Saturday 4 February 2012

Ad-Dukhaan -wikipedia



Berkas:Ad-Dukhan.png


Surah ad-Dukhaan (سورة الدخان) ialah surah ke-44 dalam al-Quran. Surah ini diturunkan di Makkah, mengandungi 59 ayat. Dinamakan surah “Ad-Dukhaan” (Asap/Kabut), kerana pada ayat 10 dan ayat-ayat yang terdahulu dan yang terkemudian daripadanya, Allah S.w.t. memberi amaran kepada kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. bahawa mereka akan ditimpa azab sengsara: “semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata” (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat).


isi kandungan

Pada awal surah ini, Allah S.w.t. menegaskan bahawa Al-Qur’an nul-Karim itu diturunkan pada malam berkat (Malam Lailatul Qadar); dan bahawa diturunkan Al-Qur’an yang mulia itu adalah sebagai rahmat dan menjadi peringatan dan amaran.

Kemudian diterangkan sebabnya Al-Qur’an diturunkan pada “Malam Yang Berkat” itu ialah kerana pada malam yang tersebut dijelaskan (kepada malaikat) tiapa-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku.

Setelah menerangkan tujuan diutuskan RasulNya untuk menyampaikan dan diperintahkan supaya apa yang disampaikan itu diterima dengan sebaik-baiknya, maka Allah S.w.t. menerangkan sifat-sifatNya Yang Maha Esa dan Yang maha Kuasa, yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya; dan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan dialah Tuhan sekalian makhluk.

Setelah itu Allah S.w.t. menyatakan bahawa hikmatnya Ia menciptakan seluruh alam ialah untuk menzahirkan perkara-perkara yang benar. Di antaranya ialah kepercayaan seseorang; kepatuhannya kepada hukum-hukum dan peraturan Allah tetapkan untuk kebahagian seseorang itu; suratan amal yang ditulis oleh malaikat; dan perbezaan-perbezaan di antara orang-orang yang berhak mendapat nikmat yang kekal dengan orang-orang yang berhak mendapat sebaliknya.



No comments:

Post a Comment