
وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلاً أَصْحَابَ  الْقَرْيَةِ إِذْ جَاءهَا الْمُرْسَلُونَ   13 . Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib  mengenai kisah penduduk sebuah bandar, iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul  Kami.  | 
إِذْ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمُ  اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوا إِنَّا إِلَيْكُم  مُّرْسَلُونَ   14 . Ketika Kami utus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka  mendustakannya; kemudian Kami kuatkan dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul  itu berkata: Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu.  | 
قَالُوا مَا أَنتُمْ إِلاَّ بَشَرٌ  مِّثْلُنَا وَمَا أَنزَلَ الرَّحْمن مِن شَيْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلاَّ تَكْذِبُونَ    15 . Penduduk bandar itu menjawab: Kamu ini tidak lain hanyalah  manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu  pun (tentang agama yang kamu dakwakan); kamu ini tidak lain hanyalah berdusta.    | 
قَالُوا رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّا  إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ   16 . Rasul-rasul berkata: Tuhan kami mengetahui bahawa  sesungguhnya kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu.  | 
وَمَا عَلَيْنَا إِلاَّ الْبَلاَغُ  الْمُبِينُ   17 . Dan tugas kami hanyalah menyampaikan segala perintah-Nya  dengan cara yang jelas nyata.   | 
Sesungguhnya ahli sejarah dan ahli-ahli tasir berselisih pendapat tentang penduduk negeri yang mendustakan para rasul dalam surah Yasin ini. Antaranya berpendapat ia adalah penduduk Antakiyyah sebagaimana nukilan Ibn Ishaq daripada Ibn Abbas dan Ka’ab al-Ahbar.
Ahli Mufassirin juga berbeza pendapat tentang para utusan yang disebut. Ada yang berpendapat mereka adalah pembantu Nabi Isa as ( hawariyyun). Namun demikian Imam Ibn Kathir menolak kedua-dua pendapat ini.
Kita tidak perlu membuang masa menentukan negeri apa atau siapa utusan yang dihantar. Kerana sekiranya diketahui nama negeri tersebut berfaedah kepada kita nescaya Allah telah menyatakannya secara terang di dalam al-Quran. Sesungguhnya al-Quran diturunkan untuk difahami dan dihayati isi kandungan dan diambil pengajaran daripada kisah di dalamnya tanpa perlu ditekankan di mana dan siapa yang terlibat sebagaimana kaedah usul al-tafsir : Pengajaran di dalam al-Quran dengan lafaz umum bukan dikhususkan dengan sebab tertentu.
Pendustaan penduduk Mekah terhadap dakwah Rasulullah saw sama dengan pendustaan penduduk dalam surah ini terhadap dua orang rasul yang diutuskan. Maka Allah menguatkan dakwah mereka berdua dengan diutus seorang lagi rasul. Namun pendustaan penduduk semakin melampau dari semasa ke semasa. Allah berfirman :
قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ  لَئِن لَّمْ تَنتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ  أَلِيمٌ   18 . Penduduk bandar itu berkata: Sesungguhnya kami merasa  nahas dan malang dengan sebab kamu. Sesungguhnya kalau kamu tidak berhenti (dari  menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan  sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab yang pedih.   | 
قَالُوا طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ أَئِن  ذُكِّرْتُم بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ   19 . Rasul-rasul itu menjawab: Nahas dan malang kamu itu adalah  disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi  peringatan dan nasihat pengakaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu  katakan ittu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah  kaum pelampau.  | 
No comments:
Post a Comment