Sunday, 11 March 2012

muqaddimah surah yusuf


  
Surah Yusuf adalah surah bercirikan cerita yang penuh dengan pengajaran. Surah ini mencerminkan replika sebenar kehidupan manusia, baik di masa lampau mahupun di masa sekarang dan akan datang. Manusia dengan segala sifatnya tergambar dalam surah yang sangat unik ini. Inilah satu-satunya surah yang terkandung di dalamnya cerita / kisah benar: daripada awal hingga akhir. Berbeza dengan cerita-cerita lain dalam Al-Quran, Surah Yusuf memaparkan cerita secara berturutan dan tersusun.
MUQADDIMAH

Kuliah ini akan membicarakan latar penurunan Surah Yūsuf, tema kisah Yūsuf dan tafsiran santai kepada ayat 1-3 Surah Yūsuf .
Surah Yūsuf adalah salah satu daripada 114 surah dalam Al-Quran.

KEISTIMEWAAN 
  1. Surah Yūsuf hampir seluruhnya kisah Yūsuf. Kisah Yūsuf tidak ada dalam surah lain (walaupun nama Nabi Yūsuf disebut dua kali dalam dua surah: Al-An’am dan Al-Ghafir/Al-Mu'min). Kisah lain tidak ada dalam Surah Yūsuf. Sebagai perbandingan kisah Nabi Musa AS terdapat di 25 lokasi dalam Al-Quran. Begitu juga kisah Nabi Isa AS yang terdapat di lebih daripada 10 lokasi secara terpisah.
  2. Surah Yūsuf mempunyai kesatuan tema dan konsisten.
  3. Surah Yūsuf diturunkan seluruhnya, sekali gus. Kenapa? Kerana nada cerita dalam Surah Yūsuf tidak sesuai untuk dipisah-pisahkan!

BILA DITURUNKAN?
 
1. Tidak diketahui tarikh yang tepat.
2. Dua / tiga tahun sebelum hijrah (era Makkah). Sebagai ayat Makkiyah (ayat yang diturunkan sebelum Hijrah) ayat-ayat dalam Surah Yūsuf diturunkan sesuai dengan persekitaran Makkah (sebelum Hijrah) yang:
 
- Tiada institusi Islam; contohnya suasana umat Islam yang tinggal di negara-negara bukan Islam.
- Tiada sumber Islam (sehinggakan Rasulullah SAW tidak mengetahui apa-apa tentang kisah Yūsuf)
- Para sahabat ditindas, dizalimi dan diusir.
 
3. Sebelum berlaku Isra’ & Mi’raj (di mana Rasulullah SAW melihat Nabi Yūsuf). Bayangkan betapa Rasulullah melihat Nabi Yūsuf selepas mengetahui tentang ceritanya dalam Al-Quran! Terkesan!
 
TIMING
 
1. Surah Yūsuf diturunkan ketika 'ām al-huzn عام الحزن (tahun kesedihan) ketika mana Rasulullah SAW diuji dengan dugaan-dugaan yang berturut-turut:
 
a. Kematian Abu Thalib
b. Kematian Khadijah
c. Penghinaan Tha’if
d. Rasulullah SAW dan para sahabat dipulau.
 
2. Surah Yūsuf diturunkan sebagai remedi di waktu Rasulullah SAW berdukacita.
3. Surah Yūsuf diturunkan ketika para sahabat diasak dengan cabaran dan penyiksaan sehingga mereka meminta Rasulullah SAW menceritakan kisah orang-orang terdahulu yang ditimpa cabaran dan siksaan yang sama.
4. Orang Quraish menguji dan cuba menidakkan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Mereka menemui kalangan Yahudi untuk mendapatkan soalan-soalan “maut” untuk ditanya kepada Rasulullah SAW:
 
a. Soalan yang hanya seorang Nabi sahaja yang boleh menjawab.
b. Soalan helah untuk menidakkan kerasulan Nabi Muhammad SAW.
 
ANDA DAN SURAH YŪSUF
 
1. Surah Yūsuf barangkali tidak dapat meringankan kesedihan, duka lara, keperitan, kegoyahan atau apa saja impak lainnya yang anda alami tetapi sekurang-kurangnya boleh mengubat hati anda!
2. Surah Yūsuf dapat memujuk hati anda untuk memahami bahawa apa yang anda alami telah dialami oleh orang lain juga, hatta para Nabi, dan bahawa segalanya itu adalah rencah kehidupan sebagai mana rencah kehidupan dalam babak-babak kisah Yūsuf dalam Al-Quran.
3. Terdapat beberapa salah faham, salah tanggapan dan salah amalan tentang Surah Yūsuf, antara lainnya:
 
- Sebahagian ayat dalam Surah Yūsuf dibaca untuk mendapatkan sesuatu / menyelesaikan sesuatu masalah.
- Isteri Al-‘Aziz yang disebutkan dalam Surah Yūsuf dinamakan sebagai Zulaikha yang digambarkan sebagai cantik!
- Zulaikha dikatakan berkahwin dengan Nabi Yūsuf; sehinggakan ada yang menjadikan pasangan “Yūsuf dan Zulaikha” sebagai doa untuk pasangan!
 
 
sumber dari: ustaz.org
 

No comments:

Post a Comment