Satu malam di antara malam-malam di bulan Ramadhan dinamakan Lailatul-Qadr yang  penuh keberkatan dan merupakan malam kebaikan. Al-Quran ada menyebutkan  kelebihan malam ini di dalam Surah Al-Qadr.
Allamah Razi rahimullah menulis bahawa pada mulanya apabila para malaikat  melihat manusia, mereka menampakkan kebenciannya terhadap manusia dan berkata  kepada Allah : “
Apakah Engkau hendak menciptakan suatu makhluk yang akan  melakukan kerosakan di atas permukaan bumi dan menumpahkan darah?”
Begitu pula kedua orang tua kamu ketika melihat kamu dalam bentuk setitis air  mani merasa benci kepada kamu, tetapi apabila Allah memberi kamu bentuk yang  lebih baik, maka mereka pun mulai mengasihi dan menyayangi kamu.
Pada malam  itu, dengan taufiq Allah taala kamu sibuk mengenali dan mentaati Allah. Maka  para malaikat turun untuk memohon maaf atas pandangan mereka terdahulu.
Di dalam Kitab Sunan Baihaqi diriwayatkan melalui Anas r.a bahawa pada  Lailatul-Qadr, Jibrail a.s turun bersama para malaikat dan mereka mendoakan  rahmat untuk sesiapa sahaja yang dilihat sibuk berzikir dan lain-lain  ibadah.
 
Dalam Kitab Mazahir Haq ditulis bahawa pada malam itulah malaikat diciptakan  dan unsur-unsur kejadian Adam a.s mulai dikumpulkan dan pada malam itu  pohon-pohon dalam Syurga ditanam.
Dalam riwayat lain dikatakan bahawa doa-doa  dan amalan dikabulkan pada malam itu.
 
Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 
” Carilah olehmu  Lailatul-Qadr pada malam-malam ganjil dari 10 malam pada akhir bulan Ramadhan.

No comments:
Post a Comment