Mari kita tadabbur surah ini .

Jika kita tadabbur makna ayat ke 5 dan ke 6 .Ia membawa  maksud :
 Ayat ke-5) Maka sesungguhnya  bersama kesulitan ada kemudahan
 Ayat ke-6)sesungguhnya bersama  kesulitan ade kemudaahanJika belajar nahu @ tatabahasa dalam bahasa arab.Kita boleh  lihat pada kalimah AL-USRI yakni membawa maksud  kesusahan. Manakala YUSRAAN bermaksud  kemudahan. 
Kenapa kalimah USRO (kesusahan)ditambah dengan alim lam  (AL).Hal ini menunjukkan Allah mengspesifikan/menghususkan (ma’rifah) kesusahan  tersebut.Kiranya Allah mengatakan bahawa setiap dari kita akan melalui kesusahan  dahulu yakni kesusahan yang amat sukar dan kemudian baru datangnya  kemudahan.
Kalimah YUSRO dalam kaedah nahunya Allah menunjukkan bahawa  adanya kemudahan yang banyak tanpa dikhususkan iaitu umum.
Kemudian Allah mengulangi ayat ini pada ayat  seterusnya.
Ini jelas ALLAH menegaskan bahawa  akan datangnya kemudahan  yang banyak setelah kesusahan mahupun kesulitan.
Maka yakinlah kita pada janji Allah s.w.t , setiap  kesusahan pasti akan didatangkan dengan kemudahan yang berlimpah-limpah.Cume  kesabaran yang benar-benar utuh wajib disematkan dalam diri kerana orang yg  beriman yg diuji oleh ALLAH wajib bersabar. 
No comments:
Post a Comment