
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati,  dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang  membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali  membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)  Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat  dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan  kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia  mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan  kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam  satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan  mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah  Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari  KIAMAT.
No comments:
Post a Comment