|   |    | |
|   | ||
الم   1 . Alif . Lam . Mim .  | 
غُلِبَتِ الرُّومُ   2 . Orang Rom telah dikalahkan.  | 
فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُم مِّن  بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ   3 . Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah  kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya.  | 
فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ  الْأَمْرُ مِن قَبْلُ وَمِن بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ   4 . Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran  Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya;  dan pada ketika berlakunya kemenangan Rom itu, orang yang beriman akan  bergembira.   | 
بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَن  يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ   5 . Dengan pertolongan Allah. Ia menolong akan sesiapa yang  dikehendaki-Nya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.  | 
وَعْدَ اللَّهِ لَا يُخْلِفُ  اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ   6 . Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah  janji-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikat yang  sebenarnya.  | 
يَعْلَمُونَ ظَاهِراً مِّنَ  الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ   7 . Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir dari kehidupan  dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari  akhirat.   | 
أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي  أَنفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا  إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُّسَمًّى وَإِنَّ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ بِلِقَاء  رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ   8 . Patutkah mereka merasa cukup dan tidak memikirkan dalam  hati mereka, supaya mereka mengetahui, bahawa Allah tidak menciptakan langit dan  bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya  yang sebenar, dan dengan ada masa perhinggaannya yang tertentu, Dan sebenarnya  banyak di antara manusia, orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan  Tuhannya.   | 
أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ  فَيَنظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ كَانُوا أَشَدَّ  مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا  وَجَاءتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ  وَلَكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ   9 . Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi,  serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang yang terdahulu dari mereka? Orang  itu lebih kuat daripada mereka, dan mereka telah meneroka bumi serta  memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang mereka lakukan, dan orang itu  telah didatangi oleh Rasul-rasul-Nya dengan membawa keterangan-keterangan yang  nyata. Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka,  tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.  | 
ثُمَّ كَانَ عَاقِبَةَ الَّذِينَ  أَسَاؤُوا السُّوأَى أَن كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَكَانُوا بِهَا  يَسْتَهْزِئُون   10 . Kemudian akibat orang yang berbuat jahat itu ialah  seburuk-buruk azab, disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan  sentiasa mempersendakannya.  | 
اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ  يُعِيدُهُ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ   11 . Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia  mengulangi menghidupkannya kembali, kemudian kepada-Nyalah kamu akan  dikembalikan.  | 
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ  يُبْلِسُ الْمُجْرِمُونَ   12 . Dan semasa berlakunya hari Kiamat, orang yang berdosa akan  diam membisu serta berputus asa.  | 
وَلَمْ يَكُن لَّهُم مِّن  شُرَكَائِهِمْ شُفَعَاء وَكَانُوا بِشُرَكَائِهِمْ كَافِرِينَ   13 . Dan tidak ada bagi mereka daripada sekutu-sekutu mereka  sebarang syafaat, dan mereka mengingkari makhluk-makhluk yang mereka sekutukan  itu.  | 
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ  يَوْمَئِذٍ يَتَفَرَّقُونَ   14 . Dan semasa berlakunya Kiamat, mereka pada hari itu akan  bercerai-berai.  | 
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا  وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَهُمْ فِي رَوْضَةٍ يُحْبَرُونَ   15 . Adapun kumpulan orang yang beriman dan beramal soleh, maka  mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria.  | 
وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا  وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَلِقَاء الْآخِرَةِ فَأُوْلَئِكَ فِي الْعَذَابِ  مُحْضَرُونَ   16 . Dan sebaliknya kumpulan orang yang kafir dan mendustakan  ayat-ayat Kami serta pertemuan hari Akhirat, maka mereka itu dihadapkan di dalam  azab.   | 
فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ  تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ   17 . Maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada  waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.  | 
وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ  وَالْأَرْضِ وَعَشِيّاً وَحِينَ تُظْهِرُونَ   18 . Dan bagi-Nyalah segala puji di langit dan di bumi, dan  juga pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.  | 
يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ  وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَيُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا  وَكَذَلِكَ تُخْرَجُونَ   19 . Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati,  dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan  bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan.  | 
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَكُم  مِّن تُرَابٍ ثُمَّ إِذَا أَنتُم بَشَرٌ تَنتَشِرُونَ   20 . Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia  menciptakan kamu dari tanah; kemudian tiba-tiba kamu menjadi manusia yang hidup  berkembang biak.  | 
|   |    | |
|   | ||
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم  مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم  مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ   21 . Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia  menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu  bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasan kasih sayang.  Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang  berfikir..  | 
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ  السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي  ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ   22 . Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian  langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya  yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang  berpengetahuan.   | 
وَمِنْ آيَاتِهِ مَنَامُكُم  بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ  لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ   23 . Dan di antara tanda-tanda kemurahan-Nya ialah tidurnya  kamu pada waktu malam dan siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah  kurnia-Nya. Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan  bagi orang yang mahu mendengar nasihat pengajaran.  | 
وَمِنْ آيَاتِهِ يُرِيكُمُ  الْبَرْقَ خَوْفاً وَطَمَعاً وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَيُحْيِي بِهِ  الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ    24 . Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Ia memperlihatkan  kilat kepadamu, untuk menakutkan kamu dan memberi harapan; dan Ia menurunkan  hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya  yang demikian mengandungi tanda-tanda bagi orang yang menggunakan akal.  | 
وَمِنْ آيَاتِهِ أَن تَقُومَ  السَّمَاء وَالْأَرْضُ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِذَا دَعَاكُمْ دَعْوَةً مِّنَ الْأَرْضِ  إِذَا أَنتُمْ تَخْرُجُونَ   25 . Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, ialah terdirinya  langit dan bumi dengan perintah-Nya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan  satu seruan dari bumi, kamu dengan serta-merta keluar dari kubur  masing-masing.  | 
وَلَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ  وَالْأَرْضِ كُلٌّ لَّهُ قَانِتُونَ   26 . Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah  hak kepunyaan-Nya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturan-Nya.   | 
وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ  ثُمَّ يُعِيدُهُ وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِ وَلَهُ الْمَثَلُ الْأَعْلَى فِي  السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ   27 . Dan Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk,  kemudian Ia mengembalikannya, sedang pelaksanaan yang demikian amatlah mudah  bagi-Nya. Dan bagi-Nyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan  Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  | 
ضَرَبَ لَكُم مَّثَلاً مِنْ  أَنفُسِكُمْ هَل لَّكُم مِّن مَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُم مِّن شُرَكَاء فِي مَا  رَزَقْنَاكُمْ فَأَنتُمْ فِيهِ سَوَاء تَخَافُونَهُمْ كَخِيفَتِكُمْ أَنفُسَكُمْ  كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ   28 . Ia mengemukakan kepada kamu satu perbandingan dari dirimu  sendiri, iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba abdi yang kamu  miliki itu menjadi kongsi kamu pada apa yang Kami kurniakan kepadamu, maka kamu  sama-sama berhak padanya, sehingga kamu pun tidak berani tanpa mereka,  sebagaimana kamu tidak berani kepada diri kamu Demikianlah Kami jelaskan  ayat-ayat satu persatu bagi orang yang menggunakan akal untuk berfikir.  | 
بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا  أَهْوَاءهُم بِغَيْرِ عِلْمٍ فَمَن يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ وَمَا لَهُم مِّن  نَّاصِرِينَ   29 . Orang yang zalim itu tidak berfikir, bahkan menurut hawa  nafsu mereka melakukan syirik dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada  sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh  Allah, dan tiada bagi mereka seorang penolong pun.  | 
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ  حَنِيفاً فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ  لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا  يَعْلَمُونَ   30 . Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari  kesesatan; Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya; tidaklah  patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul  lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.  | 
مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ  وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ   31 . Kembalilah kepada Allah dan bertakwalah kepada-Nya; dan  dirikanlah sembahyang; dan janganlah kamu menjadi kaum yang musyrik.  | 
مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ  وَكَانُوا شِيَعاً كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ   32 . Iaitu orang yang memecah-belahkan agama mereka menjadi  berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada pada mereka.   | 
وَإِذَا مَسَّ النَّاسَ ضُرٌّ  دَعَوْا رَبَّهُم مُّنِيبِينَ إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا أَذَاقَهُم مِّنْهُ رَحْمَةً  إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ   33 . Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka  segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat  kepada-Nya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat  daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan Tuhannya.  | 
لِيَكْفُرُوا بِمَا آتَيْنَاهُمْ  فَتَمَتَّعُوا فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ   34 . Kerana mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan  kepada mereka. Maka bersenang-senanglah kamu, kelak kamu akan mengetahui.   | 
أَمْ أَنزَلْنَا عَلَيْهِمْ  سُلْطَاناً فَهُوَ يَتَكَلَّمُ بِمَا كَانُوا بِهِ يُشْرِكُونَ   35 . Pernahkah Kami menurunkan kepada mereka sebarang bukti,  lalu ia menerangkan jalan yang membolehkan mereka lakukan perbuatan syirik  itu?  | 
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ  رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ  إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ   36 . Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat,  mereka bergembira dengannya; dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan  apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus  asa.   | 
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ  يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ  يُؤْمِنُونَ   37 . Dan mengapa mereka tidak melihat bahawa Allah meluaskan  rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Ia juga yang menyempitkannya.  Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang  membuktikan kekuasaan Allah bagi orang yang beriman.  | 
فَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ  وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ ذَلِكَ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يُرِيدُونَ وَجْهَ  اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ   38 . Maka berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta  orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik  bagi orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah, dan mereka itulah orang  yang berjaya.   | 
وَمَا آتَيْتُم مِّن رِّباً  لِّيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِندَ اللَّهِ وَمَا آتَيْتُم  مِّن زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ   39 . Dan sesuatu pemberian yang kamu berikan, supaya bertambah  kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang  di sisi Allah. Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan  tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya  itulah orang yang beroleh pahala berganda-ganda.  | 
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ ثُمَّ  رَزَقَكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ هَلْ مِن شُرَكَائِكُم مَّن  يَفْعَلُ مِن ذَلِكُم مِّن شَيْءٍ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ    40 . Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Ia memberi  rezeki kepada kamu; sesudah itu Ia mematikan kamu; kemudian Ia menghidupkan kamu  semula. Adakah di antara makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa  yang dapat berbuat demikian dari sesuatu pun? Maha Suci Allah dan Tertinggi  keadaan-Nya dari apa yang mereka sekutukan.  | 
|   |    | |
|   | ||
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ  وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا  لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ   41 . Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat  dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana  Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka,  supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).  | 
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ  فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُم  مُّشْرِكِينَ   42 . Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian  lihatlah bagaimana kesudahan orang yang telah lalu; kebanyakan mereka adalah  orang musyrik.   | 
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ  الْقَيِّمِ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لَّا مَرَدَّ لَهُ مِنَ اللَّهِ  يَوْمَئِذٍ يَصَّدَّعُونَ   43 . Maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad) ke arah Agama  yang betul, sebelum datangnya hari yang tak dapat ditolak; dari Allah; pada hari  itu manusia akan berpecah (kepada dua golongan).  | 
مَن كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ  وَمَنْ عَمِلَ صَالِحاً فَلِأَنفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ   44 . Sesiapa yang kufur maka dia yang menanggung kekufurannya  itu, dan sesiapa yang beramal salih, maka merekalah yang bersedia untuk diri  mereka.  | 
لِيَجْزِيَ الَّذِينَ آمَنُوا  وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِن فَضْلِهِ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ   45 . Kerana Allah akan membalas orang yang beriman dan beramal  salih dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang yang  kufur.  | 
وَمِنْ آيَاتِهِ أَن يُرْسِلَ  الرِّيَاحَ مُبَشِّرَاتٍ وَلِيُذِيقَكُم مِّن رَّحْمَتِهِ وَلِتَجْرِيَ الْفُلْكُ  بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ   46 . Dan di antara tanda-tanda-Nya, bahawa Ia menghantarkan  angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan; dan untuk merasakan kamu dari  rahmat-Nya, dan supaya kapal belayar laju dengan perintah-Nya, dan juga supaya  kamu dapat menuntut kurnia-Nya; dan supaya kamu bersyukur..  | 
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ  رُسُلاً إِلَى قَوْمِهِمْ فَجَاؤُوهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَانتَقَمْنَا مِنَ  الَّذِينَ أَجْرَمُوا وَكَانَ حَقّاً عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ   47 . Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu  Rasul-rasul kepada kaum mereka, lalu mereka membawa kepada kaumnya kenyataan,  kemudian Kami menyeksa orang yang berlaku salah; dan sememangnya adalah menjadi  tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman.  | 
اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ  الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَاباً فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاء كَيْفَ يَشَاءُ  وَيَجْعَلُهُ كِسَفاً فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ فَإِذَا أَصَابَ  بِهِ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ   48 . Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu  menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana  yang dikehendakinya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat  hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu  mengenai sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, mereka serta-merta  bergembira;  | 
وَإِن كَانُوا مِن قَبْلِ أَن  يُنَزَّلَ عَلَيْهِم مِّن قَبْلِهِ لَمُبْلِسِينَ   49 . Dan sesungguhnya mereka dahulu, sebelum diturunkan hujan  kepada mereka, adalah orang yang telah berputus asa.   | 
فَانظُرْ إِلَى آثَارِ رَحْمَتِ  اللَّهِ كَيْفَ يُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ ذَلِكَ لَمُحْيِي  الْمَوْتَى وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ   50 . Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah,  bagaimana Ia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanam-tanaman yang  menghijau). Sesungguhnya yang demikian, sudah tentu Allah yang berkuasa   menghidupkan orang yang telah mati. Dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap  sesuatu..  | 
وَلَئِنْ أَرْسَلْنَا رِيحاً  فَرَأَوْهُ مُصْفَرّاً لَّظَلُّوا مِن بَعْدِهِ يَكْفُرُونَ   51 . Dan demi sesungguhnya, jika Kami hantarkan angin lalu  mereka melihat tanaman itu menjadi kuning, nescaya mereka sesudah itu, terus  kembali kufur.  | 
فَإِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَى  وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاء إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ   52 . Maka sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang yang  mati itu mendengar, dan tidak dapat menjadikan orang yang pekak mendengar  seruanmu, apabila mereka berpaling undur.  | 
وَمَا أَنتَ بِهَادِي الْعُمْيِ عَن  ضَلَالَتِهِمْ إِن تُسْمِعُ إِلَّا مَن يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا فَهُم مُّسْلِمُونَ    53 . Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk supaya  menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu)  melainkan kepada orang yang sedia beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana  mereka orang yang menurut perintah.  | 
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن  ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ قُوَّةٍ  ضَعْفاً وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ   54 . Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah,  selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan  kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, dan  Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa..  | 
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ  يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ كَذَلِكَ كَانُوا يُؤْفَكُونَ    55 . Dan semasa berlakunya hari Kiamat, orang yang berdosa akan  bersumpah mengatakan bahawa mereka tidak tinggal (di dalam kubur) melainkan  sekadar satu saat sahaja; demikianlah mereka sentiasa dipalingkan.  | 
وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا  الْعِلْمَ وَالْإِيمَانَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ  الْبَعْثِ فَهَذَا يَوْمُ الْبَعْثِ وَلَكِنَّكُمْ كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ   56 . Dan berkatalah orang yang berilmu serta beriman: Demi  sesungguhnya, kamu telah tinggal menurut yang terkandung dalam Kitab Allah  sampai ke hari kebangkitan (hari Kiamat); maka inilah dia hari kebangkitan (yang  dijanjikan) itu, akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui..  | 
فَيَوْمَئِذٍ لَّا يَنفَعُ  الَّذِينَ ظَلَمُوا مَعْذِرَتُهُمْ وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ   57 . Maka pada hari itu tidak berguna lagi bagi orang yang  zalim sebarang alasan yang mereka kemukakan, dan mereka pula tidak diberi  peluang.  | 
وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي  هَذَا الْقُرْآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ وَلَئِن جِئْتَهُم بِآيَةٍ لَيَقُولَنَّ  الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ أَنتُمْ إِلَّا مُبْطِلُونَ   58 . Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengemukakan kepada  manusia berbagai kisah di dalam Al-Qur'an ini dan demi sesungguhnya jika engkau  membawa kepada mereka sebarang keterangan, sudah tentu orang kafir itu akan  berkata: Kamu ini tidak lain hanyalah orang yang membuat dakwaan palsu.  | 
كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى  قُلُوبِ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ   59 . Demikianlah Allah meteraikan hati orang yang tidak mahu  menerima jalan mengetahui (kebenaran).  | 
فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ  حَقٌّ وَلَا يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ   60 . Maka bersabarlah, sesungguhnya janji Allah itu benar; dan  janganlah orang yang tidak meyakini apa yang kamu sampaikan itu  menggelisahkanmu.  | 
No comments:
Post a Comment