Friday, 9 December 2011

At-Taariq -tafsir






Surah at-Tariq (86) ini mengandungi 17 ayat, jika diperhatikan dalam surah ini semacam tidak ada yang menyentuh suasana alam akhirat, Cuma berisi fakta2 untuk membuktikan terjadinya kiamat.. walaubagaimanapun pada ayat 8 hingga 10 ada menyentuh sedikit tentang suasana alam akhirat.. walaupun 3 ayat namum memberi gambaran yang besar.

Dalam tiga2 ayat itu Allah menyatakan bahawa pada hari kiamat nanti tidak ada satupun rahsia manusia yang tidak dibongkar.. semuanya akan didedahkan.. kerana niat yang terpendam semuanya dalam pengetahuan Allah, dan segala perbuatan yang dilakukan dicatat oleh malaikat Raqib dan ‘Atid seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Mursalat.. Pada hari itu manusia tidak ada kekuatan untuk membela diri dan tidak ada siapa pun yang dapat menolong atau menebus dosa kecuali amalan baik yang telah mereka lakukan di dunia.

Ayat2 yang selebihnya Allah memberitahu kita bahawa kekuasaanNya dengan bersumpah dengan langit dan At-Tariq. Allah menyuruh manusia memerhatikan asal usul kejadian manusia.. dan minta manusia memikirkan bahawa jika Allah berkuasa menjadikan manusia daripada tiada kepada ada mengapa pula manusia tidak boleh dimatikan dan seterusnya dihidupkan kembali.

Allah bersumpah lagi dengan langit yang mengeluarkan hujan serta bumi yang merekah mengeluarkan pelbagai tumbuhan, bahawa al-Quran adalah benar.

Marilah sama2 kita hayati pesanan Allah SWT ini agar hidup kita aman di dunia serta akhirat.. bayangkan jika semua manusia mengambilkira segala niat dan perbuatan mereka dipantau oleh malaikat2 dan Allah melihat dan nanti diberi pengadilan yang setimpal di akhirat nanti tentu negara kita tidak perlu membuang tenaga dan wang ringgit bagi membanteras segala jenyah yang dilakukan manusia.

No comments:

Post a Comment