Sunday, 20 November 2011
Asy-Syams -dua pilihan
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari...
Demi bulan apabila ia mengiringi...
Demi siang hari bila menampakkan dirinya...
Demi malam apabila ia menutupi...
Demi langit beserta seluruh binaannya...
Demi bumi serta yang ada di hamparannya...
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya...
Allah mengilhamkan sukma kefasiqan dan ketaqwaan..
Beruntung bagi yang mensucikannya...
Merugi bagi yang mengotorinya...
(surah Asy-Syams ayat 1-10)
Di dalam ayat ini, manusia diberi allah dua pilihan : iaitu perkara keburukan dan perkara kebaikan.
Maknanya, sebagai manusia pilihan untuk berbuat sesuatu adalah di tangan kita. Hanay dua pilihan. Sama ada ya atau tidak. sama ada betul atau salah. Sama ada buruk atau baik.
Setiap masa kita akan membuat pilihan.
Contoh : Pergi kelas : Nak pergi awal ke nak pergi lambat?
Makan : Nak makan nasi atau mee?
Tidur : Nak tidur atau baca Quran?
Bercakap : Nak cakap atau nak diam?
Apakah pilihan yang kita buat seharian dalam hidup kita merupakan pilihan yang baik? (ketaqwaan)
Fikirkanlah....(Tidakkah kamu berfikir?)
Ingatilah..... (Tidakkah kamu ingat?)
Dengarilah.... (Tidakkah kamu mendengar?)
Lihatlah.... (Tidakkah kamu melihat?)
Astaghfirullah....
Labels:
Asy-Syams
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment