بسم الله الرحمن الرحيم
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Kemenangan bukan mudah untuk dicapai, kisah Nabi Muhammad SAW berdakwah di Mekah selama 13 tahun, kemudian baginda keluar dari kota itu dan berhijrah ke Madinah. Janji Allah kepada Rasul akan kemenangan Islam, ramai manusia akan masuk Islam.
Turunnya surah ini juga sebagai tanda semakin hampir kewafatan baginda Rasul.
Batas keupayaan manusia adalah terhad. Allah SWT memberi kemenangan dan memperkenan doa nabi. Pertolongan dan kemenangan datang dari Allah pada masa yang ditentukan-Nya dan dalam bentuk yang dikehendaki-Nya. Jangan kita berputus asa, kemenangan dan kejayaan akan tiba walaupun sekuat mana musuh Islam.
1. Ayat ini menerangkan apa arahan Allah dan cara kita meraikan kemenangan/kejayaan(bertasbih, memuji Allah, meminta ampun dan bertaubat).
2. Cara mengagungkan Allah …
(a) Menjadikan Allah swt sebagai yang terpenting dalam hidup kita, lebih dari segala-galanya
(b) Allah swt paling sempurna, tiada kelemahan dan kita tidak boleh ada sifat ragu-ragu dengan Allah swt.
3. Tujuan istighfar di saat kemenangan dan kehilangan kesabaran
(a) Beristighfar terhadap pelbagai perasaan – bangga, sombong yang berkecamuk dalam hati di saat mabuk kemenangan.
(b) Beristighfar terhadap perasaan tidak sabar, perasaan terkilan, kerana lambatnya Allah menunaikan janji member bantuan dan pertolongan.
(c) Beristighfar kerana tidak cukup bersyukur kepada Allah yang sentiasa melimpahkan ni’mat dan rahmat-Nya yang tidak putus-putus
(d) Beristighfar agar ia tidak berlaku zalim kepada musuhnya. Hakikat sebenar adalah Allah yang memberi kemenangan.
4. Nabi beristighfar 70 x sehari (ada riwayat 100 x)… Bagaimanakah kita ?
sumber dari: houseoftheuglymother.wordpress.com
No comments:
Post a Comment