Friday, 3 February 2012

Surah Qaf -wikipedia



Berkas:Qaf.png


Surah Qaf (Bahasa Arab: سورة ق‎) adalah surah ke-50 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 45 ayat. Dinamakan Qaf (ق) kerana surah ini dimulai dengan huruf Qaf (ق). Menurut hadis yang diriwayatkan Imam Muslim, bahawa Nabi Muhammad senang membaca surah ini pada rakaat pertama solat subuh dan pada solat hari raya. Sedang menurut riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi dan Ibnu Majah bahawa Nabi Muhammad membaca surat ini pada tiap-tiap membaca khutbah pada solat Jumaat. Kedua riwayat ini menunjukkan bahawa surah Qaf sering dibaca Nabi Muhammad di tempat-tempat umum, untuk memperingatkan manusia tentang kejadian mereka dan nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya, begitu pula tentang hari berbangkit, hari berhisab, syurga, neraka, pahala, dosa, dsb. Surah ini dinamai juga Al-Basiqat diambil dari perkataan Al-Basiqat yang terdapat pada ayat 10 surah ini.


isi kandungan

Keimanan
  • Setiap manusia pada hari kiamat akan hadir di Padang Mahsyar diiringkan oleh dua orang malaikat, yang seorang sebagai pengiringnya, dan yang seorang lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia
  • Kebangkitan manusia dari kubur digambarkan sebagai tanah yang kering, setelah disirami hujan hidup kembali
  • Allah lebih dekat kepada manusia dari urat lehernya sendiri
  • Tiap-tiap manusia didampingi oleh malaikat yang selalu mencatat segala perbuatannya
  • Allah menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa.

Hukum-hukum

  • Anjuran bertasbih dan bertahmid kepada Allah pada waktu-waktu malam sebelum terbit dan terbenam matahari dan sesudah mengerjakan solat
  • Perintah Allah kepada Rasul-Nya agar memberi peringatan dengan ayat-ayat Al Quran kepada orang yang beriman
  • Anjuran memperhatikan kejadian langit dan bumi

Lain-lain

  • Keingkaran orang-orang musyrik terhadap kenabian dan hari berbangkit
  • Hiburan kepada Nabi Muhammad SAW agar jangan berputus asa dalam menghadapi keingkaran orang-orang kafir Mekkah, kerana rasul-rasul dahulu juga menghadapi keingkaran kaumnya masing-masing
  • Al Quran adalah sebagai peringatan kepada orang-orang yang takut kepada ancaman Allah.




No comments:

Post a Comment