"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru
untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada
mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik jika
kamu mengetahui." (Surah al-Jumu'ah,
62:10)
Syeikh Abdus Samad Falimbani menghuraikan sebanyak 20 adab yang perlu diperhatikan oleh setiap muslim untuk meraih keberkahan hari tersebut. Beliau menghuraikan kitab Imam al-Ghazali yang berjudul Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah). Dalam menghuraikan kitab amalan seharian bagi meraih taqwa zahir dan batin, iaitu Bidayatul Hidayah, Imam al-Ghazali mengungkapkan hari Jumaat sebagai:
"Ketahuilah olehmu bahawa hari Jumaat itu adalah Hari Raya bagi orang Islam. Iaitu hari yang mulia yang telah dikhususkan oleh Allah S.W.T kepada umat (Nabi) Muhammad s.a.w. Dan pada hari itu ada satu saat yang mustajab doa. Tiada membetuli akan saat itu oleh seseorang yang mukmin dengan doanya kecuali Allah akan memberi apa sahaja yang ia minta. Maka bersiaplah engkau menghadapi Hari Jumaat itu mulai dari petang hari Khamis lagi." (Bidayatul Hidayah, m/s 100)
Mungkin pada pandangan mata kita sebagai
orang awam, hari Jumaat ini adalah yang lain daripada hari lain, kerana
semata-mata perlu untuk menghadiri solat Jumaat dan mendengarkan khutbah.
Terkadang, ada yang datang pada waktu azan dilaungkan. Ada juga yang tiba 'tepat
pada masa' semasa akhir khutbah dan menunggu saat-saat solat Jumaat secara
berjemaah.
sumber dari: mujahidnusantara85.blogspot.com
No comments:
Post a Comment