
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik  matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi  disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas  terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama  seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh  juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian  ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah  rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah  bermaksud :
"Adalah Rasulullah SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan  menambahnya seberapa yang dikehendakinya."(Hadis riwayat Ahmad, Muslim  dan Ibnu Majah) 
 Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah  SAW bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat  Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak  lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak  empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan  barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari  tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya  daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya  sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan  tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah  kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada  hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa  mengingati-Nya," 
( Riwayat At-Thabarani )
 ( Riwayat At-Thabarani )
Manakala surah yang sunat dibaca  selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat  kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
Ertinya : 
" Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala  "
Doa’ sembahyang Dhuha ialah:
 .jpg)
.jpg)
.jpg)
Maksudnya :
" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu  Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu,  kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu  perlindungan-Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan  jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari  yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha,  Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada  hamba-hamba-Mu yang saleh ."
No comments:
Post a Comment