Saturday, 31 December 2011

At-Takwiir -pembunuhan bayi moden




Dalam surah at-Takwir ayat 8 yang bermaksud :
“Apabila bayi-bayi perempuan yang dikuburkan hidup-hidup bertanya kerana dosa apa dia dibunuh”

Kalau Zaman Firaun hanya bayi lelaki dibunuh manakala Zaman Jahiliyyah hanya bayi perempuan dibunuh. Zaman Moden? Tak kira apa jantina si bayi, ia pasti dibunuh. Mereka dibunuh dengan pelbagai cara. Cukup kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

Jika Firaun dan masyarakat Jahiliyyah punya alasan sendiri kenapa mereka membunuh bayi-bayi mereka, masyarakat kita juga punya alasan tersendiri. Kerana apa? Kerana MALU. Ya, kerana MALU kepada masyarakat akibat perbuatan zina mereka sendiri.

Jadi apa beza dulu dan sekarang??

Pembunuhan bayi lelaki pada Zaman Firaun berakhir setelah dewasanya Nabi Musa a.s yang membawa Islam. Saidina Umar yang pernah menanam hidup - hidup puterinya ketika masih musyrik telah bertaubat setelah masuk Islam. Jika semua kejahilan pada zaman tersebut berjaya diatasi melalui Islam, sudah pasti penyelesaian untuk zaman sekarang juga adalah Islam. Kita harus kembali kepada Islam, jadikan Islam cara hidup yang sebenarnya, pasti semua kemaksiatan dan kemungkaran akan berakhir seterusnya kita akan mampu untuk hidup dalam aman berkat keredhaan dan kerahmatan dari Allah.

No comments:

Post a Comment