|   |    | |
|   | ||
يس   1 . Yaa Sin .  | 
وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ   2 . Demi Al-Qur'an yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran  yang tetap kukuh.  | 
إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ    3 . Sesungguhnya engkau wahai Muhammad adalah seorang Rasul  dari Rasul-rasul yang telah diutus.  | 
عَلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ   4 . Yang tetap di atas jalan yang lurus.   | 
تَنزِيلَ الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ    5 . Al-Qur'an itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi  Maha Mengasihani.   | 
لِتُنذِرَ قَوْماً مَّا أُنذِرَ  آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ   6 . Supaya engkau memberi peringatan kepada kaum yang datuk  neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka  lalai.  | 
لَقَدْ حَقَّ الْقَوْلُ عَلَى  أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ   7 . Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas  kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.  | 
إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ  أَغْلاَلاً فَهِيَ إِلَى الأَذْقَانِ فَهُم مُّقْمَحُونَ   8 . Sesungguhnya Kami jadikan belenggu yang memberkas kedua  tangan mereka ke batang leher mereka sampai dagu mereka terdongak.  | 
وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ  سَدّاً وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدّاً فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُونَ   9 . Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan di belakang  mereka. Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka mereka tidak dapat melihat.   | 
وَسَوَاء عَلَيْهِمْ  أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ   10 . Dan sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau  engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman.  | 
إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ اتَّبَعَ  الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَن بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ  كَرِيمٍ   11 . Sesungguhnya peringatan hanyalah yang engkau berikan  kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Qur'an serta ia takut kepada Allah  Ar-Rahmaan semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan.  Oleh itu berilah kepadanya berita gembira dengan keampunan dan pahala yang  mulia.  | 
إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى  وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ  مُبِينٍ   12 . Sesungguhnya Kami hidupkan orang yang mati, dan Kami  tuliskan apa yang mereka telah kerjakan serta kesan-kesan yang telah mereka  tinggalkan. Dan ingatlah tiap-tiap sesuatu Kami catatkan di dalam Kitab Lauh  Mahfuzh yang jelas nyata.  | 
وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلاً أَصْحَابَ  الْقَرْيَةِ إِذْ جَاءهَا الْمُرْسَلُونَ   13 . Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib  mengenai kisah penduduk sebuah bandar, iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul  Kami.  | 
إِذْ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمُ  اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوا إِنَّا إِلَيْكُم  مُّرْسَلُونَ   14 . Ketika Kami utus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka  mendustakannya; kemudian Kami kuatkan dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul  itu berkata: Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu.  | 
قَالُوا مَا أَنتُمْ إِلاَّ بَشَرٌ  مِّثْلُنَا وَمَا أَنزَلَ الرَّحْمن مِن شَيْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلاَّ تَكْذِبُونَ    15 . Penduduk bandar itu menjawab: Kamu ini tidak lain hanyalah  manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu  pun (tentang agama yang kamu dakwakan); kamu ini tidak lain hanyalah berdusta.    | 
قَالُوا رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّا  إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ   16 . Rasul-rasul berkata: Tuhan kami mengetahui bahawa  sesungguhnya kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu.  | 
وَمَا عَلَيْنَا إِلاَّ الْبَلاَغُ  الْمُبِينُ   17 . Dan tugas kami hanyalah menyampaikan segala perintah-Nya  dengan cara yang jelas nyata.   | 
قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ  لَئِن لَّمْ تَنتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ  أَلِيمٌ   18 . Penduduk bandar itu berkata: Sesungguhnya kami merasa  nahas dan malang dengan sebab kamu. Sesungguhnya kalau kamu tidak berhenti (dari  menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan  sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab yang pedih.   | 
قَالُوا طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ أَئِن  ذُكِّرْتُم بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ   19 . Rasul-rasul itu menjawab: Nahas dan malang kamu itu adalah  disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi  peringatan dan nasihat pengakaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu  katakan ittu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah  kaum pelampau.  | 
وَجَاء مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ  رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ   20 . Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam) datanglah seorang  lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan  katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu.  | 
|   |    | |
|   | ||
اتَّبِعُوا مَن لاَّ يَسْأَلُكُمْ  أَجْراً وَهُم مُّهْتَدُونَ   21 . Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu  sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang yang mendapat hidayah petunjuk.  | 
وَمَا لِي لاَ أَعْبُدُ الَّذِي  فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ   22 . Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama  mereka? Maka jawabnya): mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan aku,  dan hanya kepada-Nyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan. kamu semua akan  dkembalikan?"   | 
أَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِ آلِهَةً  إِن يُرِدْنِ الرَّحْمَن بِضُرٍّ لاَّ تُغْنِ عَنِّي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئاً وَلاَ  يُنقِذُونِ   23 . Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari  Allah? (Sudah tentu tidak patut kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak  menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang  syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.  | 
إِنِّي إِذاً لَّفِي ضَلاَلٍ  مُّبِينٍ   24 . Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku  pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.   | 
إِنِّي آمَنتُ بِرَبِّكُمْ  فَاسْمَعُونِ   25 . Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka  dengarlah (nasihatku).  | 
قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَا  لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ   26 . (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke  dalam Syurga. Ia berkata: Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui.  | 
بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي  وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِينَ   27 . Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh  Tuhanku, serta dijadikan-Nya daku dari orang-orang yang dimuliakan!   | 
وَمَا أَنزَلْنَا عَلَى قَوْمِهِ  مِن بَعْدِهِ مِنْ جُندٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَمَا كُنَّا مُنزِلِينَ   28 . Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia  (mati), sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan  tidak perlu Kami menurunkannya.  | 
إِن كَانَتْ إِلاَّ صَيْحَةً  وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَامِدُونَ   29 . (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan  (yang dahsyat), maka dengan serta-merta mereka semua senyap sepi - tidak hidup  lagi.   | 
يَا حَسْرَةً عَلَى الْعِبَادِ مَا  يَأْتِيهِم مِّن رَّسُولٍ إِلاَّ كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُون   30 . Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa  hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran) itu! Tidak datang kepada mereka seorang  Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya .  | 
أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا  قَبْلَهُم مِّنْ الْقُرُونِ أَنَّهُمْ إِلَيْهِمْ لاَ يَرْجِعُونَ   31 . Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat yang telah  Kami binasakan sebelum mereka? Umat yang dibinasakan itu tidak kembali kepada  mereka.  | 
وَإِن كُلٌّ لَّمَّا جَمِيعٌ  لَّدَيْنَا مُحْضَرُونَ   32 . Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke  tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir untuk menerima balasan.   | 
وَآيَةٌ لَّهُمُ الْأَرْضُ  الْمَيْتَةُ أَحْيَيْنَاهَا وَأَخْرَجْنَا مِنْهَا حَبّاً فَمِنْهُ يَأْكُلُونَ    33 . Dan dalil yang terang untuk mereka, ialah bumi yang mati;  Kami hidupkannya dan Kami keluarkan darinya biji-bijian, maka dari biji-bijian  itu mereka makan.   | 
وَجَعَلْنَا فِيهَا جَنَّاتٍ مِن  نَّخِيلٍ وَأَعْنَابٍ وَفَجَّرْنَا فِيهَا مِنْ الْعُيُونِ   34 . Dan Kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur,  dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air.  | 
لِيَأْكُلُوا مِن ثَمَرِهِ وَمَا  عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ أَفَلَا يَشْكُرُونَ   35 . Supaya mereka makan dari buah-buahan dan dari apa yang  dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?  | 
سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ  الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا  يَعْلَمُونَ   36 . Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan semuanya  berpasangan; dari yang ditumbuhkan dibumi dan dari diri mereka, juga dari apa  yang mereka tidak ketahui.  | 
وَآيَةٌ لَّهُمْ اللَّيْلُ نَسْلَخُ  مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظْلِمُونَ   37 . Dan lagi dalil yang terang untuk mereka ialah malam; Kami  hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam  gelap-gelita.  | 
وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ  لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ   38 . Dan matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang  ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha  Mengetahui.   | 
وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ  حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ   39 . Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar sehingga di  akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya seperti tandan  yang kering.   | 
لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن  تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ  يَسْبَحُونَ   40 . Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam  pula tidak dapat mendahului siang; kerana masing-masing beredar di tempat  edarannya.  | 
|   |    | |
|   | ||
وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا  ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ   41 . Dan satu dalil lagi untuk mereka insaf ialah, Kami membawa  belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat.  | 
وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ  مَا يَرْكَبُونَ   42 . Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang  sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.   | 
وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا  صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ   43 . Dan jika Kami kehendaki, Kami boleh tenggelamkan mereka;  maka tidak ada pertolongan bagi mereka, dan mereka juga tidak dapat  diselamatkan.  | 
إِلَّا رَحْمَةً مِّنَّا وَمَتَاعاً  إِلَى حِينٍ   44 . Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat  dan kesenangan hidup kepada mereka hingga kesuatu masa.  | 
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّقُوا مَا  بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَمَا خَلْفَكُمْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ   45 . Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berjaga-jagalah kamu  akan apa yang ada dihadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan  apa yang ada (dari urusan-urusan di hidup di belakang kamu (dari huru-hara dan  balasan akhirat) semoga mrereka berolehTakutlah kamu akan apa yang ada di  hadapan kamu, dan apa yang ada di belakang kamu, supaya kamu beroleh rahmat.    | 
وَمَا تَأْتِيهِم مِّنْ آيَةٍ مِّنْ  آيَاتِ رَبِّهِمْ إِلَّا كَانُوا عَنْهَا مُعْرِضِينَ   46 . Dan tidak ada suatu keterangan yang sampai kepada mereka  dari keterangan Tuhan mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya.    | 
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ أَنفِقُوا  مِمَّا رَزَقَكُمْ اللَّهُ قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنُطْعِمُ  مَن لَّوْ يَشَاءُ اللَّهُ أَطْعَمَهُ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ    47 . Dan apabila dikatakan kepada mereka: Dermakanlah  sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu, berkatalah orang yang  kafir itu kepada orang yang beriman: Patutkah kami memberi makan kepada orang  yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah  berada dalam kesesatan yang nyata.  | 
وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْوَعْدُ  إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ   48 . Dan mereka bertanya: Bilakah datangnya hari akhirat yang  dijanjikan itu? Jika benar kamu orang yang benar!   | 
مَا يَنظُرُونَ إِلَّا صَيْحَةً  وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ   49 . Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang akan  membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar.  | 
فَلَا يَسْتَطِيعُونَ تَوْصِيَةً  وَلَا إِلَى أَهْلِهِمْ يَرْجِعُونَ   50 . Dan akan ditiupkan sangkakala maka semuanya segera bangkit  dari kubur masing-masinguntuk mengadap Tuhannya.   | 
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُم  مِّنَ الْأَجْدَاثِ إِلَى رَبِّهِمْ يَنسِلُونَ   51 . Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang  pesanan, dan kalau mereka berada di luar mereka tidak sempat kembali kepada  keluarganya.   | 
قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَن  بَعَثَنَا مِن مَّرْقَدِنَا هَذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ    52 . Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang  membangkitkan kami dari tempat tidur kami? Lalu dikatakan kepada mereka: Inilah  dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah, dan benarlah berita yang  disampaikan oleh Rasul-rasul.  | 
إِن كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً  وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ جَمِيعٌ لَّدَيْنَا مُحْضَرُونَ   53 . Hanyalah berlaku satu pekikan sahaja, maka dengan  serta-merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa  hadir.  | 
فَالْيَوْمَ لَا تُظْلَمُ نَفْسٌ  شَيْئاً وَلَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ   54 . Maka pada hari itu, tidak ada sesiapa yang akan dianiayai  sedikit pun, dan kamu tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah  kerjakan.  | 
إِنَّ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ  الْيَوْمَ فِي شُغُلٍ فَاكِهُونَ   55 . Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu,  bersenang-senang dalam kesibukan mereka.   | 
هُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلَالٍ  عَلَى الْأَرَائِكِ مُتَّكِؤُونَ   56 . Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di  tempat yang teduh; sambil duduk berteleku di atas pelamin.  | 
لَهُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ وَلَهُم  مَّا يَدَّعُونَ   57 . Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis  buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki.   | 
سَلَامٌ قَوْلاً مِن رَّبٍّ  رَّحِيمٍ   58 . Mereka juga beroleh ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang  Maha Mengasihani.  | 
وَامْتَازُوا الْيَوْمَ أَيُّهَا  الْمُجْرِمُونَ   59 . Dan berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang yang  berdosa.   | 
أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا  بَنِي آدَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ    60 . Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,  supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata  bagimu!  | 
|   |    | |
|   | ||
وَأَنْ اعْبُدُونِي هَذَا صِرَاطٌ  مُّسْتَقِيمٌ   61 . Dan hendaklah kamu menyembah-Ku; inilah jalan yang  lurus.  | 
وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنكُمْ جِبِلّاً  كَثِيراً أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ   62 . Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan  yang ramai di antara kamu; maka tidakkah kamu berfikir dan insaf?"  | 
هَذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي كُنتُمْ  تُوعَدُونَ   63 . Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang  kamu selalu diancam memasukinya.  | 
اصْلَوْهَا الْيَوْمَ بِمَا كُنتُمْ  تَكْفُرُونَ   64 . Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan  perbuatan kufur yang kamu telah lakukan.   | 
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى  أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا  يَكْسِبُونَ   65 . Pada hari itu Kami tutup mulut mereka; kedua tangan mereka  memberitahu Kami, dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang mereka telah  usahakan.   | 
وَلَوْ نَشَاء لَطَمَسْنَا عَلَى  أَعْيُنِهِمْ فَاسْتَبَقُوا الصِّرَاطَ فَأَنَّى يُبْصِرُونَ   66 . Jika Kami kehendaki, tentu Kami hapuskan penglihatan mata  mereka lalu mereka menerpa mencari jalan. Maka bagaimana mereka melihatnya?   | 
وَلَوْ نَشَاء لَمَسَخْنَاهُمْ  عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَمَا اسْتَطَاعُوا مُضِيّاً وَلَا يَرْجِعُونَ   67 . Dan jika Kami kehendaki, tentu Kami mengubah jasmani  mereka di tempat yang mereka berada; maka dengan itu, mereka tidak dapat undur  ke belakang.   | 
وَمَنْ نُعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي  الْخَلْقِ أَفَلَا يَعْقِلُونَ   68 . Dan sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan  kembali kejadiannya; maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?   | 
وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا  يَنبَغِي لَهُ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُّبِينٌ   69 . Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan tidak  sesuai baginya bersyair. Tidak lain melainkan pengajaran dan Kitab yang memberi  penerangan.   | 
لِيُنذِرَ مَن كَانَ حَيّاً  وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِرِينَ   70 . Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup  hatinya, dan supaya nyata tetapnya hukuman azab terhadap orang yang kufur  engkar.  | 
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا خَلَقْنَا  لَهُمْ مِمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَا أَنْعَاماً فَهُمْ لَهَا مَالِكُونَ   71 . Tidakkah mereka melihat bahawa Kami telah ciptakan untuk  mereka binatang ternak, antara jenis makhluk yang Kami ciptakan dengan kekuasaan  Kami, lalu mereka memilikinya?   | 
وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا  رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ   72 . Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka  sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka  makan.   | 
وَلَهُمْ فِيهَا مَنَافِعُ  وَمَشَارِبُ أَفَلَا يَشْكُرُونَ   73 . Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada  binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu  bersyukur?   | 
وَاتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ  آلِهَةً لَعَلَّهُمْ يُنصَرُونَ   74 . Dan tergamak mereka menyembah tuhan yang lain dari Allah,  dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan dari makhluk-makhluk itu.   | 
لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَهُمْ  وَهُمْ لَهُمْ جُندٌ مُّحْضَرُونَ   75 . Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali  menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa  hadir.  | 
فَلَا يَحْزُنكَ قَوْلُهُمْ إِنَّا  نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ   76 . Maka janganlah engkau berdukacita disebabkan tuduhan  mereka. Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan nyatakan.    | 
أَوَلَمْ يَرَ الْإِنسَانُ أَنَّا  خَلَقْنَاهُ مِن نُّطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُّبِينٌ   77 . Tidakkah manusia itu melihat bahawa Kami telah menciptakan  dia dari air benih? Maka tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang nyata.    | 
وَضَرَبَ لَنَا مَثَلاً وَنَسِيَ  خَلْقَهُ قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ   78 . Dan ia membuat perbandingan kepada Kami. Dan ia lupa akan  kejadiannya lalu berkata: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang  hancur?   | 
قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنشَأَهَا  أَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ   79 . Katakanlah: Yang menghidupkannya adalah Penciptanya pada  mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala makhluk.   | 
الَّذِي جَعَلَ لَكُم مِّنَ  الشَّجَرِ الْأَخْضَرِ نَاراً فَإِذَا أَنتُم مِّنْهُ تُوقِدُونَ   80 . Tuhan yang telah menjadikan api dari pohon-pohon yang  hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari  pohon-pohon itu.  | 
|   |    | |
|   | ||
أَوَلَيْسَ الَّذِي خَلَقَ  السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُم بَلَى وَهُوَ  الْخَلَّاقُ الْعَلِيمُ   81 . Tidakkah Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi  berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka  dahulu?  | 
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ  شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ   82 . Sesungguhnya kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya  sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada benda itu: Jadilah engkau! Maka jadilah  ia.  | 
فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ  مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ   83 . Maha Suci Allah! Tuhan yang memiliki dan menguasai  tiap-tiap sesuatu, dan kepada-Nyalah kamu semua di kembalikan.  | 
No comments:
Post a Comment