From Nutfah (male and female semen drops) He created him and then set him in due proportion.
Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;
['Abasa (80) : 19]
Microorganism yang paling kecil dalam badan manusia? Biar betul makhluk ni pernah panjat Gunung Everest? Betul. Makhluk ni pernah panjat Gunung Everest tapi bukan dalam bentuk ni. Makhluk ni perlu melalui beberapa proses sebelum betul2 boleh panjat sampai ke puncak Everest.
Setelah berlaku bermacam-macam process dalam rahim ibunya (fertilisation, zygote, embryo etc.), selepas sembilan bulan lahirlah makhluk tersebut ke dunia fana ini. Berbanding makhluk tersebut dengan spesis-spesisnya yang lain yang sudah lama menetap di Bumi ini, saiz badannya agak kecil jika dibandingkan. Namun, adakah makhluk yang dikatakan baru sahaja keluar dari rahim ibunya benar-benar pernah conquer puncak Everest? Benar, namun bukan dalam keadaan sekarang lagi. Makhluk tersebut perlu menjalankan beberapa process supaya badannya membesar sama seperti spesis-spesisnya yang lain.
Setelah berlaku proses tumbesaran (growth) dengan menyerap/memakan bahan-bahan seperti kalsium (untuk tulang), protein (untuk tumbesaran/penggantian tisu badan) dan karbohidrat (tenaga), akhirnya jadilah makhluk tadi seperti yang ada pada dalam picture ni. Seorang yang dahulunya hanya merangkak kerana tulang kaki dan otot kaki yang tidak cukup kuat, akhirnya menjadi satu makhluk yang boleh berdiri, berjalan malah boleh melompat lagi. Sangat aktif dan cergas namun cukup kuat kah makhluk ini untuk menawan Gunung Everest? Benar, makhluk ini pernah menawan Gunung Everest, tetapi bukan dalam peringkat ini lagi.
Kemudian berlaku lagi proses tumbesaran di mana saiz badan makhluk tadi hampir sama atau sama dengan kebanyakan spesis-spesisnya yang lain. Tinggi, besar, gagah malah lebih energetic berbanding dirinya yang dahulu. Sudah 15 tahun menetap di Bumi, pada hayatnya ketika ini dikatakan masih lagi tidak cukup stabil. Ape yang tak stabilnya? Kekuatan dah ada. Ketangkasan pun cukup. Ape tak cukup lagi? Makhluk tersebut pada ketika berumur 15 tahun kurang pengalaman, bermaksud kurang pembinaan dari segi mental. Bukan setakat itu sahaja, emosi juga berlaku gangguan. Mereka ini sering mengalami gangguan mental pada ketika ini, tahap di mana dia merasakan dirinya sudah 'matang', ingin mencuba benda2 yang tidak pernah dicubanya, atau senang cerita, tahap di mana mereka mengenal hakikat dunia yang sebenar. Jadi, bolehkah makhluk tersebut memanjat Gunung Everest? Boleh, tapi bukan ketika stage ini kerana untuk menawan Everest perlu mempersediakan diri dari segi mental juga.
No comments:
Post a Comment