- Hadrat Ata Ibn Abi Ribah berkata , Rasulullah s.a.w. telah bersabda “Siapa yang membaca surahYaasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan di penuhi.”
 - Segala sesuatu mempunyai hati,dan hati bagi Al Quran ialah surah Yaasin. Barang siapa yang membaca surah Yaasin , Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al Quran sebanyak 10 kali.
 - Allah s.w.t. membaca surah Yaasin dan surah Taha seribu tahun lamanya  sebelum terciptanya langit dan bumi. Para malaikat berkata “Ummat dimana Al  Quran di turunkan akan dirahmati hati-hati yang memikulnya, yakni yang  menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga di  rahmati.” 
 - “ Sesiapa yang membaca surah Yaasin semata-mata kerana Allah s.w.t. segala  dosa-dosanya akan yang dahulu akan diampunkan. Jadikan sebagai amalan untuk  dibaca keatas orang-orang mati.” 
 - Surah Yaasin di namakan Mun’mah (pemberi berita baik) di dalam Torah kerana  ia mengandungi manfaat kepada pembacanya, di dalam kehidupan di dunia dan juga  di akhirat. 
 -  Ia menghindarkan penderitaan di dunia dan juga di akhirat dan menjauhkan  kedasyatan di kehidupan akhirat. 
 -  Ia juga di kenali sebagai Rafi’ah Khafidah iaitu  mengangkat darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Riwayat Rasulullah  s.a.w. bersabda , “ Hatiku menghendaki supaya surah Yaasin berada di setiap hati  umatku.” 
 -  Jika surah Yaasin di baca pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia  , ia akan mati sebagai mati syahid. 
 - Diriwayatkan dalam hadis lain, “ Barang siapa yang membaca surah Yaasin akan  diampunkan, sesiapa sahaja yang membacanya semasa kelaparan, akan di hilangkan  kelaparannya itu,barang siapa yang membacanya dikala sesat jalan, akanmenjumpai  jalan semula, barang siapa membacanya kerana kehilangan binatang akan  mendapatkannya semula, bila seseorang itu membacanya kerana bimbang kekurangan  makanannya,makanan itu akan mencukupi, jika ia dibaca kepada orang yang membaca  kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya dan jika  dibaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak, akan dimudahkan bagi  bayinya. 
 -  Maqri Rahmatullah Alaihi berkata, “ Jika surah Yaasin di baca oleh  seseorang yang takutkan pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan dari  ketakutan itu.” 
 - Menurut hadis yang lain, jika membaca surah Yaasin dan surah Was-Saffat pada hari jumaat dan memohon kepada kepada Allah s.w.t sesuatu,doanya akan diterima.
 
(Dipetik daripada Tafsir Surah Al-Yaasin oleh Shiekh Hamimy Zadah)

No comments:
Post a Comment