Ketahuilah,  sesungguhnya jika dia tidak berhenti(berbuat demikian)
Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya
(iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. (al-Alaq 15-16)
Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya
(iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. (al-Alaq 15-16)
Ingatlah!  Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya)  
 sujudlah  dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal  soleh)! (al-Alaq 19)Saya  akan mengulas tentang surah Al-Alaq ayat 15-16 itu dulu ya. Perkataan (nasiya)  yang digariskan itu bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir  (ubun-ubun yang berdusta) dalam ayat tersebut bermaksud ubun-ubun Abu Jahal  menipu dalam percakapan dan perbuatan.
Ubun-ubun  juga dikenali sebagai Prefrontal Cortex. Dulu masa kecik2 nenek selalu bising  kalau usap bayi dia tak bagi usik ubun-ubun. “jange usik ubun dio, lembik lagi  tuhhh..”  
Baiklah,  zaman sekarang orang gunakan kaedah fMRI untuk mengesan pembohongan. Dalam  situasi berbohong, terdapat 7 kawasan yang aktif manakala situasi bercakap benar  4 kawasan aktif. Sebab otak sedang bertungkus lumus mengeluarkan idea-idea bagi  melojikkan pembohongan *perkataan ‘melojikkan’ haha agak lucu sedikit*  kawasan  ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior,  pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu  juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan  iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.


No comments:
Post a Comment