|   |    | |
|   | ||
الم   1 . Alif . Lam . Mim .  | 
تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ  الْحَكِيمِ   2 . Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Qur'an) yang mengandungi  hikmat-hikmat yang tetap kukuh.  | 
هُدًى وَرَحْمَةً لِّلْمُحْسِنِينَ    3 . Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang yang sedia  mengerjakan amal-amal yang baik.  | 
الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ  وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُم بِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ   4 . Iaitu orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat,  serta mereka yakin tentang adanya hari Kiamat.  | 
أُوْلَئِكَ عَلَى هُدًى مِّن  رَّبِّهِمْ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ   5 . Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan  mereka, dan merekalah orang yang berjaya.   | 
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي  لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا  هُزُواً أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ   6 . Dan di antara manusia ada orang yang membelanjakan hartanya  kepada perkara yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan dari agama Allah  tanpa sebarang pengetahuan; dan menjadikannya sebagai ejek-ejekan; merekalah  orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.   | 
وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا  وَلَّى مُسْتَكْبِراً كَأَن لَّمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْراً  فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ   7 . Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami,  berpalinglah dia dengan angkuh, seolah-olah ia tidak mendengarnya, seakan-akan  pada dua telinganya ada penyumbat; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab  yang tidak terperi sakitnya.  | 
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا  الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتُ النَّعِيمِ   8 . Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, mereka  akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat.   | 
خَالِدِينَ فِيهَا وَعْدَ اللَّهِ  حَقّاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ   9 . Kekallah mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah  janji yang tetap benar; dan Dialah jua yang Maha Kuasa. lagi Maha Bijaksana.  | 
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ  عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ  فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنبَتْنَا فِيهَا  مِن كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ   10 . Ia menciptakan langit tanpa bertiang sebagaimana yang kamu  melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang supaya bumi itu tetap tidak  menghayun kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami  menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman  yang memberi banyak manfaat.   | 
هَذَا خَلْقُ اللَّهِ فَأَرُونِي  مَاذَا خَلَقَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ بَلِ الظَّالِمُونَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ    11 . Ini adalah ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan  kepada-Ku apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain  daripada-Nya? bahkan orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada  dalam kesesatan yang nyata.  | 
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ  الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ  وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ   12 . Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat  kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah Dan  sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada dirinya, dan  sesiapa yang ingkar dan tidak bersyukur. maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi  Maha Terpuji.  | 
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ  وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ  عَظِيمٌ   13 . Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia  memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah  sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.  | 
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ  بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ  أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ   14 . Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu  bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan  dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada  kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.  | 
وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى أَن تُشْرِكَ  بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا  مَعْرُوفاً وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ  فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ   15 . Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau  mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya,  maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia  dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepada-Ku.  Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu, maka Aku akan menerangkan kepada  kamu segala yang kamu telah kerjakan.  | 
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ  مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ  أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ   16 . (Luqman menasihati anaknya): Wahai anakku, sesungguhnya  jika ada sesuatu perkara sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di  dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh  Allah (untuk dibalas-Nya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya;  lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.   | 
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ  وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ  إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ   17 . Wahai anakku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat  kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan  bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah  dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.  | 
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ  وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ  فَخُورٍ   18 . Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang  rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak  sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong  takbur, lagi membanggakan diri.  | 
وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ  مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ   19 . Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga  rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.   | 
أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ  سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ  نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ  بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُّنِيرٍ   20 . Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan  untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah  melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu,  ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan  tidak sebarang pengetahuan atau petunjuk; dan tidak berdasarkan Kitab Allah yang  menerangi kebenaran.  | 
|   |    | |
|   | ||
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا  مَا أَنزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا  أَوَلَوْ كَانَ الشَّيْطَانُ يَدْعُوهُمْ إِلَى عَذَابِ السَّعِيرِ   21 . Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar):  Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah, mereka menjawab: bahkan kami  hanya menurut apa yang kami dapati dari datuk nenek kami. Patutkah begitu?  sekalipun Syaitan mengajak mereka ke dalam azab api neraka yang marak  menjulang?  | 
وَمَن يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى  اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى  اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ   22 . Dan sesiapa yang berserah diri kepada Allah (dengan  ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah  berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh; dan kepada Allah jualah  kesudahan segala urusan.  | 
وَمَن كَفَرَ فَلَا يَحْزُنكَ  كُفْرُهُ إِلَيْنَا مَرْجِعُهُمْ فَنُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوا إِنَّ اللَّهَ  عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ   23 . Dan sesiapa yang kufur, maka janganlah engkau berdukacita  tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, maka Kami  akan jelaskan kepada mereka akan apa yang mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah  Maha Mengetahui akan segala yang terlindung dalam dada.   | 
نُمَتِّعُهُمْ قَلِيلاً ثُمَّ  نَضْطَرُّهُمْ إِلَى عَذَابٍ غَلِيظٍ   24 . Kami akan berikan mereka nikmat kesenangan untuk sementara  (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka ke dalam azab yang amat berat.    | 
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ  السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ  أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ   25 . Dan sesungguhnya jika engkau bertanya kepada mereka itu:   Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab:  Allah. Ucapkanlah wahai Muhammad: Alhamdulillah; bahkan kebanyakan mereka tidak  mengetahui.  | 
لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ  وَالْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ   26 . Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di  bumi; sesungguhnya Allah Dialah jua yang Maha Kaya, lagi Terpuji.  | 
وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِن  شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِن بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَّا  نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ   27 . Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena,  dan segala lautan menjadi tinta, dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi  nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah  Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.  | 
مَّا خَلْقُكُمْ وَلَا بَعْثُكُمْ  إِلَّا كَنَفْسٍ وَاحِدَةٍ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ   28 . Mencipta dan membangkitkan kamu, seperti mencipta seorang  manusia sahaja. sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.  | 
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُولِجُ  اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ  وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى وَأَنَّ اللَّهَ بِمَا  تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ   29 . Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam  pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan  matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-Nya)? Tiap-tiap satu dari keduanya  beredar untuk sesuatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya  Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.  | 
ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ  الْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِن دُونِهِ الْبَاطِلُ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ  الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ   30 . Demikianlah, kerana bahawasanya Allah Dialah sahaja Tuhan  Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah  adalah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Tinggi  keadaan-Nya, lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).   | 
أَلَمْ تَرَ أَنَّ الْفُلْكَ  تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِنِعْمَتِ اللَّهِ لِيُرِيَكُم مِّنْ آيَاتِهِ إِنَّ فِي  ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ   31 . Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal  belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu  sebahagian dari tanda-tanda-Nya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi  keterangan bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa  bersyukur.  | 
وَإِذَا غَشِيَهُم مَّوْجٌ  كَالظُّلَلِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى  الْبَرِّ فَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا كُلُّ خَتَّارٍ  كَفُورٍ   32 . Dan apabila mereka diliputi oleh ombak yang besar seperti  kelompok awan, mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepada-Nya  kepercayaan mereka semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka  ke darat, maka sebahagian sahaja di antara mereka bersikap adil. Dan tiada yang  mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang bersifat  pemungkir janji, lagi sangat-sangat tidak mengenang budi.  | 
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا  رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْماً لَّا يَجْزِي وَالِدٌ عَن وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ  هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِ شَيْئاً إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ  الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ   33 . Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan  takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat  melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat  melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun.  Sesungguhnya, janji Allah itu adalah benar, jangan lah kamu diperdayakan oleh  kehidupan dunia, dan janganlah kamu diperdayakan oleh bisikan Syaitan.  | 
إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ  السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي  نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ  اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ   34 . Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang  hari Kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui tentang  apa yang ada dalam rahim (ibu mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul  mengetahui apa yang akan diusahakannya esok; dan tiada dapat diketahui oleh  seseorang itu di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha  Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.  | 
No comments:
Post a Comment