Surah Al-Lail (سورة الليل) adalah surah ke-92 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 21 ayat, termasuk golongan surah
Makkiyah, diturunkan sesudah
Surah Al-‘Alaq. Surat ini dinamai Al Lail (malam), diambil dari perkataan Al Lail yang terdapat pada ayat pertama surat ini.
isi kandungan
Usaha manusia itu berlainan, kerana itu balasannya berlainan pula;
orang yang suka berderma, bertakwa dan membenarkan adanya pahala yang baik dimudahkan Allah baginya melakukan kebaikan yang membawa kepada kebahagiaan di akhirat, tetapi orang yang dimudahkan Allah baginya melakukan kejahatan-kejahatan yang membawa kepada kesengsaraan di akhirat, harta benda tidak akan akan memberi manfaat kepadanya;
orang yang bakhil merasa dirinya cukup dan mendustakan adanya pahala yang baik.
Surat Al-Lail menerangkan bahawa amalan-amalan yang dikerjakan dengan tulus ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah itulah yang membawa kebahagiaan di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment