Surah Saad (سورة ص) adalah surah ke-38 dalam Al-Quran (kitab suci agama Islam). Surah yang terdiri atas 88 ayat ini termasuk golongan surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah Surah Al-Qamar. Dinamai dengan Saad kerana surah ini dimulai dengan huruf Shaad.
isi kandungan
- Keimanan: Dalil-dalil tentang kenabian Muhammad s.a.w., iaitu bahawa dia mengetahui hal-hal yang hanya dapat diketahui dengan jalan wahyu; sumpah iblis untuk menyesatkan manusia seluruhnya kecuali hamba- hamba Allah yang ikhlas; Al Quran diturunkan untuk menjadi pelajaran bagi jin dan manusia seluruhnya.
- Kisah-kisah: Kisah Daud a.s. dan kisah Sulaiman a.s.; kisah Ayyub a.s.
- Dan lain-lain: Kaum musyrikin tercengang mendengar pengakuan Nabi Muhammad s.a.w. bahwa Allah adalah Maha Esa; rahsia yang terdapat pada kejadian alam; pertengkaran antara orang-orang yang sesat dan pengikut mereka di neraka; nikmat-nikmat yang dilimpahkan kepada penduduk syurga dan azab yang ditimpakan atas isi neraka.
No comments:
Post a Comment