Semalam kami sempat mengadakan sedikit perbincangan berkenaan tafsir surah at Tin menggunakan kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulamak di bumi Syam as Syarif. Topik yang kami bincangkan sepintas lalu adalah mengenai rawatan penyakit dengan menggunakan buah tin.
Di dalam kitab tersebut, penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan... Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:
- Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
- Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
- Memecahkan batu karang di dalam badan.
- Menyegarkan badan yang lesu.
- Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
- Rawatan buasir.
- Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dll.
- Rawatan penyakit GOUT
Insya Allah sembuh!
No comments:
Post a Comment