Antara kelebihan membaca surah ini ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
Or have you thought that the companions of the cave and the inscription were, among Our signs, a wonder?
Or have you thought that the companions of the cave and the inscription were, among Our signs, a wonder?
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.
[Mention] when the youths retreated to the cave and said, “Our Lord, grant us from Yourself mercy and prepare for us from our affair right guidance.”
[Mention] when the youths retreated to the cave and said, “Our Lord, grant us from Yourself mercy and prepare for us from our affair right guidance.”
Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.
So We cast [a cover of sleep] over their ears within the cave for a number of years.
So We cast [a cover of sleep] over their ears within the cave for a number of years.
Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).
Then We awakened them that We might show which of the two factions was most precise in calculating what [extent] they had remained in time.
Then We awakened them that We might show which of the two factions was most precise in calculating what [extent] they had remained in time.
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
It is We who relate to you, [O Muhammad], their story in truth. Indeed, they were youths who believed in their Lord, and We increased them in guidance.
It is We who relate to you, [O Muhammad], their story in truth. Indeed, they were youths who believed in their Lord, and We increased them in guidance.
Ayat 9-13
Kisah Penduduk Gua
Kisah Penduduk Gua
Pada zaman dahulu ada tujuh orang pemuda yang beriman teguh kepada Allah. Raja negerinya bernama Daqyanus memaksa rakyatnya supaya menyembah berhala, tetapi pemuda-pemuda itu tidak mahu mengikut perintahnya. Lalu raja itu mengancam mereka, kalau tidk mahu menyembah berhala nescaya mereka akan dihukum bunuh. Mereka tetap berpegang teguh pada agamaNya, kemudian mereka berpakat melarikan diri dari negeri itu dan bersembunyi dalam sebuah gua. Mereka telah diikuti oleh seekor anjing. Di dalam gua tersebut, mereka mengabdi diri kepada Allah akhirnya merea ditidurkan dengan nyenyak sehingga tidak mendengar apa-apa.
Setelah 309 tahun, Raja Daqyanus yang zalim itu telah diganti dengan raja yang beriman kepada Allah dan berlaku adil terhadap rakyatnya. Pada masa itu berlaku perselisihan faham dalam negeri itu mengenai kebangkitan semula (hidup kembali sesudah mati untuk menerima balasan Allah). Ada yang percaya dan beriman kepadanya dan ada yang mengingkarinya. Lalu raja itu berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan kebenaran kepada rakyatnya.
Setelah tujuh pemuda itu terjaga dari tidur, mereka tertanya-tanya akan tempoh lena mereka. Tidak ada yang dapat meneka lalu mereka berkata sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Salah seorang dari mereka diutus pergi ke kota untuk membeli makanan dan dibayarnya dengan wang perak dari zaman Raja Daqyanus dahulu. Pemuda itu ditangkap kerana dituduh mencuri wang simpanan raja dahulu kala, maka dibawa menghadap raja.
Setelah disoal oleh raja maka pemuda tersebut menceritakan bagaimana mereka melarikan diri dari Raja yang kejam dan bersembunyi didalam gua. Pergilah raja bersama para pembesar melihat gua itu dan mereka merasa takjub dan hairan kerana raja Daqyanus itu telah meninggal lebih 300 tahun dulu. Bererti ketujuh pemuda tersebut telah tertidur sepanjang tempoh itu, maka dapatlah mereka dalil dan keterangan bahawa Allah berkuasa menghidupkan yang mati untuk dibalas dan diadili segala perbuatannya diatas dunia.
Pemuda-pemuda itu mengucapkan selamat tinggal kepada raja, lalu mereka kembali ke tempat tidur masing-masing. Ketika itu Allah mewafatkan mereka semuanya. Dengan hati yg sangat terharu, raja itu mengafani mereka dengan kainnya sendiri dan dimasukkan mereka kedalam peti, lalu dikuburkan disana. Kemudian didirikan masjid dipintu gua itu, sebagai tanda peringatan.
sumber dari: houseoftheuglymother.wordpress.com
No comments:
Post a Comment