Pada hari Jumaat terdapat masa doa
mustajab. Ada pendapat mengatakan daripada Sayyidatina Fatimah az-Zahra' binti
Rasulullah s.a.w, bahawa menurut beliau doa mustajab pada hari Jumaat adalah
pada waktu Asar sehinggalah maghrib pada hari Jumaat tersebut.
Berkata Syeikh
Abdus Samad Falimbani dalam Hidayatus
Salikin beliau:
"Sayugia membanyakkan berdoa pada hari Jumaat itu pada beberapa waktu iaitu pada:
i. waktu terbit matahariii. waktu gelincir matahariiii. waktu masuk matahariiv. waktu iqamatv. waktu khatib naik ke mimbarvi. ketika beriri manusia kepada sembahyang, kerana segala waktu yang demikian itu sangat diharap akan mustajab."Allahu'alam, Allah Maha Mengetahui. Ini adalah pendapat para arifin yang dibukakan mata hati mereka oleh-Nya. Adalah tidak mustahil jika mereka dikurniakan kelebihan mengetahui rahsia-rahsia-Nya seperti saat doa mustajab ini. Tidak layaklah membandingkan diri kita orang awam mutakhir seperti kita ini ini berbanding dengan orang-orang yang mempunyai darjat taqwa yang tinggi di sisi Allah.
Sebagai kesimpulan, memadailah saya mengungkapkan kata-kata Imam al-Ghazali tentang keistimewaan Hari Jumaat dalam kitab Bidayatul Hidayah:
"... dan jadikanlah hari ini dalam minggumu sebagai hari yang engkau khususkan bagi akhiratmu. Mudah-mudahan ia menjadi kifarat (penebus) bagi hari-hari yang lain dalam minggu itu."
sumber dari: mujahidnusantara85.blogspot.com
No comments:
Post a Comment