"Wahai Tuhan kami, kami lah menzalimi diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan dosa dosa kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
Surah al-Bayyinah yang bererti bukti yang nyata adalah surah yang ke-98 di dalam al-quran, mengandungi 8 ayat, ia dinamakan Surah al-Bayyinah kerana menegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW diutus menjadi Rasul, membawa ajaran islam yang benar dan menjadi bukti yang nyata terutama terhadap orang orang kafir ahli kitab yakni yahudi dan nasrani.
Banyak fadhilat dan juga faedah yang kita boleh ambil darinya, antaranya:
Menurut sebuah Hadis Rasulullah SAW menceritakan:
" Sesungguhnya Allah SWT setelah mendengar orang yang membaca Surah al-Bayyinah ini lalu berfirman kepada pembacanya: "Bergembiralah kamu hai hambaku, dengan kemuliaanku, aku tidak akan melupaimu dalam setiap gerak tingkah lakumu di dunia dan juga di akhirat dan akan aku tempatkan kamu di dalam syurgaku atas keredhaanmu...
No comments:
Post a Comment