Surah Al-Qasas (سورة القصص) - Cerita-cerita - surah yang diturunkan di Makkah selepas Surah An-Naml. Surah ini mengandungi 88 ayat dan diletakkan dalam susunan surah sebagai surah yang ke 28. Surah ini diberi nama surah Al-Qasas kerana mengambil perkataan dari ayat 25 yang bermaksud:
Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami. Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: 'Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu.'"
Surah ini diturunkan ketika kaum muslimin masih dalam keadaan lemah iaitu ketika mereka masih dibelenggu kekejaman kaum Musyrikin Makkah sebagai kuasa besar, mewah dan kuat. Maka, Allah menurunkan surah ini sebagai perbandingan dengan riwayat hidup Nabi Musa a.s. dengan kekejaman Firaun dan akibat dari kemewahan Qarun serta memberika janji akan kemenangan Nabi Muhammad s.a.w. kelak.
isi kandungan
Sebahagian yang lain menceritakan:
- kisah nabi-nabi yang terdahulu sebagai bukti kenabian Nabi Muhammad s.a.w.
- kelebihan ahli kitab yang beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w.
- pemberian taufik kepada hamba-Nya yang beriman
- Allah menghancurkan penduduk suatu negeri kerana kezaliman mereka sendiri.
- Tidak diazab suatu kaum sebelum diutus rasul kepada mereka.
- Keadaan orang kafir di Hari Kiamat.
- Perselisihan siang dan malam sebagai rahmat kepada manusia.
- Kebaikan akan dibalas Allah berlipat ganda manaka kejahatan dibalas sama seimbang.
- Janji akan kemenangan Nabi Muhammad s.a.w.
- Kisah Qarun dengan kemewahannya.
No comments:
Post a Comment