
Lihat gambaran Al Quran mengenai bintang-bintang yang  berjatuhan dan penghapusan bintang-bintang tersebut seperti:
Firman Allah SWT:
Dan apabila bintang-bintang  berjatuhan 
 (Takwir :2)
Dan dalam surah lain Allah berfirman :
Dan apabila bintang-bintang itu  dihapuskan 
 (Mursalat : 8)
Ilmu metafizik diketahui oleh  manusia pada akhir kurun ke 20 untuk menegaskan bahawa fasa perjalanan  bintang-bintang melalui fasa di mana bintang tersebut berjatuhan dan juga fasa  di mana bintang tersebut mengalami fasa penghapusan.
Bintang merupakan objek angkasa yang berpijar  (menyala-nyala), bersinar, dan bercahaya dengan sendirinya dan salah satu  penyebab yang membuatkan bintang tersebut bersinar ialah proses pemantikan  reaksi penggabungan nuklear hasil dari pemanasan di kerak bintang yang ada di  dalamnya.
Apabila kandungan  bintang berubah dengan sempurna menjadi besi, bintang melalui dua gumpalan  proses awal iaitu ia akan meledakkan haba dan memancarkan cahaya. Bintang  seperti yang dinyatakan ini di dalam bahasa astronomi di sebut sebagai Supernova dan ada pula bintang  yang berakumulasi  dengan dirinya sendiri.
Supernova
Apabila bintang tersebut berakumulasi terhadap dirinya, bintang tersebut akan membentuk sebuah gumpalan yang keras dan padat sehingga menyebabkan cahaya yang terpancar tidak dapat lepas dari lingkungannya, akan tetapi sebelum bintang-bintang itu berjatuhan sehingga cahaya-cahaya bintang terpadam dan kemudian bintang itu menghilang dengan sempurna.
Sungguh Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang  beredar dan tenggelam 
 (Takwir: 15-16)
Ayat ini membahas tentang penghapusan bintang-bintanig  atau lebih dikenali sebagai Supernova. Terbukti Al-Quran telah melangkaui zaman.  Tiada ragu keatas kandungannya. 
Maha suci Allah.


No comments:
Post a Comment