Surah Asy-Syuraa (سورة الشورى) diturunkan di Makkah, merupakan surah yang ke-42 dalam al-Quran, mengandungi 53 ayat. Dinamakan surah "Asy-Syura" (Mesyuarat), kerana pada ayat 38 ada diterangkan bahawa di antara sifat-sifat orang-orang yang beriman yang terpuji dan diredhai Allah Taala ialah amalan mereka bermesyuarat sesama sendiri apabila mereka hendak menjalankan sesuatu urusan.
isi kandungan
Pada awal surah ini Allah Taala menegaskan kebenaran wahi (wahyu) (Al-Quran) dan kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w.), dan menyatakan bahawa apa yang diwahikan kepada Baginda mengenai perkara-perkara asas dalam Islam seperti tauhid, hari kiamat dan balasan amal, adalah sama seperti yang telah diwahikan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya.
Kemudian ditegaskan bahawa ugama yang diredhai Allah Taala bagi umat manusia seluruhnya ialah ugama Islam ugama tauhid dan taat, yang diwahi- kan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) dan Nabi-nabi (a.s.) yang sebelumnya. Lalu diperintahkan supaya orang-orang yang beriman menegakkan hukum-hukum Islam dan meninggalkan segala laranganNya.
Kemudian diterangkan bahawa apa jua yang menimpa manusia dari sesuatu kesusahan atau bala bencana, maka itu adalah disebabkan apa yang mereka lakukan dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa dalam pada itu Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka. Setelah itu diterangkan: Jika sesiapa hendak membalas, maka balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya dalam pada itu sesiapa memaafkan kejahatan orang dan berbuat baik kepadanya maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah Taala dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment