Tuesday, 11 December 2012

Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan permohonan kamu






Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepadaKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina.
(Surah al-Mu’min:60)

Syarat Berdoa
  1. Seikhlas hati
  2. Bersih daripada noda dan dosa termasuk makanan yang halal
  3. Dengan penuh kesungguhan hati
  4. Bersangka baik dengan Allah, yakin doa akan diperkenankanNya
  5. Tidak berputus asa dan istiqamah
  6. Jangan berdoa sesuatu yang tidak munasabah umpama mengharap duit jatuh dari langit

Adab Berdoa

  1. Bertaubat dan beristighfar dahulu sebelum berdoa
  2. Mulakan doa dengan memuji nama Allah
  3. Mengadap kiblat
  4. Menadah tangan
  5. Berdoa dengan suara lembut
  6. Susun kalimah doa dengan kata sederhana.(digalakkan berdoa dengan kalimah yang digunakan oleh Rasulullah)
  7. Mengulang sebut doa yang dihajatkan(minima 3 kali) tanpa rasa jemu
  8. Akhiri doa dengan bacaan selawar kepada junjungan Nabi Muhammad SAW
Waktu Mustajab Berdoa
  1. Pada bulan Ramadhan terutama malam Lailatul Qadr
  2. Waktu wukuf di Arafah ketika menunaikan haji
  3. Hari jumaat siang ataupun malam
  4. Ketika mendengar azan
  5. Di antara masa azan dan qamat ketika mengerjakan solat
  6. Semasa solat fardhu terutama ketika sujud terakhir
  7. Doa beramai-ramai ketika pengajian agama
  8. Ketika minum air zam-zam
Orang yang Makbul Doanya
  1. Orang yang terdesak(beriman kepada Allah)
  2. Orang yang teraniaya(sekalipun orang kafir)
  3. Pemimipin yang adil
  4. Ibu bapa kepada anaknya
  5. Anak soleh kepada ibu bapanya
  6. Orang yang berjasa kepada masyarakat
  7. Orang yang menjalinkan silaturrahim
  8. Doa sesama muslim
  9. Orang yang bermusafir
  10. Orang yang bertaubat menyesali dosanya
Sabda Rasulullah SAW : “Berdoa itu adalah ibadah” (Hadis Riwayat Abu Daud & Tarmizi)



sumber dari: loveofislam.wordpress.com

No comments:

Post a Comment