
Punca seseorang itu 
mengumpat menurut pandangan Imam Al-Ghazali terbahagi kepada sebelas jenis, 
lapan drpdnye terjadi di kalangan orang awam dan tiga daripadanya dari kalangan 
orang agama dan org khusus. 
Menumpat org awam 
:
1.       Untuk meredakan 
kemarahan.
2.       Digemari dan 
sesuai 
3.       Adanya kesaksian 
terhadap umpatannya dan melepasknnya
4.       Menafikan 
tindakannya terhadap org lain
5.       Membanggakan 
diri
6.      
 Dengki
7.       Bermain, 
bergurau senda serta menghabiskan waktu dengan ketawa yg 
sia-sia
8.       Menghina dan 
mmpermainkan org lain.
Tiga punca umpatan di 
kalangan para Ulama dan org khusus adalah :
1.       Taksub menentang kemungkaran dan kesalahan pada 
agama.
2.       Berdukacita disebabkan bencana menimpa 
seseorang
3.       Marah kerana Allah Taala
Cubalah korang teliti ehh 
jenis-jenis mengumpat ni ehh, renung jap..umpatan korang dikategorikan yg 
mane?huhu
Dalam pada itu, Islam 
bukan melarang mengumpat neh, ade batas-batasannye yg telah digariskan  dengan 
sebab-sebab tertentu. Menurut Imam Al-Ghazali, mengumpat itu dibolehkan HANYA 
dalam 6 situasi SAHAJE
1.       Dalam hal 
penganiayaan atau Kezaliman. Firman Allah maksudnnya :
“ Allah tiada 
mengasihi mengeraskan perbuatan jahat kecuali bagi org yg teraniaya. Allah maha 
mendengar lagi maha Mengetahui” (Surah An-Nisa : 
148)
Rasulullah bersabda 
maksudnye : Ssgguhnya yg punya hak itu mempunyai perkataan (hak bersuara). (H.R. 
Bukhari dan Muslim)
2.       Meminta bantuan 
untuk mngubah kejahatan ke jalan yg baik. 
3.       Meminta fatwa 
ttg hokum agama. Contohnya korang yg selalu bertanya soal agama kpd Ustaz-ustaz. 
Ade gak cerite para 
sahabat yg mane diriwayatkan bahawa Hindun binti Utbah iaitu Isteri kpd Abu 
Sufian telah mengadap Rasulullah S.A.W dan berkata : “Ya Rasulullah, suamiku Abu 
Sufian itu seorang yang kikir(kedekut) dan die tidak memberi belanja yg cukup 
untukku dan anakku. Apakah boleh aku mengambil hartanya tanpa diketahuinya?” 
Rasulullah bersabda Ambil sajalah secukupnya untukmu dan anakmu itu dengan 
baik.
4.       Menakutkan org 
Muslim daripada kejahatan.
5.       Memanggil atau 
menamakan seseorang mengikut tertentu yg biasa dipakai. Contohnya Abu Jahal 
(bapa bodoh) atau Abu Lahab
6.       Melihat 
seseorang yg menampakkn atau menzahirkan kefasikannya. Contohnya seorang Muslim 
yg minum arak secara terang-terangan, atau dating. 
Ingat kwn2, selain drpd 
tu, ialah umpatan yg tidak dibolehkan ^_^
Okay, skang jom kite kaji 
sikit, ape akibat org yg kuat mengumpat neh. 
1.       Dibenci oleh 
Allah S.W.T
Firman Allah dalam Surah 
Al-Humazah ayat 1 :
“Celaka bagi setiap 
pengumpat lagi pencela”
2.       Tergolong 
perbuatan yg sia-sia dan tidak bermanfaat.
Firman Allah 
:
“Bukanlah suatu 
kebaikan dalam kebanyakan bisikan mereka (umpatan) kecuali org yg menyuruh 
bersedekah atau dengan makruf atau mendamaikan antara 
manusia”
Surah An-Nisa : 
114
3.       Tergolong org yg 
tidak beriman.
Rasulullah bersabda 
:
“Tidak tergolong dalam 
org yg beriman mereka yg suka mencela, mengutuk, berbuat keji dan berlidah 
kotor.” – HR Tarmizi drpd Ibnu Mas’ud
4.       Mendapat azab yg 
pedih di dunia dan akhirat. 
Firman Allah 
:
“sesungguhnya org yg 
ingin agar (berita) perbuatan yg amat keji itu tersiar dikalangan org beriman, 
bagi mereka azab yg pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah Maha Mengetahui 
sedangkankamu tidak mengetahui.”  - Surah An-Nur :19
5.       Mendatangkan 
pembohongan dan dosa.
Firman Allah 
:
“org yang menyakiti 
mukmin lelaki dan wanita dengan sesuatu yg tidak diperbuatnya maka sesungguhnya 
mereka telah memikul kebohongan dan dosa yg nyata”  -  Surah Al-Ahzab : 
58
6.       Mendapat 3 
bencana dlm kehidupan
Rasulullah bersabda 
:
“jauhilah olehmu 
sekalian drpd mengumpat krn sesungguhnya dalam umpatan itu terdapat 3 bencana 
iaitu doanya tidak dikabulkan, kebaikkannya tidak diterima, dan keburukkannya 
akan bertambah” (zubdah)
7.       Tergolong org yg 
berdosa besar di hari kiamat.
Rasulullah bersabda 
:
“org yg paling besar 
dosa di hari kiamat kelak ialah org yg banyak membicarakan hal-hal yg batil 
(mengumpat) “  - HR At-Tabrani drpd Ibnu Mas’ud
8.       Segala pahala 
amal kebajikan akan berpindah kpd org yg diumpat.
Masha-Allah. Banyaknye 
azab mengumpat. Jadi, kwn-kwn jom kite bermuhasabah diri supaya tidak 
mengamalkan amalan mengumpat ni..huhu.. Kalau kite rase pernah buat mende 
macamni banyak-banyak istighfar dan bertobat..muga2 kite mndpt gnjaran sorga 
disana..... 
sumber dari: budumasham.com

No comments:
Post a Comment