Saturday, 8 June 2013

Orang-orang yang tidak menunaikan zakat harta




zakat, merupakan, satu, kewajipan.

Di antara hak-hak Allah yang utama adalah zakat yang merupakan hak harta.Orang-orang yang tidak menunaikan zakat harta mereka disiksa dengan harta itu dengan siksaan yang berat.Nas-nas telah mengabarkan bahawa penyiksaan mereka dengan harta itu bermacam-macam.

Pertama,bagi pemiliknya harta itu wujud seekor ular botak yang memiliki bintik.Ular itu bergantung di leher pemiliknya dan mengcengkeram tulang rahang orang itu seraya berkata kepadanya: “Aku adalah hartamu,aku adalah simpananmu.”

Dalam Sahih al-Bukhari diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda , “Barangsiapa yang Allah beri harta lalu tidak menunaikan zakatnya,pada hari kiamat hartanya akan diserupakan menjadi ular botak berbintik dua,yang dikalungkan padanya di hari kiamat,kemudian ular itu berkata, ‘Aku adalah hartamu,aku adalah simpananmu.” Rasulullah s.a.w. kemudian membaca (ayat):

“Janganlah orang-orang yang bakhil dengan kurnia yang Allah berikan kepada mereka mengira bahawa sikap itu baik bagi mereka,tetapi kebakhilan itu buruk bagi mereka.Akan dikalungkan pada mereka di hari kiamat apa yang mereka bakhilkan.” (Ali Imran,ayat 180)

zakat, terdapat, banyak, jenis.

Kedua,harta itu sendiri,yang zakatnya tidak ditunaikan,didatangkan kepadanya.Jika harta itu berupa emas dan perak,maka dijadikan lempengan emas,kemudian pemiliknya diseksa dengan itu.Jika harta itu berupa haiwan,unta,sapi atau kambing,haiwan itu ditimpakan kepada pemiliknya lalu ia disiksa dengan haiwan itu.Allah S.W.T berfirman:

“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dinafkahkannya di jalan Allah,berilah mereka khabar tentang azab yang pedih,pada hari emas dan perak itu dipanaskan di neraka Jahanam,lalu dahi,lambung dan punggung mereka diseterika dengan emas dan perak itu.Itulah harta yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah apa yang telah kamu simpan itu.”
(At-Taubah,ayat 34-35)

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan dari Abu Hurairah,yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan hak hartanya itu,pada hari kiamat,emas dan perak itu dijadikan lempengan yang dipanaskan di neraka jahanam,lalu lambung,dahi dan punggung orang itu diseterika dengan itu.Setiap kali lempengan itu dingin,dipanaskan kembali.Terus begitu dalam satu hari yang lamanya sama dengan 50 ribu tahun,sampai Allah memberi keputusan di antara hamba-hambanya,sehingga orang itu melihat jalannya ke syurga atau ke neraka.”

Subhanallah,begitu dashyat sekali azab yang menanti orang yang tak mahu menunaikan zakat.. Jom berzakat..


sumber dari: iznawzi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment