Saturday, 8 June 2013

Muslim Bermusim



“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah : 208 )
tarawikh


“Weh, kau pergi masjid semata-mata nak ambil makanan sahaja ke?” tanya saya kepada seorang rakan yang memegang makanan yang disediakan oleh jawatankuasa masjid Kolej Islam PJ.

Makanan tersebut adalah iftar percuma untuk menggalakkan jemaah berbuka di masjid dan terus berjemaah bersama, tetapi dia tidak sertai jemaah.

“Alaa… Akim. Aku tahula aku ni jahil” balasnya.

Soalnya di sini bukan masalah jahil atau tak. Ini adalah punca sikap dan tanggungjawab sendiri. Mengambil makanan di sana tanpa memenuhi hak tak ubah seperti pencuri. Apatah lagi, azan berkumandang untuk mengajak berjemaah, tetapi kehadirannya itu bukan untuk solat, untuk makan. Itu sahaja. Menyirap darah saya dibuatnya, tapi apakan daya. Kita seboleh-bolehnya tak mahu, rakan-rakan seaqidah kita termasuk dalam golongan yang Allah maksudkan;

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Surah Al-Jatsiyah : 23)


sumber dari: senikehidupan.wordpress.com

No comments:

Post a Comment