Tarikh itu adalah tarikh turunnya Al-Quran atau dikenali sebagai Nuzul Quran.
Datangnya jibril a.s menyampaikan amanat Allah dengan memeluk nabi, menyuruh Rasul-Nya membaca,
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)” [Surah Al-Alaq : 1]
Wahyu memberi klu tentang dunia cahaya Islam dengan BACA. BACA mempunyai peranan penting untuk mengubah nasib masyarakat Islam. Lihatlah satu strategi Rasulullah menahan tawanan perang dan memberikan mereka pelepasan dengan syarat mengajar 10 orang fasih membaca.
Di situ ada sebab yang dominan dan signifikan.
Hampir hari ini ianya adalah satu ciri umat Barat yang memimpin dunia hari ini. Tatkala berdozen-dozen buku import yang datang ke Malaysia dengan kualiti yang begitu baik, masyarakat kita masih terkapai-kapai walaupun dengan membaca buku terbitan negara sendiri. Minat untuk masyarakat muslim dalam membaca jauh lagi untuk menebal.
Ingatlah, Rasulullah tidak mampu membaca, hanya menghafaz dan mampu mengubah dunia atas izin-Nya. Kita berkebolehan untuk membaca dan menghafaz, maka ambillah peluang ini sepenuhnya.
Wallahu a’lam bisawab.
No comments:
Post a Comment