Surah al-Insyiqaaq (سورة الإنشقاق) adalah surah yang ke-84 di dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 25 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah serta diturunkan setelah surah Al-Infitar. Dinamai Al Insyiqaaq (terbelah), diambil dari perkataan yang terdapat pada permulaan surat ini, yang katanya ialah insyiqaaq.
Isi kandungan menerangkan peristiwa-peristiwa pada
permulaan terjadinya hari kiamat;
peringatan bahawa manusia bersusah payah menemui Tuhannya;
dalam menemui Tuhannya kelak ada yang mendapat kebahagiaan dan ada pula yang mendapat kesengsaraan;
tingkat-tingkat kejadian dan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment