.  | 
| بَل رَّفَعَهُ اللّهُ إِلَيْهِ  وَكَانَ اللّهُ عَزِيزاً حَكِيماً   158 . Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepada-Nya; dan  adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana .  | 
| وَإِن مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ  إِلاَّ لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ  عَلَيْهِمْ شَهِيداً   159 . Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab  melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya, dan pada hari Kiamat  kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka  | 
| فَبِظُلْمٍ مِّنَ الَّذِينَ  هَادُواْ حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَن  سَبِيلِ اللّهِ كَثِيراً   160 . Maka disebabkan kezaliman orang Yahudi, Kami haramkan  atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan  disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah,  | 
| وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ  نُهُواْ عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَأَعْتَدْنَا  لِلْكَافِرِينَ مِنْهُمْ عَذَاباً أَلِيماً   161 . Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal  mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang  dengan jalan yang salah. Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang yang  kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.  | 
|   |    | |
|   | ||
| لَّـكِنِ الرَّاسِخُونَ فِي  الْعِلْمِ مِنْهُمْ وَالْمُؤْمِنُونَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيكَ وَمَا  أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَالْمُقِيمِينَ الصَّلاَةَ وَالْمُؤْتُونَ الزَّكَاةَ  وَالْمُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ أُوْلَـئِكَ سَنُؤْتِيهِمْ أَجْراً  عَظِيماً   162 . Tetapi orang yang teguh serta mendalam ilmu  pengetahuannya di antara mereka dan orang yang beriman, sekaliannya beriman  dengan apa yang telah diturunkan kepadamu, dan kepada apa yang telah diturunkan  sebelummu, khasnya orang yang mendirikan sembahyang, dan orang yang menunaikan  zakat, serta beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan  berikan kepadanya pahala yang besar.  | 
| إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا  أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِن بَعْدِهِ وَأَوْحَيْنَا إِلَى  إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالأَسْبَاطِ وَعِيسَى  وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُوراً    163 . Sesungguhnya kami telah memberikan wahi kepadamu,  sebagaimana kami telah memberikan wahi kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang  diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahi kepada Nabi  Ibrahim, dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq, dan Nabi Yakub, serta keturunannya, dan  Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan  Kami berikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur;  | 
| وَرُسُلاً قَدْ قَصَصْنَاهُمْ  عَلَيْكَ مِن قَبْلُ وَرُسُلاً لَّمْ نَقْصُصْهُمْ عَلَيْكَ وَكَلَّمَ اللّهُ  مُوسَى تَكْلِيماً   164 . Dan Rasul-rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu  sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan  Allah telah berbicara dengan Nabi Musa secara langsung (tidak ada  perantaraan);  | 
| رُّسُلاً مُّبَشِّرِينَ  وَمُنذِرِينَ لِئَلاَّ يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ  وَكَانَ اللّهُ عَزِيزاً حَكِيماً   165 . Rasul-rasul pembawa khabar gembira, dan pembawa amaran,  supaya tidak ada bagi manusia terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul  itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  | 
| لَّـكِنِ اللّهُ يَشْهَدُ بِمَا  أَنزَلَ إِلَيْكَ أَنزَلَهُ بِعِلْمِهِ وَالْمَلآئِكَةُ يَشْهَدُونَ وَكَفَى  بِاللّهِ شَهِيداً   166 . Tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran  Al-Qurian yang telah diturunkan-Nya kepadamu. Allah menurunkannya dengan  ilmu-Nya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi  saksi (akan kebenaran Al- Quran ini).  | 
| إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ  وَصَدُّواْ عَن سَبِيلِ اللّهِ قَدْ ضَلُّواْ ضَلاَلاً بَعِيداً   167 . Sesungguhnya orang yang kafir serta menghalang orang lain  dari jalan Allah, sebenarnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang  sejauh-jauhnya.  | 
| إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ  وَظَلَمُواْ لَمْ يَكُنِ اللّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلاَ لِيَهْدِيَهُمْ طَرِيقاً    168 . Sesungguhnya orang yang kafir serta berlaku zalim, Allah  tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan  kepada mereka.  | 
| إِلاَّ طَرِيقَ جَهَنَّمَ  خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللّهِ يَسِيراً   169 . Selain dari jalan ke Neraka Jahanam, yang mereka akan  kekal di dalamnya selama-lamanya; dan balasan yang demikian itu adalah mudah  bagi Allah.  | 
| يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ  جَاءكُمُ الرَّسُولُ بِالْحَقِّ مِن رَّبِّكُمْ فَآمِنُواْ خَيْراً لَّكُمْ وَإِن  تَكْفُرُواْ فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَكَانَ اللّهُ  عَلِيماً حَكِيماً   170 . Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang  kepada kamu Rasul dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah  kamu. Itu amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya bagi  Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa  Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.  | 
| يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لاَ  تَغْلُواْ فِي دِينِكُمْ وَلاَ تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ إِلاَّ الْحَقِّ إِنَّمَا  الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى  مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِّنْهُ فَآمِنُواْ بِاللّهِ وَرُسُلِهِ وَلاَ تَقُولُواْ  ثَلاَثَةٌ انتَهُواْ خَيْراً لَّكُمْ إِنَّمَا اللّهُ إِلَـهٌ وَاحِدٌ سُبْحَانَهُ  أَن يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَات وَمَا فِي الأَرْضِ وَكَفَى  بِاللّهِ وَكِيلاً   171 . Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampui batas dalam  perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah  melainkan yang benar; sesungguhnya al-Masih Isa ibni Maryam itu hanya Pesuruh  Allah, dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Maryam, dan roh  daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya, dan  janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga. Berhentilah, supaya menjadi  kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah  daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang  ada di bumi. Dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian  makhlukNya).  | 
| لَّن يَسْتَنكِفَ الْمَسِيحُ أَن  يَكُونَ عَبْداً لِّلّهِ وَلاَ الْمَلآئِكَةُ الْمُقَرَّبُونَ وَمَن يَسْتَنكِفْ  عَنْ عِبَادَتِهِ وَيَسْتَكْبِرْ فَسَيَحْشُرُهُمْ إِلَيهِ جَمِيعاً   172 . (Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan menjadi  hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping  (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan daripada beribadat kepada Allah, serta  ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua  kepada-Nya  | 
| فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُواْ  وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ وَيَزيدُهُم مِّن فَضْلِهِ  وَأَمَّا الَّذِينَ اسْتَنكَفُواْ وَاسْتَكْبَرُواْ فَيُعَذِّبُهُمْ عَذَاباً  أَلُيماً وَلاَ يَجِدُونَ لَهُم مِّن دُونِ اللّهِ وَلِيّاً وَلاَ نَصِيراً   173 . Adapun orang yang beriman dan beramal salih, Allah akan  menyempurnakan bagi mereka pahala mereka, dan menambahkan lagi kurnia-Nya kepada  mereka. Sebaliknya orang yang enggan dan berlaku sombong maka Allah akan  menyeksa mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak  akan memperoleh sesiapa pun yang lain dari Allah sebagai pelindung atau penolong  bagi mereka .  | 
| يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءكُم  بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُوراً مُّبِيناً   174 . Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu  Bukti dari Tuhanmu, dan Kami telah turunkan kepadamu (Al-Quran sebagai) Nur yang  nyata;  | 
| فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُواْ  بِاللّهِ وَاعْتَصَمُواْ بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ مِّنْهُ وَفَضْلٍ  وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطاً مُّسْتَقِيماً   175 . Oleh itu, orang yang beriman kepada Allah dan berpegang  teguh kepada (ajaran Al-Qurian) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam  rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya, dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan  yang lurus, yang membawa kepada-Nya.  | 
|   176 . Mereka meminta fatwa kepadamu (mengenai masalah Kalalah).  Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu dalam perkara Kalalah, iaitu jika  seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan mempunyai seorang saudara perempuan  maka bagi saudara perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkan; dan ia  pula mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya  tidak mempunyai anak. Jika saudara perempuan dua orang, maka keduanya mendapat  dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka itu  ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua  orang perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak  sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.  | 
No comments:
Post a Comment