
Bismillahirrahmanirrahim.....
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang  bermaksud:
“Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”,  iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi  kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang  belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat  kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang  ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah  meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang  rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit,  terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: 
Sesungguhnya  setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa  membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca  al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila  datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah  beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta  dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut  menyembahyangkan jenazahnya”.
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut  nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga  membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan  dimasukkan
ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:  “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat  pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf  cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan  amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli  rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang  munafik.
No comments:
Post a Comment